iklan-iklan~sila click

Monday, March 3, 2008

Dirimu tetap dalam ingatan...

Kami tanpa dirimu…

Berakhirnya ramadhan…
Muncul lah syawal…
Hadirnya bersama kenangn antara kau dan kami…
Bersama memori-memori indah yg pernah kita lalui bersama….

Syawal kini tidak semeriah dulu…
Tiada peluk cium dari mu,
Tiada gelak tawa yang bisa membuat kami gembira di pagi syawal….

Di hening pagi syawal,
Hujan turun membasahi bumi,
Turut turun bersama airmata kami kerana terlalu rindukan dirimu….
Memori kita terus berlegar di ingatan…
Tak pernah padam dan tak akan pernah…

Kedengaran suara melaungkan takbir hari raya…
Hati kami bertambah sayu…
Rindu padamu terus menebal…
Terlalu byk kenangan yg kita kongsi bersama…

Disatu sudut kami membayangkn kau duduk menunggu anak cucu mu memohon maaf
Terdengar nasihat dan gelak tawamu
Peluk cium hadiah yang tak ternilai…
Tiba-tiba kami tersedar,
Kau telah lama pergi…
Menyahut seruan Ilahi…


Di pusaramu kami berdoa
Agar kau bersama orang-orang yg beriman….
Bersama-sama kekasih Allah….
Doa menjadi penyambung kasih sayang….
Moga kami terus tabah menjalani hidup tanpa dirimu…

No comments: