iklan-iklan~sila click

Sunday, July 24, 2011

10 makanan antikolestrol

 now sibuk search psl kolestrol je.
walaupun naik sikit.sy tetap nk back to normal balik...
so pada siapa2 yg senasib mcm sy...
moh bace kat bawah nie...amalkan eh...

pada sape2 yg tak check..
gi la check cepat...
yg kurus tu pun blum tentu selamat dari kolestrol yer.
i have two frens yg kurus keding yet high kolestrol yer...
better go and check :-)

amalkan hidup yg sihat! hoyeeeeeeehhh....( dan2..dh sakit baru nk rawat)

kak woss...
jgn ngelak bace eh :-)



1. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Untuk memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh, disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi . Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

2. OAT
kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

3. KISMIS
Sesiapa yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%. Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol.

4. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol jahat dalam tubuh.

5. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol baik dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

6. IKAN TUNA
Ikan Tuna tergolong dalam sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol jahat.


7. EPAL
Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari dapatuntuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya, dapat menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.


8. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.


9. KUACI
Kuaci mengandungi zat besi. Pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari dapat menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol jahat sekali gus menghadkan kolestrol baik.



10. SOYA
Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral membantu memecahkan lemak di samping membantu meningkatkan kadar lemak baik dan mengurangkan kadar lemak jahat. Ia mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Kacang soya juga dapt mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis.

No comments: