iklan-iklan~sila click

Tuesday, June 2, 2015

I wish I can be like .......

Assalammualaikum,


Hai korang? sihat? hows life? 
Kemain bizy sampai terabai blog nie,hahah~
Saya alhamdulillah sihat. Cuma sakit badan menunggu hormon stabil. Teruk juga miscariage nie rupanya kan. Dah la waktu kejadian tu sakit, then makan masa gak nk tunggu bdn btl btl okay and fit. Takpe, kita amik pengajaran dan amik iktibar akibat kelalaian lepas. Ada orang bdn dia jenis yg kental, lasak mcm mana pun bdn dia kuat dan ada org yang sebaliknya. Lepas nie kena lebih berhati-hati. Sgt tak best okay rasenya menunggu berjam-jam kat columbia tu nk jumpa doc, patient lain smua bawak perut while u not. sedih tau. Seb bek doc dia nice  & soft, check begitu begini. Next appointment lps raya lah sy rase, now bizy mmg kena skip appoinment. Sesuka hati kauuuu je kan aida! :-) Doakan rezeki sy tuk yang akan dtg okay. Masa miscariage tu mula-mula sy rase okay, tp lps tu sedih lepas tu okay balik! Sebabnya sy tak tahu pun sy pregnant,yelah sbb awl lagi kot dan tak jangka.haha! Cuma bila di ingt ingt balik, masa tu emosi sy mmg cpt tersentuh lah, sikit punya hal pun meleleh airmata. Sensitip sungguh, ingtkan emosi org baru kawen, rupanya lain. Takpe, barang lepas jangan dikenang. Doakan yang terbaik yer. 


Sekarang kerja memang banyak tetapi Alhamdulillah sy masih mampu handle lagi, cuma kdang kadang dgr sy pitching kuat nyanyi dlm bilik tu maksudnya tgh stress la tu. Kadang stress bace report cawangan, kadang geram dgn system. Macam- macam hal. Last week sy diberi slot tuk bentangkan segala yang berkaitan dgn cawangan dlm MPP , last minit preparation, kamil yg buatkan slide while im providing him info n bahan. Alhamdulillah everything went well and sy dah kenal dh setiap manager cawangan & at last diorang pun kenal aida yang garang, banyak songeh, suka kol cawangan nak itu dan ini. hahahhaha~ Manager sarawak yang selalu buat sy gelak sampai kuar airmata approach sy masa lunch, siap pegang lemak-lemak sy lagi. Kuang asam betul but I love diorang pnya dialek. Sy slalu ikut dialek diorang bila on the phone. Bila salah sy gelak terbahak-bahak!


Masa otw ke tempat presentation, my colleague cakap " how i wish can be like my other husband or other fren, tak payah fikir apa-apa, buat je apa yg bos dia suruh, tak payah pkir byk. Ingt best sangat ke jadi manager nie, semua kena pkir, kena decide kena tgk....haihhhhhh penatnya" keluh dia. Saya reply dgn senyuman, sebab dlm kepala sy after presentation nie sy nak balik office and sambg tgk kerja GST dan byk lagi kerja lain. She is right, i am totally agreed with her!  Penat sangat-sangat. Kena sabar banyak banyak. Ada one day tu, setengah hari sy habis dgn pegang telefon je layan kerenah manager/ peg tadbir cawangan, We have 17 cawangan around Malaysia and yes sy kena sentiasa update dgn masalah diorang. Sampai penat gila mulut bercakap haritu, ckup 12 tghri sy pesan dgn staff lain yg sy nk rehat jab kol sy after 2 pm! Gila penat weh. Ada plak jenis yang ketegaq, yg nk dia je betul yang tak nk terima cara kerja baru tak nak terima improvement. Sebulan dua saya monitor and nasihat masuk bulan ketiga saya terus keluarkan arahan! Tak larat sy nk hadap benda yang slh every month dan sy bukan jenis yang boleh sabar lama-lama.hahaha~ terus diam and proceed dgn kerja dia. Konsep kerja dgn saya senang je, buat apa yang ko perlu buat dan ada je masalah discuss terus dgn sy. Sy tak suka simpan, tak suka perap. Kadang-kadang sy penat, sy lelap kejab. Saya jgk belajar supaya tak push orang, sy slalu bagi dateline utk setiap kerja yang sy bagi. bila sy dh bg dateline tu pepandai la korang nk buat mcm mana janji siap,ko nak speed up ke nk buat slow ke sukati janji siap bila smpai dateline. Sy dlu pun tak suka manager ckp 10x benda yang sama, ingtkan 10x benda yg sama. So sy apply konsep yg sama sekarang. 



Saya sentiasa positive, walaupun penat! Saya belum menyesal lagi terima tanggujawab ini. Sebab sy masih lagi dlm process belajar. Banyak lagi skill management yang sy kena improve. Banyak kali sy ditegur sebab tak bg dateline dkt staff,tak push diorang. Kadang saya tak suruh diorg buat, tp sy buat sendiri. Hhahahaha~ Bila waktu sy rase nk rehat, sy akan amik cuti. Rehatkan kepala & vacation then sy akan feel better. Sy percaya & yakin Allah bagi apa yang kita perlu bukan yang kita mahu. As for now, mungkin Allah nk train sy jadi lebih efficient utk future kan.



nota : sy sentiasa yakin, Allah tahu semua yang terbaik buat sy. Walaupun Dia bagi suami yg goreng telur letak gula, tp sy tetap positive! Mungkin Dia nak didik sy lebih sabar.. hihi



Sunday, April 12, 2015

CARA MENGATASI MARAH

Mesti pernah rase marah kan? Saya selalu! hahahha~ 
Ingat tak penat ke marah? penat weiii.. penat gila...
By time to time, sy mmg tgh cuba kawal marah...tak yah jadi outspoken sgt...kadang2 berhasil, kadang2 failed! haha~ Tp skang biasanya kalau sy marah, sy akan diam je. Sebab diam tu lagi baik. Baik dalam meeting, baik dgn kawan atau sesiapa sahaja. Melainkan benda2 yang sy mmg kena pertahankan, sy akan bersuara. contoh dlm meeting, ada org memandai2 nak buat itu ini yg terang-terang salah, tp sbb dia pandai sgt so dia rase betul. sometimes dia rase dia qualified sebab experienced dia, tp experience tak pernah halalkan yang salah yer. thats y ilmu tu penting, tu sbb kena belajar.tu sbb kena amik exam, bace buku, graduate then baru u tahu benda betul and tak. thats it! here we go cara nak atasi marah yg sy google and share :
1. Mengubah posisi duduk
Cara ini diterangkan dalam hadis berikut: Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim). 
2. Ambil wudhu’
Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).
3. Mendiamkan diri ketika marah
Cara mendiamkan diri mampu mengurangkan rasa marah. Hal ini kerana panas baran berlaku apabila berlakunya tindakan demi tindakan yang menyebabkan suasana tegang. Oleh itu, mendiamkan diri membolehkan kita mengurangkan rasa marah. (yezaaaaaaaaaaa! diamkan diri bila marah. telan je. lps tu sendiri stress..hahaha~ tp its works tau, dpd ,kita bercakapppp je...sudahnya jadi gaduh lagi besar, baik diam...simpan je apa kau nak ckp, ckp kat dinding ke, ckp smbil drive, ckp time tgh berak ke.hahahaha~ janji ko tak ckp dgn org yg ko mrh.)
4. Berfikiran positif
Elakkan daripada memekik atau bersuara lantang ketika marah kerana ia akan menyebabkan suasana menjadi tidak terkawal dan hati juga penuh emosi. Oleh itu berfikir lah secara positif dimana marah bukanlah cara penyelesaian. Adalah lebih jika merendahkan suara dan tidak menggunakan perkataan yang mungkin menyinggung perasaan orang lain. ( yessss, be positive)
5. Luahkan pada masa dan tempat yang sesuai
Carilah tempat untuk meluahkan masalah tanpa perlu merasa marah. Contohnya meluahkan masalah pada teman terdekat yang dipercayai. Setiap individu mempunyai cara meluahkan yang berbeza, namun pastikan ia positif dan membawa kebaikan kepada diri sendiri.
6. Bawa bertenang
Tarik nafas juga mampu megurangkan rasa marah. Ia akan membolehkan kita mengawal emosi ketika marah.
7. Senyum
Senyuman mampu mengurangkan rasa marah. Walaupun senyum nampak mudah namun senyuman tidak mudah di ukir di wajah orang yang berada dalam keadaan marah. Namun percayalah, dengan senyuman perasaan marah kita akan menjadi reda. ( senyumlah, walau dalam hati kau Tuhan sahaja yang tahu, bg aura2 baik dlm bdn masuk then u will be okay)
Additional tips :
Selalu berdoa kepada Allah SWT
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita dituntut berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
Menangis dengan sepuas hati

Jika anda jenis yang ‘tidak boleh’ gelak-ketawa sebab ‘terputus wayar’, maka cubalah menangis sepuas-puasnya. Ia mampu membuang jauh-jauh perasaan yang gundah gelana.

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.
Nie antara yang sy selalu buat, sometimes bila dh marah sgt. sy diam then bila sy dh okay, i will always pray dan mintak Allah jauhhhhhhhhhh kan lah sy dpd sifat marah nie. Sambil nangis sambil doa, sebab sy tahu marah nie sgt2 tak baik. Sy ckp dengan diri sendiri, tak semestinya yang baik tuk sy, baik tuk org lain, tak semestinya yang sy suka, org lain akan suka dan sy tak boleh pakse org suka apa yang sy suka. Dan sy juga kena selalu remind diri sendiri, tak semua benda sy boleh ckp, sometimes sy kena keep for my self and be independent. Jangan harap kan org selalu, selagi boleh jalan,boleh bangun, boleh nampak. do it ur self! hahahaha~ omg! independent sgt zaman skang kan.

For coming birthday next week, saya berdoa, sy bebas dpd stresss and be more independent and dewasa. Kadang-kadang sy selalu bg yg terbaik dlm apa yg sy buat, sy susah nk berkira dlm byk keadaan, sy selalu sayang org-org keliling sy, sy susah hati kalau sy tak boleh tlg org lain dan selalu nak org2 yg sy syg ada selalu dgn sy. Tp im a bit sad, bila org2 yg sy syg tak rase the same. They not love me as much as i love them, they not even care pun as much as i always care for them and paling sedih im not their priority pun. Tapi yelah kan, tak kan nak pakse org plak. Bukan nak harap balasan, no im not. Semua sy buat, semuanya ikhlas. Tp just a bit sad la.  Maybe, sy fikir apa yg sy bagi and nampak apa yg sy buat je, sy tak nampak apa yg org dh buat tuk sy plak kan...yeah, maybe. Satu benda yang tak kan berubah, kasih syg keluarga kita. Buruk kita, baik kita dia akan terima. Dulu, kini & selamanya. Tu sebab sy selalu ckp, gagal mana kita sebagai manusia, berjaya mana pun hidup kita,never forget our parents. Till then, semoga dgn umur yg baru next week, i will become strong & stronger. Belajar jadi org yg lebih baik dan tak suka marah-marah. Its okay if people dont love/like you pun, u still got ur love One kan. 


Till then,
Pn Aida

note : winner are not people who never fail,but people who never quit. 

Friday, April 10, 2015

Drama Queen sangattttt

 Assalammualaikum,


Salam Jumaat. Sekejab je dah masuk April kan.
Sekejab je eh dah sebulan dh woii kahwin. Sekejab je dh 4kg naik! hahahhaha~
Last week baru ada keberanian nak timbang, wooowww 4kg naik, terus insap!
setakat smlm, baru managed buang 1.5kg je. kita cuba lagi sampai berjaya okeh.


Sepanjang sebulan kahwin nie, saya rase ada kot dekat 2 minggu atau lebih sy cuti.
annual leave + mc. Lepas kahwen kemain terus naik Cameron, kononnya nanti malas nak cuti lagi so straight cuti je honeymoon. Lagipun keje byk lagi. Kamil pun lagilah kan, keje mcm tiada hari esk. Opis dia pun kerah mcm hape je..eh tak, yg sebenarnya kamil pun jenis hati lembut. Org asak dia bg keje, dia mls bising dia terima je. Sudahnya dia stress sy lagi stress..hahahha~ so decide terus cuti!


Tapi apakan daya, one week after balik honeymoon sy ada masalah kesihatan skit.Mula-mula mcm gagah je layan anggap normal je, skali makin lama makin menjadi plak! so refer klinik panel ofis lama sy dlu, sbb doc tu sy mmg dh biasa. Dia ckp bla..bla..bla... doc tu ada buat lawak skit, tp sy terus ckp imposible lah doc! i dont think so! hahahhaha~ confident je kau aida. eh tp dh badan sy kan, sy tahu lah. hahhahaha~ degil! so bagi ubat..bagi mc dan dia suruh rehat! rehat! so memang berehat lah dekat umah, bkn rehat sgt pun sbb mengemas, memasak, layan drama lps tu tido! kul 6 suami balik keje,masuk bilik! syg! b dh balik...! ok, meh tido! sambung tido balik! teruk betul perangai kan. hahhahhahahha~ then sy rase dh sihat semula, siap g training GST lgi kat hotel istana KL. But im not driving sbb i tak rase fit nk drive so tumpang staff lain. Next week nya, perkara sama berulang kembali!!!!! Arghhhh, gilaaaaaaaaaaa stressssss... Patutnya weekend to nk rilex2 n lepak kat PD tp sbb sy pun stress memikirkan nya dan ada hal lain jgk, so trus cancel balik semban semula. Seb bek apartment tu boleh dicancel..


Ahad tu lps discuss dgn kamil, lets refer ke yg lebih pakar. So dalam kepala ada sorg yg mmg pakar dlm part nie and mmg ada hospital & klinik sndiri. So we proceed on monday, he said bla..bla..bla..bla... dan dia pun suruh rehatttttttttttttttttt dan jangan stresssssss...jangann stresssssss..dan doc suh suami harap bersabar dgn condition isteri...hahahhaha.so dia bg lagi mc rehat kat umah... sy siap pelik, asal lama lak doc nie bg..bosan dh wei dok umah! next appoinment ialah 13 april... then something happen malam tu, yang nie agak scary! mlm sebelum tido mmg dh rase semacam, tido jelah..kul 3 pagi bangun sbb rase semacam...then...lallalalallalala~ kejut kamil punyalah susah! rase nak telan je dia..hahaha~ yelah sbb sy punya sore pun slow je sbb weak & ngantuk..haha~ lps tu ramai la kata sy bla...bla..bla....seram je bila dgr. kamil pun ia2 la ckp begitu beginie. firasat la, gerak hati la..hahahhaha~ nk muntah sy bila dengar...kelakar sungguh bila dengar...adoiii...



After begitu begini, bincang sana sini tnya sana sini, we decide nak refer doc perempuan, pakar yang sy refer sebelum nie lelaki. So for next appointment nie begitu begini mcm segan, so gagah la call mmg satu-satunya doc pom islam kat semban yg pakar dlm nie, infact from review mmg  org kata dia sgt2 baik soft n teliti. So gigih call columbia for appointment. Mula-mula mmg tak buget ada free slot tuk sy dlm masa terdekat sbb tau doc nie mmg bizy gilos... mmg plan B nk ke KPJ seremban je refer kat sana tp chinese lady la doc dia, tp ada rezeki nak berurusan dgn doc intan. so tunggulah next week mcm mana......tak berdebar pun...sbb kalau doc kata mcm begini, sy dh bersedia..kalau doc kata begitu pun sy dh bersedia..hahahha~ kamil dh ckp awl2 nk amik cuti, sy tak bagi!! sy nak g sorang..hahhahaha~ buget poyo...adik sy tgh cuti, boleh je mintak dia teman. Pagi td pun dia bebel2 sblm bagun tido, tak abs2 dgn firasat dia...nak ckp sy gemok la tu! hahahaha~ so lets doakan sy okay & takde pape...



Last 3-4 days, sy belek2 pic buah hati hati tau... pastu sy pujuk2 skit, terus kamil kata okay jom g penang! hahahhaha~ pucuk dicita ulam mendatang la kan~ bkn dlm schedule n buget pun nk g penang. this month plan nk lepak kat thistle sbb view sana sgt cantik! tp saya sanggup cancel sbb kamil kata nk g penang. this week nak service keta then next week gerak! walupun short notice n kejab je pun, tp sy tetap happy! hahhaha~ sbb penang ialah tempat fav sy. kali nie sy xnak plan tentative, sy nk chill n rilex je. lgpun kakak kamil n buah hati sy kat sana kan, so ikut jelah diorg nya idea! hoyehhhhhhhhh~ last time sy g, mmg sy tour habis penang tu...semua tempat sy pergi..dan makan! hahahha~ tp kali nie xleh nak jln teruk2 sgt..kena rilex n chill je.. doc kata rilex..jgn stress...




hai hencem! tunggu paklang & maklang datang eh~
pastu g makan-makan eh.
mamat ni crancky tau, kalau sy peluk paklang dia, dia pandang sy semacam je.
pastu suka gayut kat paklang dia.
pastu paklang agah skit je dh lebar sengeh.
cuba kalau maklang agah dia, kerut je muka.
like " ko dh knp nie?"hahhaa~




nie pun buah hati sy. 
tgh membesar dgn sihat! gemok mcm aunty~
3 bulan = 6kg!




nie pun buah hati pengarang jantung gak (kiri)
lemah lembutttt jeeeee~ 


Last but not least,


Akhirnya urusan rumah dipermudahkan, setelah lebih 6 bln cari rumah. Nak beli umah dh siap, owner lak kemain letak harga. kang nk repair lg.peguam lagi.begitu begini. harga kemain mahal nak jual, padahal asal nya kos biasa je. Sudahnya we end up beli umah dlm pembinaan. Insyallah next year siap Jadilah tuk first house kan, asal keta kami berdua boleh masuk, ada garden tuk sy berangan2 tanam mcm farmville tu..haha ada dapur yang sylah queen nya dan lain2. Lepas nie tak leh nk enjoy sgt, shoping ikut suka, vacation bila nak, semua kena plan betul2 sbb dh start byr installment umah.. Agak tercekik lah, tp kita cuba berjimat mana bleh.. Almost 3x ganda dpd installment keta yg ada skang...hahhaha~ selamat berjimat cermat aida & kamil! Tp bila fikirkan umur dh brape, kena jgk ada asset sendiri tuk masa depan, so kita cekalkan hati je. Insyallah Allah mudahkan...






Alhamdulillah, satu persatu urusan setel. Satu persatu Allah mudahkan jalan, satu satu rezeki Allah bagi after melalui jalan-jalan berliku kan...hhahahhaa~ Ada lagi satu on progress, harap  berjaya lah. Kalau sucsess je, sy dh lega. Semua dh ckup, insyallah nk focus dgn life je lps nie... dpt anak ramai-ramai..hahahhaa~


Hamek, skali update semua skali arung..hahaha~ mood tgh baik kan..haha~


Till then,

Puan Aida



Wednesday, April 1, 2015

Life after married

Assalammualaikum,

Tajuk entry kemain lagi...haahahahaha~
Actually just come back from medical leave. dok umah lama-lama pun bosan gak.
bila dok office ada gak keje bleh jalan and ada gak kwn nak borak.
bila tak larat, tido la kejab.haha~


Macam mana nak mula eh? hahaha~
soalan yang selalu ditujukan untuk sy lps kawen nie ialah
"best tak kahwen?" sy pernah tnya kat kawan sy yg tnya soalan mcm tu.
sy tnya dia, knp kena tnya best ke tak kawen? dia ckp entah lah, dia pun tak tahu sbb dlu org slalu tnya dia mcm tu tp dia pun tak tahu nk jawab mcm mana, thats y dia tnya sy same question...lol!


Actually masa nk kahwen tu seronok. masa dh kawen tu rase yeayyyyy dh kawen!
Tapi bila dh start ur duty as a wife tu arghhhh dh start pening...
mula-mula kelam kabut. mula-mula mcm alaaaaaaa mcm mana nk kentut nie..mcm mana nk mengeliat sesuka hati yg muka mmg confirm buruk absss nie...mcm mana kalau mengigau? mcm mana kalau bangun lambat. arghhhh...hahahhahaha~
selalunya lepas keje sy akan rehat dlu dlm bilik,dh puas rehat baru sy bgun n siapkan dinner.
now can nottttttttttttttt! time flies dgn cptnya! atau kdg2 mak sy panggil suh siapkan..
i was like " alaaaaaaaaaaaaaaaa, nnty la...." dia risau sgt sy tak bagi menantu dia makan.minum. yanadeyyyy..
then sy kan dh biasa susun atur bilik sendiri. cadar mcm mana, comfeter mcm mana, bantal mcm mana, remote letak kat mana even suhu aircond pun sy dh biasa kalau mlm sekian suhu dia, kalau siang sekian suhu dia. dh biasa sorang2 kan. suddenly ada lelaki yg bergelar suami kan, migrain jab. hahahha~

'b, sy mandi dlu, kang b kemas katil tau' 'okay' - ecehhhh...okay dia kemain kan. skali dia kemas tak ikut expectation kita. blurghhh...takpe, sy ajarkan cara kemas n letak bantal yg betul.
same goes, kalau mlm 'knp panassssssss plak nie' - sebabnya sy dh slowkan aircond. sbb kang kul 3 pagi msti sy dh beku. atau selalunya kul 3 sy msti terjaga n off aircond. tp lelaki kan suhu dia lbh dpd pom kan so duduk la kau diam2 dlm comfeter tu..hahahhaa~ sama jgk kalau letak bju sepah2, towel tak sidai elok2 mcm sy slalu buat. karpet sy bergerak. hahaha~ atau remote tv and astro bersepah2. satu ats katil.satu kat side table.satu atas almari tv. aigooooooooooooo~

TETAPI

sebelum kahwin sy ada bace coretan fyn jamal yang maksudnya lebih kurang, perkahwinan tu penyatuan dua jiwa. yang perlukan tolak ansur sebab kita mungkin 100% beza dgn suami kita. cara dia.pandangan dia. fikiran dia. apalah sgt kalau kita amik towel yg bersepah tu and letak tempat dia elok2 mcm yg kita nak, tak susah pun kalau kita betulkan je cadar mcm yg kita selalu buat dibandingkan dengan sabar nya suami layan kerenah kita, terima kita seadanya, lyn apa kita nak makan siang malam pagi petang. i was like " ye tak ye jgk kan?" hahhaahhahaha~ so sy apply kata-kata tu dlm kehidupan sy sekarang. kalau skit2 punya hal tu pejam mata jelah. buat je sendiri.tp kdg2 sy educate jgk dia. 'b, towel kena mcm nie' 'sejadah kena letak mcm nie'. sy ckp, sy yg buat.dia angguk sambil mata tgk game coc dia. hoiiiiiiiiiii, sape yg cipta game coc nie ha? hati sy pernah bengkak sebab game nie tau. penah nak ngis sbb game nie tau. tp sy ckp, sabar aida. sabar. hahahhahaa~
berbalik cite td kan, byk kali bff sy remind sy, in marriage u kena selalu sabar n yg paling penting ialah terus terang. kalau ada rase tak puas hati, go and talk to him. dont keep! sbb lelaki tak kan dpt bace perasaan kita sbb diorg nie lurus. dia ingt slh skit arini, mlm tido then esk bangun dh setel dh. dia tak tahu bini dia dh berbuku2 simpan mrh nie. so dpd sakit hati, go and talk to him. lets discuss! okay, yg tu sy mmg tgh apply skang. lets start from beginning kan. semua yang baik, kita buat awal2 perkahwinan kan. sbb sy jenis yg suka simpan n berdendam.hahhahahaha~ now sy cuba jadi lebih rilex. jgn simpan or marah, yg kecik2 tu pejam kan je mata. tu belum dia kira, lyn kita nya hormon and angin lg. pagi nak ngis bila bangun.kemain liat. belum cite mlm2 kejut sakit perut ke,mintak urut bagai,nak pinjam tiak sebab kesejukan kan, belum cite drama airmata lagi kan...almaklum, drama queen!hahhahaha~ so lets give and take lah.



senang cite, after kwen jadual sy berubah 70% lah. daripada pagi smpai mlm, kat opis je sama. kat umah jadual dh lain. iron baju is a must la kan, siapkan pakai semua. bfs msti ada, at least susu anlene and cornflakes.haha~ nampak tak bini sape yg malas tu? belum cite weekend, msti tido dkt2 sikit sambil ckp, esk kita nak bfs kat mana eh b? nampak tak mainan dia? ahhahahhahaha~ mlm mmg kena masak. baju siapa nak lipat? tunggu bila free lipat. okay, mmg mcm nk putus la napas. kul 10 baru dpt rilex. 1st week mmg mcm nak ngis, sbb bilik sy mmg totally bukan mcm yg sy biasa susun.tp lepas tu dh makin biasa dh! hahahhaha~ memang penat & seriouly penat sebabnya normal hours kita kerja mcm biasa, kat rumah pun keje tetap keje. tp tu lubuk pahala kan? so marilah biasakan diri and redhakan hati.

Tp si suami jgn la biar bini ko buat semua benda oii, tlg mana yg boleh. sebab tu semua bukan keje dia sorang. jgn bebakan dia dgn semua benda, sbb tu pun aslnya tanggujwb suami kan. isteri dia dh willingly nk buat pun dh kira syukur dh. dia tak berkira kan dunia dh ckup baik, sok kat akhirat semua dia kira masak jgk oiiii nak tanggung kan? so lets do it together. sy tak pelik pun kalau tgk laki basuh pinggan, laki sidai kain, angkat kain sebab abah sy buat semua tu. hahahhaa~ pinggan sebijik ko tak leh basuh? mmg mintak @#%$#$^. Makan minum bill api air sewa rumah bini tanggung? !@$@^^&#&. Then i asked her to ask him, apa tujuan asal ko kawen sebenarnya. Nk hidup senang lenang bawah ketiak bini? Please go to hell. haha~ Kat dunia mungkin ko boleh lepas tanggujwab, kat akhirat esk mampu ke nak pikul? kalau dpt bini yg jenis tak berkira, kira bersyukurlah. Yang mampu nak tlg sesama uruskan everything, tp jgn sbb dek baiknya hati bini ko amik peluang nak curang belakang dia, tunggu la perhitungan di akhirat nnty. Tu sebab bila sebut kawen je jgn ingt seronok, tp ingt tanggugjwb yang nak dipikul tu. Semua tu jadi saham akhirat. Sebesar zarah pun di hitung. Sesama lah kita beringat. Eh jauh plak tersasar kan, dpd nk kongsi sendiri, tergeram pasal org lain plak kan..hahhaha~ ya ampun, janganlah Allah duga sy dgn suami yg mcm tu.. sy tak boleh processs la der....suami sekarang pun sy rase nk geget2 je dgn kepala ting tong dia. tetiba ajak menari2. tibe2 mcm nie..tibe2 mcm tu..hahahha~ sakit jiwa makhencek!



nnty dh dpt officialy pic dpd photog, sy upload kat sini eh!

till then


babai :-)

Puan Aida

Thursday, March 19, 2015

Wedding



Assalammualaikum,


Bersawang skit blog akibat tuan blog bizy dgn wedding prep + tak sihat + penat + pemalas nk update..hahhaa~


By the way,

On 6 March 2015 saya telah selamat dinikahkan oleh abah sy sendiri dengan kamel!
Alhamdulillah, dengan sekali lafaz yang tenang tapi berpeluh2 sy selamat bergelar isteri pada kamel.phewwwwwwwww......

Meh nk belanja skit gambar buat kenangan, later kalau sy dh sihat cergas seperti biasa sy update yg lebih details eh :-)


Alhamdulillah, hajat sy nk kumpul semua family members and bff sy waktu hari bahagia saya nie tercapai. Rase terharu hoiii semua dh start cuti on khamis. Jumaat tu dh ramai kat umah sampai la ke malam. Mlm reherseal plak smpai ke pagi, dgr cite cousin2 smua tido kul 3-4 pg siapkan apa patut tuk booth mcm2 tu. sy masa tu dh selamat tidooooo dh...haha~ tq korang! tq sgt2!





nikah










ballroom dewan kompleks belia dan sukan paroi













reception on kamil's side.
tema diorg ala2 garden!
sy suka.sy suka.sy suka.
sebab cantikkkk sgt! lain dpd yang lain.
nnty sy review penuh yer/





well,
sebelum nikah sy dh cuti one week. after kawen pun one week. officially masuk keje balik isnin lepas, tp atas sebab2 masalah tak brape sihat, rabu and khamis doc suruh rehat kat umah. tulah sebab nya bleh update blog bagai nie, keje umah dh siap just tunggu kamil balik keje je. kehidupan lepas kahwen, masa first week agak haru biru gak la. tak dapat nak managed dgn smooth lg. nk kena iron baju and seluar oi, nak kena siapkan bfs oi, belum cite nk kena entertain kamil yg suka mcm2 tu lg kan...hahahaha~ mula2 mmg mcm nk migrain, now dh ok skit. cuma masih menggelupur balik keje then masak smua.. memang mintak nyawa tp alhamdulillah things are getting better. as for now, kamil still rajin menolong keje2 yg lain lah. nnty2 kalau dia dh malas, siap dia sy bebel kat telinga.hahhaha~ this week jadual agak penuh, insyallah kalau sihat, sy nk g umah makcik2 pakcik both side. ini mmg adat org negeri sembilan. sesi berkenalan org kata. next week sy ada training kat KL. mintak nyawa nak hadap jem ke jalan hotel istana tu kan... mmg sy surrender xnak drive. mmg niat nk tumpang staff lain je :-p



nota : mula-mula mcm blur, eh asal ada mamat besar sado sebelah aku nie..hahahha~ asal katil aku sempit nie.. selalu pepagi dlm kul 2 sy dh off aircond sbb sejuk, la ni xleh..mmg sampai ke pagi sebab mamat nie suka sejuk..memacam hal kan, dulu sorg. mmg ikut suka ko lah nk mcm mana, skang berdua mmg kena discuss selalu lah.  till we meet again.

Monday, February 16, 2015

Selamat Ulang Tahun ke 27

Today is 16 of Febuary 2015.
Kamil turn to 27 years old today.



Dear Awak Mohamad Ikram,

Selamat Hari Lahir,
Semoga Dipanjangkan umur menjaga family dan saya,
Semoga Dimurahkan rezeki
Semoga terus tabah menjalani hari2 yg penuh liku dgn kerenah sy...hahahhahaa~



Dear awk,

Terima kasih, Terima kasih for everything.
Terima kasih sebab sentiasa  bertahan tatkala saya dah bersedia untuk mengalah dgn tekanan.
Terima kasih sebab selalu ada waktu susah & senang sy.
Terima kasih sebab ajar saya supaya sentiasa sabar. Ajar saya supaya selalu rendahkan diri,turunkan ego.Selalu mintak maaf.
Terima kasih sebab sentiasa jadi pendengar terbaik sy. Selalu tenangkan saya. Dengar setiap keluh dan tangis sy.
Terima kasih sebab sudi jadi penguat semangat sy tuk capai cita-cita sy. Sudi bersama-sama sy untuk kejar impian dan angan-angan sy.
Terima kasih sebab sudi berjuang dan tunaikan semua janji-janji awk. (ada satu belum tunaikan lg kan?
Terima kasih sebab sudi lupakan seketika kereta idaman, rim idaman, cat keta idaman untuk handbeg2 sy, ticket2 vacation sy, semua makanan idaman sy :-)
Terima kasih sebab sanggup pilih sy jadi teman hidup walaupun awk tahu, perjalanan kita tak mudah dgn orang tegar berkepala batu macam sy, but u did it!





*********************************************************************************



nota :  oh yer b, jgn lupa dapur & cabinet  idaman sy eh.baru lah sy semangat nk masak sedap2! hahaha~ perempuan kan, syurga dalam rumah dia of course lah dapur....haha~ jgn lupa tau b! pastu trip idaman sy jgk. syg awk sgt2! terima kasih in advance b & happy birthday :-)

Friday, February 13, 2015

20 Hari yang bermakna :-)

Assalammualaikum,

Pejam.Celik.Pejam semula. Celik balik! woihhh ada 20 hari lagiiiii nk enjoy as single lady nie!
Nervous? ada la skit2. tapi serabut ada la jgk. 
ingtkan dugaan nak kwen nie tak byk, amboi kemain plak masalah itu ini dtg bila tarikh dh dkt.
seb bek mak and abah boleh handle kan. kalau dpt kat sy mmg kena hamun je.
buat keje guna lutot tu yg menyusahkkan org lain ..blurggh!



Memandangkan sy keje mmg tgh berlambak. tension pun ia jgk. nervous pun dh nk sampai. sy agak pening nak handle majlis sendiri nie. tp Alhamdulillah, Allah pinjamkan sy keluarga yang sgt2 memahami, yang sgt2 baik hati, sahabat yang sgtlahhh sporting maka diorg dh permudahkan kerja2 sy.  Sebelum majlis berlangsung, sy nk ucapkan terima kasih byk2 buat family members sy yg from khamis lagi dah cuti. diorg dh apply cuti from last month lg especially my uncle and aunt. Diorang dh berbincang adik bradik, apa nk buat. siapa nk jaga apa. sepupu sy yg siapkan baju masing2. yg willing to spend a lot on baju diorg and smua yg berkaitan dgn majlis. yang buatkan crown, yang akan handle guest book and candy buffet. thank you sgt2 tau, kak ya syg korang! tak lupa jgk tuk sahabat ketawa menangis tergolek tertonggeng sama- sama sy. they willing to spend tempah baju. beli baju. carikan kasut nikah sy. korset sy. yang akan inaikan sy. yang sanggup cuti untuk majlis sy. yang sanggup dtg dari jauh dgn family untuk majlis sy. yang sanggup cari homestay tuk stay sblm reception dgn sy.thank you sgt2 tau korang :-) 


Saya pernah bagitau kamil. sy nak majlis sy dihadiri oleh semua orang-orang yg sy syg. Saya tak mintak yang mewah atau best2, sy cuma nak semua kesayangan sy ada waktu majlis tu. Alhamdulillah, most of them able to make it happen. Yang tak dapat tu, its okay bukan rezeki la kot. Insyallah, ainaa sendiri akan inaikan before reception! Cupcake ainaa tempah khass from manjung with love. haha! Sy nk share moment2 akhir as bujang nie dgn org2 kesayangan sy. So those invited, please come to my big day okeh. Dekat fb pun mmg sy tak invite all pun.. mmg those invited tu mmg sy jemput dari hati yg tulus ikhlas...haha! 



Okay, next entry tak tau bila! hahaha~

tp on monday mmg ada satu entry khas sy dh taip sejak bulan lpas lagi~ mmg sy schedule kan entry tuk for monday. kikiki :-)





noted : pengsannnnnnnnnnnnnnn la nk ngadap keje bersepah2 nie!

Sunday, January 18, 2015

Preparation menjelang March 2015

Assalammualaikum!


Okeh. Nak taip entry nie laju2. sebab ada je keje lain nk buat. tp tetibe bosan. so lari jengah blog jab.
Bila ditolak.ditambah.dibahagi.didarab. ada lebih kurang 48 hari je lg before kawen. muahahahha~ 
mcm rase lamaaa je lagi. tp bila tgk kalendar. woiiii dh tak lama. ini rupa nk kawen bulan 1 tu? nie kamil lah nk cepatkan. tp dibangkang keras oleh sy! so end up kita pilih 6 MARCH 2015 sebagai tarikh keramat. Macam biasa, kerja memang sentiasa byk kan. Dan sy mmg tak take part sgt dgn wedd preparation nie. Tp bila dh waktu2 akhir nie kan, sy dh start gelabah. tibe2 kedai print card tu lmbt gila bg draft artwork dia. kena plak sy kol kakak kamil tuk bantuan. hahaha~ al-maklum la, sy kalau tnya pape, msti sy akan tnya org lain semula. like aritu mama kamil tnya "tempah kad kawen nie kat mana" sy pandang kakak, " kat mana kita tempah kak?" kakak akan rescue " kat KM Plaza". haaaa...mcm tu lah. kadang2 org tnya, "bila tarikh korang kawen ?" sy akan pandang kamil " bila b?"  kamil akan tolong jawab " 6 nikah, 7 reception" . sampai mcm tu skali la. skang nie ingtan sy kurang bagus. kadang2 asistant sy sampai bagi pen n kertas suh sy salin apa yg sy ckp. sbb nnty sy akan lupa. hahahhaa~ sabar jelah!kdang2 sia2 je panggil dia masuk bilik, lepas tu sy senyum2 je," alamak iqa! sy lupa la apa sy nk ckp tadi" sajeeeeeeeeeeee je kan cari pasal!! hahahha~ takpe. dia tabah orangnya.





bila sy tgk kalendar kan, ada tinggal 48 hari lagi. Mak and makcik2 sy dh sibuk2 dgn mcm2 benda. lauk masak time nikah lah. next week meeting tuk family belah abah plak. nak bahagi2 kan tugas2. serahkan baju2 tuk diorang tempah. actually sy ada wedding colour sy sndiri. tp semua orang tak setuju. hahaha~ takpe, sy beralah je. janji semua diorang buatkan.hantaran pun tak gerak nk buat lg. kemainnnn la malassssssssssssssssssssssss nk start! mak sy mmg tak bg sy buat, dia ckp anta je kedai. mak bayar! tp sy tetap nk buat jgk, tapi tak jgk start2 lg.hahaha~ this week sy setelkan hal rumah and honeymoon! tempat honeymoon je dh 4x bertukau! tarikh bertukau2. niat dihati nak terus fly after reception sy. tp takut plak nak ckp dgn mak. kang mak ckp, kemainnnnnnnnnnnnn kau! lps kawen terus hilang!hahahhaha~ sy tukarrrrrrrrrr tarikh. and tempat. jauh skit! sbb mmg dh janji nk g dgn bff. tgh nk booking ticket nie, bff kata tarikh tu dia tak free. sooooooooo sy decide g berdua je. skali kamil kata tunggu bff jgk. g ramai lg best! so sy tukarrrrrr semula tempat dkt skit. tapi tetap nk fly after wedding! hahaha~ macam biasa, bab2 nie biasanya akan diuruskan oleh sy. baik kamil atau bff, mmg serah bulat2 pada sy. mmg ikut jadual yg sy buat. sy plak mmg jenis yg plan from A to Z. buget trip. tentative trip dan sebagainya. jgn risau, im trying my best nk buat semua happy! hahahha~ tp trip tu kena postpone dlu.tunggu semua free dlu.




perasaan nak kahwin? aritu sy raseeeeeeee rileeeeeeeeeeeeeeeeeeeex gila. mcm, alaaa rilex la. kahwin kot. happy la kan. tp nowwwwwww sy rase stresss skit. sbb kamil suka buli sy. kamil suka menyakat sy sebenarnya. dia kaki buli tau. dia suka buli sy. kdg2 sy nmpk mcm budak blurrr gilaaa. kena kelentong dgn dia. now dia buat muka kejam2 dia. imagine la kalau dia dh ada kuasa.msti dia buli sy kaw2 punya. ada ke tnya soalan " dah ready ke nk layan kerenah sy" sy berdebarrrrrrrrrrr dh! kamil nie bukan boleh pakai sgt tau. risau nie tau. takut kena buli! hahahhahaha~ lps tu bila fikir, argh....lps nie kena masak. kena lipat baju. iron baju. basuh kain. dulu smua boleh je kawtim dgn mak.hahhaha~ lps nie semua kena sendiri. jgn hrp mak nk tolong,nnty dh masuk rumah sendiri.lg la struggle kan?ok, takpe. pikir yg indah2 je aida. aritu sy tnya dia " sy kena masak lauk mcm mana tuk b" kemainnnnnnnnnnnnnnn... " alaaaaa lauk b simple je...bla...bla..bla..." simple hapeeee...memilih adalah! hahahha~ tp hujung2 tu dia ckp..takpee, nnty b masak kan..awk msti balik keje dh penat..kat opis mcm2 ragam lg....hahhaa~ SILAKAN b. pastu bila ingt baju2 kemeja keje dia yg bapak seksa nk di iron tu..perghhh! diam2 nnty sy anta dobi...hahha..(matik la kena rembat dgn mak). well, kita kena ada perancangan..hahhaaha~ pastu mental nk kena ready, kalau dia bad mood balik keje. stress dgn student ke. dgn management ke. dgn paperwork ke. haaaaaaaaaa...tu semua kena pkir. tulah dia, byk sgt pikir. tu yg stress ntah pape. ok chill! chill aida. chill. tp cuak la woiii, sy tak pandai masak lemak2 ni..kang mama kamil suh masak lemak cane?? hahahhah~ (adios la kau aid,a). ohoii.. serious berdebar bila kamil angkat2 kening dia. mcm dia akan balas dendam la selama arini sy slalu buli dia. hahahha~ sy boleh imagine la, " syg, b nak air nie" "syg, b nk pkai bju nie. xnak yg dh iron tu" " syg, b nak makan nie" " syg,air milo nie tak sedap. buat lain" hahahha~ paling tak bleh blaaa kalau dia ckp " syg, tahun nie raya umah mama" perghhhhhhhhhhhhhh! hahahha...jauh kau pkir aida! sendiri taip. sendiri stress. takpe, menjelas lps kawen, sy ada 3 bulan tuk usaha tahun nie sy raya Johol... hahah! k bye!




nota : lamaaaaaaaa sy tenung mamat tu tau.dalam hati, gilaaa lah. lagi 48 hari dia jadi suami aku! gilaaa laaaa woi... smbil dia rilex je korek idung buat muka tak salah!hahhaha~ 

Monday, January 12, 2015

Meneka dalam kesamaran

Assalammualaikum.


Its 12 januari. Hari ke 12 di tahun baru. Cepat betul kan?
Harini xde mondayblues. Ada bertimbun payment voucher yg sy kena semak and verified. Rase lenguhhhh gila tangan. kalau lah ada sign yg boleh cop2 je kan best. boleh tak boss nak mcm tu je?
Tersangguk2 kepala membelek PV smbil semak dlm system.
Lately nie sy a bit sensitive sikit. Emosional. Mudah terusik. Mudah terkesan.
Datang office bermata panda. mmg mencetus sgt la kannnn...seb bek kiah propa xde kat office baru nie. tapi sy perasan la diorang pandang sy lebih dpd 3x kan! nak2 telek mata sy. hoiii.. dh pakai makeup pun xleh cover ke? ke mmg tak pandai make up.haha~ tulah emosi sangat kau aida. 3 hari 3 mlm pun belum tentu hilang kesan tau. luckily sy sentiasa ada org yg boleh dikongsikan. yang boleh menangis.gelak.marah sama2. kalau tak maun sampai utara sy hanyut cari jawapan untuk soalan sendiri. tulah, buat soalan susah2. sudahnya sendiri susah.

Daripada dalam bilik sy, boleh dgr tau radio akak2 kat luar tu. nak plak mmg ada staff yg rajin nyanyi, kdang2 disambut nyanyi dpd sy. hahaha~ kadang2 sy jerit je tnya tajuk lagu. lagu2 akak nie mmg lagu lama. lagu legend. tp sy suka. TETIBE keluar lagu ibnor reza. dan2 tu jgk tgn berhenti tekan keyboard. pasang telinga. and terus tnya tajuk lagu. omg! touching sgt lagu2 nie..dan2 one of kakak tu lepak dlm bilik sy..."ko kenapaaaaaaa daaaaaaaaaaa". hahhahahahahah~ sy jawab soalan akak tu dengan airmata je dalam senyuman :-) mcm biasa, sy kan suka go tru setiap bait lagu2 tu kan. azimah je paham style sy. sbb dia pun sama gitu!hahaha~  meh dgr lagu yg buat sy lemah longlai lemau sayupppppppp kat opis tadi. tepat je 5.30, terus off pc, amik handbeg, tutup aircond printer bagai.kunci bilik.thumb print and zassssssssssss balik.


Dari sudut hati yang terluka
Dengan niat suci yang membara
Ku curahkan semua harapan ku yang ada
Kerana ku terlalu menyinta

Ku menyingkir tiap keindahan
Ku lepaskan apa yang ku genggam
Tiada ku inginkan keraguan mu
Kian berpanjangan tanpa pedoman

Keteguhan cinta ku pada mu
Membuat ku tak merasa jemu
Seringkali pertanyaan
Yang cuba aku timbulkan
Pada mu itu hanya kebosanan
Bagaikan ada kesamaran
Di dalam sinar pengharapan

Puas sudah mencari silap ku
Puas sudah meneka hati mu
Tiada ku temui
Jawapan mu yang pasti
Yang memberi ketenangan diri







nota : sy tak cukup tido. ingat balik nak cover tido. tp tak berjaya. untill now mata masih segar bugar tu yg merewang kat blog nie. Andainya sy takde bahu untuk bersandar, sy selalu ada lantai untuk bersujud kan? Doakan sy eh ? 

Saturday, December 20, 2014

towards the end of 2014 & welcoming 2015

Assalammualaikum!

Wah, lg 2 minggu nk ke 2015 kan.
Cepatnya masa berlalu. Cepatnya masa tinggalkan kita.
So mcm mana dgn wishlist 2014? dh tercapai lom?
untuk 2014 sy tak letak anywishlist pun. ive belek2 entry lama.
betul. mmg takde wishlist, hihi

tp Alhamdulillah.
2014 turn up jadi yg lebih baik dpd yg saya harapkan.
Alhamdulillah.
Honestly, 2013 tahun yg paling kriktikal utk sy.
thats y sy tak letak any hope 2014. takut kecewa.
tp Alhamdulillah. 2014 ubah hampir 50% dpd kehidupan sy sebelum ni.


2014

  • tukar status daripada single to engaged. hahahahah~ dgn jiran plak tu. dgn classmate dlu plak tu. dgn org yg tak pernah ada in ur mind pun. tp perancangan Allah kan. Sometimes bila kita having chit chat berdua, either me or kamil akn tnya, pernah tak awk bayangkan kita akan pergi up to this stage and pernah tak awk bayangkan sy akan kahwin dgn awk. jawapan kedua2 kami ialah TAK! hahahhahaha~

  • berjaya keluar dpd dunia audit. bukan tak sayang. bukan tak suka. tp sy sentiasa cari ruang utk bg diri sy tgk dunia lain. Accounting sendiri terlalu besar scope dia, So i tried to explore as much as I can. Sy selalu nya jujur n sgt straight foward bila soal keje. So apa saje sy buat psl keje, its totally come from heart. Sy slalu tetapkan niat, sy nak belajar. sy nk experience. Duit tak pernah jadi priority sy. But when the time has come, bru sy belajar demand skit. tu pun tak pandai sgt demand.hahahaha~

  • bila sy keluar ke dunia yg baru as ex- auditor. sy bawak satu nama yg org expect tinggi.bila sy lapor diri as acc exect, sy tetap diminta tuk beri advice psl audit. Bila sy lapr diri as officer, tetap jgk sy diletakan tmpat audit and they want me to help them on audit matters and some of them want me to look into their doc and give opnion from auditor eyes! jauhhhh sy cuba lari dpd dunia audit, tp sy tetap dibayangi dunia audit. ohh... baru sy tahu auditor tu beri impact besarrrrr pada individu mcm exect and officer. sy cuba bantu mana yg boleh, ternyata pandangan auditor dgn bkn auditor mmg beza... sy rase mcm kelakar sgt. and somtimes diorg tnya sy, mcm mana yg sy nmpk benda2 yg diorg tak nmpk. jwapan sy mudah, sy dh biasa belek apa yg diorg tak tahu. tht sy nmpk kat mana yg diorg slh and etc.

  • sy makin cintakan ACCOUNT! walaupun jalan nya payah. susah. menangis. kecewa. penat . tak berbaloi. tp bila kita buat benda yg kita suka. smua tu bkn jadi masalah kan. thank you mak & abah pakse sy amik account dlu. semoga sy terus tabah dan jumpa apa yg sy cari.

  • rezeki sy alhamdulillah murah untuk penghujung 2014 nie. something yg sy tak expect, tp Alhamdulillah Allah dh tulis itu rezeki sy. Even ada suara2 sumbang kata, im too young for this position, even ada org persoalkan boleh ke sy manage all those task. how im going to do it and how long sy boleh bertahan. Jawapan nya mudah, sy ialah aida yg tak mudah mengalah. sy tak kan ckp tak selagi sy tak cuba. Walaupun sakit kepala jgk sebenarnya, tp mak sy ckp, if sy success, maksudnya sy dh berada di level yg sy patut berada. if i fail then i need to improve my kill and knowledge. im in learning process kan? so no big deal. work on it

Harapan 2015 ? ( nie part yg paling best. berangan tu mmg best kan)


  • nk setelkan hal wedding secepat mungkin. Ya allah, kitorg mmg rilex habis. baju nikah pun tak beli lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..... bju sanding pun samaaaaaaaaaaaaa... dh ukur la last week. tp lom rojer bridal lg nk beli kain sesama kan. sbb nk tgk kitorg nk pilih colour apa smua kan. hahahhaha~ lempang diri sendir! hantaran almost 50% done. yg lain2 mak abah cousin aunty uncle yg uruskan. 


  • nk setelkan kerja before start cuti kahwen. actually dh 2 minggu sy buat rangka kerja and buat workflow utk staff. i do some changes supaya they are in the right track. dua minggu sy duduk jeeeee dlm bilik tu buat plan and smua benda lah. bila dh siap sy inform diorg and anything yg diorg tak setuju i always open for discussion,.almost 50% done rasenya, bila smua dh siap bru sy buat meeting tuk department. director dpd last week dh tnya if sy dh buat meeting for my department blom. sy gelakkk je. im still doing my research and study ur comp profile. dh siap nnty bru meeting!tu baru satu department, ada lg satu department yg sy involve jgk. tp yg nie agak tegar lah. org2 tegar nie yg slalu come out dgn alasan, sy xkan bertolak ansur. if you want to do in ur way, and facing same problem every year. silakan. i dont mind. sy tak kan bebankan kepala sy dgn masalah org2 mcm nie. tp awas, jgn bg sy nampak benda2 yg sy tak nampak and awas mata auditor sy belum tumpul lagi. jgn bg sy nampak. thats it.

  • of course tak sabar nk terbang lagi. eh...silap2 of course tak sabar nk kawen! hahhahahahaha~ gilaaaaaaaaaaaaa lahh... nk kawen dgn kamil tau. mamat yg nmpak mcm ganas, tp rupanya hati macam tisuuuuuuuuuuuu tu.... tabah plak tu! nk layan sy yg entahlahh.....kadang2 sy pun confused. msti kamil berharap sy berubah kan lps kawen. jadi lemah lembut. tak ganas. sabarrrrr... manjaaa..hahhahhaha~ will see how la b eh...skang nie ganasss sgt eh?? rse nk belasah sy hentam je, rase nk tumbuk sy tumbuk je...tp awas skali kamil naik angin...berjurai2 airmata...lps tu...dok...b...b...jgn la marah sy...bru tau takut!

  • nak teruskan penggembaraan Asia sy. insyallah, after settled audit 2014 nnty. sy akan cuti panjang skit. nk rehat! nk reward diri sndiri. tu mybe middle 2015 kot bru free or mybe 2015. ainaa dh tnya2 sy bila nk bli tict. nk beli tict pun kena study jgk sana musim apa time tu, buatnya kena time panas. alamak sama je mcm malaysia. dpt time sejuk + winter best jgk. insyallah akan diusahakan. honeymoon punya part dh setel. one is exactly after reception on my side. one after settled smua. second one tu maun terbang dgn ainaa.. we try yg dekat dlu..haha~ boleh tak amani ikut flow mummy yg jalannnnnnn non stop nie. smua tmpat nk explore! tp kita sama2 explore ye.


  • nak masuk rumah sendiri. nk ada dapur sendiri. ohoiiiiiiii yg nie tak sabar! sy sanggup je tak shopping semata nk kumpul duit beli brg umah. hahahhaha~ luckily kamil jenis yg tak byk songeh. cant wait!

  • utk career, sy harap sy mampu bertahan lama dkt tempat skang. sy perlukan at least 5 years tuk cabar diri sendiri. untuk belajar mcm2 lg. insyallah doakan!


thank you Allah, 

kurniakan sy parents yg selalu paham kehendak dan kemahuan sy. yang selalu jadi supporters sy. yang selaluuuu bg pendapat in everything that i do and they always involve dgn smua yg sy buat. diorang nadi sy.

kurniakan lelaki yg paham sy. yang mampu sabar dgn sy. yang mampu jadi kawan suka duka sy. bila sy happy, dia antara org yg ada dgn sy. bila sy sedih. of course dia akan consult sy. dia yg akan pujuk sy. dia akan cooldown kan sy. noted kan aida tu penuh dgn kemahuan and kehendak. sometimes when i failed in my plan, kamil always with me. ganas2 sy nie, ngisss jgk! sedih jgk! tp kalau time sedih, mmg wajib cari dia. kdg2 penat bercakap, mengadu...hahaha~ tp kalau marah dgn kamil, jgn ckp....diammm je...diam tu tandanya marah..hahha~doakan yg terbaik okeh. 


berikan sy kawan2 yg baik, yg sentiasa ada, yg always positive and keep support sy. you know who you are. my girls always ada, shoot jer any msg. ketawa boleh. menangis boleh. sedih pun boleh. sy jgk ada ex ofismate yg selalu bg positive vibes. thank korang! thank you so much. 




well, selamat tinggal 2014. tak mungkin sy lupa tmpt sy jatuh dan bgun dan terus berlari
tp sy harapkan 2015 lbh rancak dan dipermudahkan.


till then,
aida