iklan-iklan~sila click

Thursday, February 28, 2013

trip ke sabah ( febuary 2013) - part 1 day 1

 Assalammualaikum...

Punyalah semangat nk update psl trip ke sabah kan..
kita tgk jelah smpai mana semngt nie ada...dh la berpart2 kan..haha~

Plan ke sabah sekitar sept - october rasenya..
sy mmg dh set mind nk berjalan je 2013 nie...
so bila diorg ckp nk ke sabah...sy trus okay! sejam lps decide.terus berkumpul ramai2 on9 tuk booking ticket.
online diuruskan oleh sarah. sbb air asia adalah bas dia kesana kesini.hihi~

next step sy siapkan tentative nya.
sambil bincang2 dgn ahli group.mana tempat nk pergi sambil sarah jadi penasihat tetap.
since ahli group semuanya jenis yg senang and tak kisah.sy pun start la google.
bace blog2 yg dh penah pergi and mintak pendapat org2 yg dh penah pergi.
setel semua.maka sy buatkan budget pulak.smbil2 tu search tempat tinggal.pengangkutan.bayaran masuk dan semua2 kos yg patut.
finally i come out dgn satu budget yg sgt2 reasonable ~ sendiri buat.sendiri puji.
selepas di audit oleh nad ahli rombongn yg lain.semua org setuju.maka start la collect duit.dua kali byr! ticket flight mmg time2 tu jgk byr.
so kak ina dilantik jadi bendahari tetap trip nie.she's good handling bab2 money nie...haha~


tentative done.budget done.booking done.collection done.
so menanti hari utk berlepas~

22 febuary 2013
air asia
2.40 pm

by 10.30 am mcm tu sy dh siap packing.
kemas bilik. dan tunggu abah amik.abah yg anta ke airport!hihi~
sy mmg selamba packing beg time tu.
berdebar jgk takut luggage lebih than 7 kg.tp lantak lah.
dgn selamba jgk.tak bwk byk bju.
niat mmg nk beli je kat sana.toiletries plak bila check2 beg nya.ada yg takde.
smlm nya tu patutnya nk g beli sblm tgk movie flight.
tp en abg kamil yg baik lg bijaksana dan pemurah hati dan senyuman, boleh plak dia terlelap.so lmbt jgk kua.hati dh panasss je kan..langsung lupa apa nk beli.hahaha~
so selamba je, beli je kat sabah.



 nie pic sebelum gerak.
si b dh pesan.amik pic.anta kat dia.
layan je weh.kang dia majuk.
dh la tak bg dia ikut.tak bg anta ke airport jgk.sesuatu sgt kau aida.
menyirap je mamat tu.
muka time nie cerah lg kan.
ko tgk muka skang.cerah lg jiran sy yg india dpn umah nie dlu.haha~


 ada satu insiden yg mengecutkan perut ahli rombongan.
masyallah.kecut betul tali perut time tu.
ahli rombongn 9 org.
6 dh smpai. 3 lg stuck.keta break down.
dgn berat hati kami naik jgk smbil tunggu dn doa dlm kapal terbang tu.
dpt je seat. rilex 5 saat.terus nmpk muka citah.
melompat gembira.bersyukurrrrrrrr sgt! terus buat flight tu mcm bapak ko punya.


 dlm toilet pun sempat.
selamat smpai KK jam 5.30 gitu.
imgresen cepat.
jgn lupa simpan visa sabah ( kengkonon la.tp dia mcm kertas la)
kalau hilang payah ko nk balik semenjung.hihi~
sarah yg dh menunggu bersama kwn dia tu dh 3x tepon
why lah akak tak kua2 lagi.
dh excited tunggu nieh!hahaha~
sarah tu org sabah.so dialah segalanya buat kami disana.haha~





 duduk bersama couple nie.
muka diorg sama.character pun sama.
slow2 gitu..
hafiz & yana

 kak ina, nad, zul
diorg nie dlm perut kapal terbang lg dh order nasi briyani
sy pun terjebak sama.
skali dh abs.
so melopong jelah makan cookies!haha~


 nk msuk dlm van dh.
kami sewa van yg muat 12 org
toyota urvan
selesa.jimat minyak dan murah!
van baru eh.bkn yg kokak punya.
driver ialah taqif and zul.
thanx guy!
diorg bercita2 nk suh sy drive.mmg tak la jwapannya kan!


smpai je KK.
jalan adalah jem.
dpd terang dh ke gelap.
kami tak jgk smpai ke homestay (apartment jln university)
dlm 7.30 bru smpai.
time tu gelap mcm kul 10 dh kan.
so check in.
rehat lutut jab.
dan start la jalan cari dinner
lokasi pertama ialah : restoran koki bandung
15 minit perjalanan.

dtg sabah tp makan makanan bandung?
takpe.yg penting sedap dan tak menyesal!
seriously sedap.
mmg original punya ayam penyet la.
nasi dia free.
tmbah la bape byk ko nak.
nasi dia bkn nasi putih biasa.lain rasenya!
kalau korang pergi.sila cri okeh.sedap!
 

  muka org lapar.lapar nie.nk makan briyani dh abis.
kita up plak nasi ayam penyet!
wallah



 menunggu dgn penuh sabar
org mmg penuh dlm restoran nie.
so kena sabar.
diorg pkai bju indonesia.
music pun indonesia.
so ko akan confused kejab.
kt sabah ke kat indon nie?
tp takpe.yg penting dpt makan!





setel makan.
sarah ckp nk cari pisang cheese.
terus muka sy berseri2,ini lah yg ku tunngu.
terus tak lalu nk abiskan air...hahaha~
aida dgn makanan mmg xleh pisah okeh.
fyi, sy tambah makan nasi kat sini.sedap sgt.lapar pun ia jgk,makan nasi tnpa ayam pun dh sedap...berkali2 sy ngn kak ina ckp..sedap.lg sedap bila time byr kak ina kata dia belanja! hahaahahaha~lg sedap.thank you kak ina!

jom cari pisang cheese.
smbil jalan2 kat kota kinabalu.
byk kedai soping brg2 sabah dh tutup.
tp disco club bru bukak.hahaha~


bru lepas makan kan?
now makan lgi.

 pisang cheese



pisang cheese coklat


antara dua tu, sy lebih suka pisang cheese.
sedap!
kami order dua set setiap satu.
smua org minum air suam
xlarat nk makan sbb kenyang.
tp sy larat jeee..sy ngn kak ina kusyuk abiskan makan!
tp at last kena bungkus jgk.


sambil makan.sambil borak.smbil lepas rindu kat sarah.
sambil tu jgk plan blik schedule.
susun apa yg patut utk hari esk.
insyallah semua ikut tentative.harap2 cuaca ok!

then balik apartment.
rilex.borak2.iron apa patut.
smbil pesan kat adik2 ahli rombongan.esok by 5am dh kena bgun.
6.30 am kita nk gerak ke kundasang.
semua angguk tanda paham.
bgussssssssss !

mlm tu sejam sekali jaga.
sejuk kau!


ok.dh.smbung part 2 eh~

nota : nnty part akhir sy akan kongsikan tentative + budget + tips tuk korang yg bakal ke sabah eh...kos sy sgt2 minimal.ramai org kata murah! well..dh kata auditor punya trip kan...mstilah smua kos di ambik kira kan.murah tp selesa! siap ada duit balance lg...rezeki sgt2 murah disabah.alhamdulillah :-)

No comments: