iklan-iklan~sila click

Saturday, February 19, 2011

berkhatan ( sunat) bg perempuan

fews days back.
timbul cerita sunat nie dlm perbualan sy ngan kawan sy.
ada dikalangan ibu bapa skang yg leka atau terlupa tuk sunatkan anak perempuan mereka.
senang cite dia amik mudah bab nie..
so bile anak dh besar...baru teringat nk buat.
menurut cerita tu lagi....doc tak nk sunat bdk yg dh besar..
kesahihan cerita nie tak dpt sy pastikan.
tp part yg mak ayah lupa nk sunatkan anak nie adalah betul..

so.
timbul solan seterusnya dari sy.
apa hukum sunat bg perempuan nie sebenarnya??
setahu sy yg tak byk ilmu didada nie..
benda nie adalah wajib~
but ada yg kata ia hanya sunat je..tak buat takpe..buat dpt pahala.gitu~~

seingat sy.
family sy yg lahirkan baby perempuan.
tyme dlm pantang lagi dia dh sunatkan anak dia.
bidan yg sunatkan atau makcik tukang urut tu yg sunatkan~
so sy ngt benda nie sama berlaku dlm keluarga yg len..

sy masih ingt lagi
jeritan adik sy masa dia sunatkan..
tyme tuh sy umur 6 tahun.
mcm apa dah dia menjerit~ dia disunatkan tyme dlm pantang lagi~~



so sy nk share kan apa yg sy bace~

Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Ertinya : Lima perkaea fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)


Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-
1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,   
3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.
Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelai satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.
Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.
Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.
Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan  .
:Kelentt wanita (yang dipotng sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.."
dan pelabagi lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah . Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita..Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepd manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.
Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita2 arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali mesir dan sudan. Adapun negara arab di Teluk dan maghribi..tiada khatan bagai wnaitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.
Rasulullah Berkhatan
Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah  SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.
Dan padangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkahatan adalah lemah, demiian juga pandangan yang menyatakan bahawa JIbrail as yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.

nie link yg sy amik hukum khatan wanita~

byk lagi info2 psl khatan nie~ try tnya pakcik google eh~mesti dia dpt tolong~



pendapat sy..
islam dh susun segalanya dgn elok dan cantik..
so mmg patut kita ikut aturannya...
plus..yg sy bace..ada wanita bukan islam yg nk mintak disunatkan sbb suami dia yg bukan islam pun bersunat..
indahnya aturan ALLAH kan sampai bangsa lain pun realize kebaikannya~

ini kan kita yg mmg dilahirkan islam..
tak kan kita tak nk ikut aturanNya kan..
pasal nk tindik telinga anak.nk bagi pakai subang emas..bleh plak kita ingt..
tp benda2 mcm nie bleh plak kita lupa kan~~

takpe..
manusia takde yg sempurna.
dh jadi tugas kita ingt mengingatkan!
so ingt~
kalu ada ank perempuan..jgn lupa sunatkan ok
yg anak laki mmg wajib la sunat kannnnnnnnn~~

ok.
sekadar kongsi info je..
dh rase mcm mak plak ckp psl anak2 nie kan~
hehehe~ 

ok~ happy weekend!!

notes : smlm smpai kul 4.30 am sy siapkan asimen s.a.akhirnya siap jgk~~ pening ok bila kena wat analysis financial report company org nie~~~ tp alhamdulillah..siap jgk!

2 comments:

Haliza said...

Bersunat ni dah WAJIB bagi lelaki dan perempuan.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemotongan-genitalia-wanita-female-genital-mutilation

Agree with you, parents skrg tak sunatkan anak pompuan, bukannya lupa tapi anggap tak penting. Yang bersunat pun bukannya potong hujung kelentit yg mana sepatutnya tapi secara simbolik aje,dicucuk hujung kelentit, yg buat begini maknanya belum lagi bersunat. Ramai mothers yg tak tau cara sebetulnya pompuan bersunat, serah bulat2 pada dokter yg kebanyakannya buat yg salah.

http://myibrah.com/hukum-khatan-wanita-bagaimana-rasulullah

Wardina said...

Setuju kita yg tau kena ingatkan dan sebarkan pada yg lain. Skrg ni ramai pompuan yg ak sunat pasal mak bapak tak ambik kisah. Tak tau apa tujuan anak pompuan bersunat, serahkan bulat2 pada dokter yg menyunatkan. Ramai yg tak sedar sebenarnya anak2 pompuan disunatkan dgn cara yg salah, tengokla perangai remaja pompuan skrg..dah merenyam.

Sebaiknya bersunat bagi pompuan adalah MEMBUANG KULOP KELENTIT utk kebersihan wanita dan MEMOTONG SEDIKIT HUJUNG KELENTIT bagi merendahkan/sederhanakan nafsu wanita kerana “kelentit wanita sangat sensitive walaupun kecik dan mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.." Ini telah terbukti oleh kajian sains diBarat. Walaupun telah bersunat, wanita masih mempunyai nafsu yg lebih tinggi berbanding lelaki dan disamping itu dapat lebih mengawal nafsunya agar terpelihara. Sumber

http://myibrah.com/hukum-khatan-wanita-bagaimana-rasulullah