iklan-iklan~sila click

Saturday, May 7, 2011

menangis : lelaki vs perempuan

kalau kita cerita psl menangis nie...
ia sgt sinonim buat perempuan kan...
jarang lelaki menangis kan...bukan takde..tp jarang...
korang rase sebab apa??
sebb ego kah?
sebab malukah?
sebab takde perasaan kah??
korang jwb sendiri eh...

sy ada sy coretan yg sy jumpa dr satu blog nie...

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

perempuan senang nangis kan??
org n9 ckp...meghebehhhh jeee...gitu..
lelaki kata pom cepat touching...
tp itulah hakikatnya...
dianugerakan airmata pada wanita agar dpt curahkan perasaannya~~

lelaki juga boleh ngis..
sama ada dia tunjuk atau tak je~
wajar bagi lelaki utk tidak tunjukakn tangisan nye kerana dia adalah pemimpin..ketua keluarga dsb..
dia kena tegas..kena kuat..kena tabah..tak boleh akur pada perasaan sedih dan tunjukkan pada org lain..
tp tak salah untuk kaum lelaki menangis..sbb meraka jua pnya perasaan mcmk wanita jgk...


personally,

sy sendiri pertama kali tgk abah sy sendiri menangis 17 tahun lepas bila ayah yg disayang pergi mengadap Ilahi.Seterusnya 6 tahun lepas bila ibu, wanita yg paling disayangi dijemput penciptanya. Bukan tidak akur pada takdir ALLAH tp sy dpt bayangkan betapa sedihnya dlm hati abah sy bila ibu dia pergi buat selamanya.
Knowing him yg sgt dan amat rapat dgn ibunya, nk kata anak manja tidak..sebab dia karektornya garang..tp internally mmg rapat dgn ibunya..kasih syg mereka berdua mmg jelas dimata sy..3 minggu ibunya sakit tak mampu berjalan, di bawak nya ibu duduk sama2 dgn kami smua, dialah yg menjaga makan minum berak kencing smua...jelas lagi di ingatan sy macam mana abah sy jaga wan sy tatkala 3 minggu sebelum dijemput menghadap penciptanya~ sy rase arwah nenek sy cukup bertuah sebab waktu sakit nya, kesemua anak2 + cucu2 arwah jaga dia sebaiknya.takde sape mengeluh.takde sape kata penat.takde tolak satu sama lain.semua jaga sama2..terutamanya anak2 lelaki..sy rase arwah wan sy puas hati and lega saat dia hembuskan nafas terakhir didalam tidurnya~ dan perginya arwah buatkan keluarga besar kami suram hampir setahun..tak berseri langsung.sbb penguat kasih syg antara kami smua dh takde lagi.paling teruk terkesannya, abah sy la..lepas subuh dlm doa, mesti dgr esak tangisnya..mungkin rindukan ibunya, sejak tu, sy dh biasa tgk abah sy ngis..paling sedih bila raya pertama tnpa wan, selalu pg2 salam peluk ibunya, kali nie peluk kakak2 dia smbil ngis mungkin rindukan ibunya...sampai ke hari ni, tiap2 minggu ataupun 2 minggu sekali, mesti abah sy balik kampung g kubur arwah ibunya, bersihkan kubur and sbgnya..kul 7 dia gerak balik rembau, dlm 11 gitu dia dh pai seremban balik..begitu rutin dia hmpir 6 tahun nie...kasih dia pada ibunya,tak berpenghujung... itu kisah arwah wan sy~ kisah kita nnty tak tau mcm mana lagi kan?? tak tau anak2 kita mampu tak jaga kita kan...maka, sebelum tu..jagalah org tua kita sebaiknya selagi dia ada sehingga ke akhir hayat dia~



and kalau korang rajin and nk tgk lelaki menangis...
korang klik sini and korang try tgk dari minit ke 8 onwrds...
nnty part yg mak hazama minit 11 gitu, korang try tgk muka dia..dia terus leh capture tu suara mak dia~
korang tgk dia senyum mcm mana..hahaha~
then tgk mcm mana diorng kasih & syg pada keluarga...
leh tgk lah diorng nangis bagai..paling sedih si azri la..nmpk kan betapa dia syg ngn mak dia kan..
sape tgk diary minggu nie tau la...
tang kawan2 susah kita nk ngis kan..tp bab familu senang airmata kita tumpah kan...
kan??
btw, suara family erul, kay, lena, fina and ramai lagi best kan??

bagi sy,
kalau korang masih lagi menangis bila kenangankan keluarga dan rindukan ibu korang.
itu maknnya hati korang tak kritikal lagi..
maksudnya, hati tu tak keras lagi mcm batu..masih ada perasaan kasih & syg sesama manusia.
tp kalu mmg hati batu, keras, yg buat mcm mana pun msti tak ngis punyalah...
besar kemungkinan hati dh hitam..
nie yg sy dpt masa pegi kem 8 tahun lepas...


kesimpulan,
menangislah bila kau rase mahu menangis..
jgn biarkan hati kita keras tak berperasaan...
so,jgn malu2 nk ngis ok..kalu malu nk ngis dpn org,ngis lah dlm bilik air.. :-)



nota : sy paling mudah menangis bila melibatkan keluarga, dgn en azrap pun ada beberapa kali ngis. tp tuh ngis ngengada + sedih je la...hahahah~ love your family then your family will love u more :-)

1 comment: