iklan-iklan~sila click

Friday, November 1, 2013

Be positive



Assalammualaikum :-)

We are already in november. wow... 2013 will be end soon! Hopefully 2014 will bring more and more rezeki & happiness :-)

Alright, korang org yg positive atau negative?
Saya boleh dikatakan tengah2. sebab kdg2 bila stress dh smpai, hilang smua motivation yg ada.
Tapi saya jaranggggg sgt fikir negative unless sy mmg dh nmpak jalannya.
Itu sy dan diri sendiri.
Kalau sy dgn org lain, sy harap sy sentiasa menyampaikan aura2 positive.
Sy pernah dengar, kalau nk berjaya kelilingi lah org2 yg positive, sbb mereka akan sebarkan aura2 positive which is that aura can help u to survive.

Kadang2 saya selalu fikir negative, tp perbuatan sy negative.
Contohnya , sy tak suka buat sesuatu perkara, mmg sy tahu sy tak kan boleh. Tapi sy tak akan terus kata tidak. Saya akan cuba dlu. Walaupun mind set sy kata tak boleh, tp hati sy kata, give a try! nasib baiklah hati lebih berpengaruh dpd mind sy kan. Dan alhamdulillah sy sentiasa dikelilingi dgn org2 yg positive. yg sentiasa kata. Go aida Go! Dont give up! Walaupun tersungkur, bangkit dan terus lari! Maka sebab tu sy masih disini. Walaupun ditebak dgn pelbagai dugaan sebenarnya, sy buang jauh2. Sebab dari dulu, sekarang dan insyallah akan datang, sy percaya apa yg Dia rencanakan utk sy adalah yg terbaik :-)



Tapi sy tak nafikan, still ada org2 yg selalu fikir negative. Yang selalu bagi pendapat yg negative. Yang akan terus jump to conclusion yg negative walhal ceritanya baru nampak bayang. 

Situasi 

A : Aida aku rase aku nak pergi Kuantan lah.. Nak shopping, release tension. Aku tension dgn bf aku. Aku rase nk break lah dgn dia.

Jawapan positive  : Oh yeke... kau nk pergi shoping dgn siapa? bila? Boleh je nk shoping tapi jgn terlebih shoping plak..nnty tension duit abs plak :-) Smua org ada masalah, cuma bila benda2 mcm nie jadi, kita kena duduk bertenang dan berfikir. Cari jalan penyelesaian yg terbaik dan bincang. Kalau break tu adalah jalan terbaik, go ahead. tp jgn bergaduh atau benci each other. Bincang elok2. Tp kalau dlm hati ada taman lagi, cari mana yg salah..betulkan keadaan dan bincang. Make decision time kita dh habis fikir & tenang. Sbb yg hadap kita, so smua nya pokok dek kita. 


Jawapan negative : Kau nk pergi shopping?? Jalan skit punya jem nie kau nk keluar rumah?? Kalau aku takdelah der...lebih baik duduk rumah dpd sakit kepala tgk jem.... Bf kau tu campak je dlm laut. Byk lagi laki lain dlm dunia nie...takde dia sorg je der... Kalau aku lah jadi kau, dh lama aku tinggal dan cari lain. Jangan jadi bodoh. Buang masa. Buat apa nk simpan lelaki mcm tu. Takde faedah pun.


Nampak tak beza jawapan positive dan negative tu? Mungkin ada situasi yg kita boleh bg jawapan negative tu bilamana kita btl2 nampk keburukan yg terang dan jelas. Tp kalau all the time yg diluahkan adalah negative saje2...tu nk katagorikan sebagai apa eh?? org yg negative + dengki ke apa?


Kadang-kadang sy tak paham, ada jenis org yg bila org lain dlm masalah, dia akan jadi minyak petrol yg sentiasa bersedia nk dicurah pada api. Seolah2 saje nk tambah kusut keadaan. Nak tgk org lagi susah dan serabut. Nak biarkan keadaan jadi lebih teruk. Kadang - kadang sy tertanya2, bila org2 yg mcm nie akan bg jawapan2 yg positive eh? bila dia akan  puas hati eh? Semua dimata dia salah, orang ini salah, orang itu salah, orang ini tak betul, kau tak patut buat mcm nie, dia nie tak elok, dia nie tak bgus, kenapa nk buat mcm nie? Knp kau buat mcm nie? knp kau dapat ini?  Saya tak paham, kenapa kadang2 benda yg kecik pun nk kena hebohhh sekampung. Nak kena canang satu daerah. Nak2 kalau org tu dlm susah, lg nk disebarkan. Cuba kalau  orang tu dpt straight A tapi kau tak dapat. Padahal  kau sama2 usaha nie. Tp dia staright A dan kau tidak. Gamak tak agaknya nk pergi hebohkannn sekampung mcm yg kau biasa buat nie? Tak kan? Yang akan kita dengar ialah,  si polan tu mak ayah dia pandai, duit byk, sentiasa bg sokongan. hantar tuisyen sana sini, boleh la nk dpt staright A. Stillllllllllllllllllllllllll jawapan yg tak langsung memberi aura2 positive.  Bila nak berubah? Orang lain makin maju. Orang lain semakin berkembang. Walaupun kau kata begitu begini, org tu tetap ke depan. Yang kau asik kata mcm2 nie di mana? Masih di takuk lama tak bergerak2 kan? Org dh merata, kau masih disitu kan? bersama2 aura negative kau kan?

Saya pernah ditempelak dgn kata-kata yg terus sampai ke jantung tatkala sebenarnya sy sedang berjuang tp sy gagal. Yang hanya mampu sy cakap ialah, takpe Allah tahu usaha aku macam mana, Allah tahu aku hati aku mcm mana, Allah tahu sedih aku, Allah dh tetapkan mcm nie, maka aku tak boleh putus asa. Jangan kan disebabkan satu aura negative ni aku nk berundur. Banyak lagi org2 yg positive yg boleh naik kan semangat aku. Dalam hati sy, kau tak tahu apa aku lalui, penat lelah aku, usaha aku, doa dan harapan org2 sekeliling aku. Cuba kalau kau lalui benda yg sama, baru kau tahu perit , penat & lelah ke tidak. 


Kadang2 sy diam kejab, berfikir, bila agaknya org mcm nie akan puas yer? siapakah yang mampu puaskan hati & kehendak dia yer? Yang keluar dpd kau, ialah kritikan menjahanam, kutukan yang boleh makan 24 jam pun belum berkesudahan. Tu belum lagi dikorek sana, dikorek sini, disebar sana, disebar sini. Bab menambah minyak dlm api tu mmg aktivity wajib. Mungkin dia lupa, dia boleh bukak hal org sini sana mungkin dgn niat menjatuhkan, tp Dia boleh buat lebih dpd itu. Berhati- hatilah. Kalau kita nk cerita keburukan utk buat panduan & pedoman rasenya tak salah. Tp kalau niatnya nk menyebarkan, sy rase benda tu perlu dibehentikan. Jangan persoal rezeki orang, jangan persoal keputusan orang, jangan persoalkan hak org. Itu semua urusan Dia. Mungkin dia ada masalah sana sini, tp Allah bg dia kemewahan hidup selesa anak yang bijak pandai, keluarga yg saling memahami, mungkin dpt suami atau isteri yg penyayang dan mengambil berat. Tapi kita ada apa? haa...balik dan kaji diri sendiri sebelum songket dan kaji pasal orang lain yer :-) Cukup hebat ke kita, nk mengata hak orang, pandai ke kita nk mengata bodoh orang, rajin ke kita nk mengata mls nya org. Takut kalau Dia songket hal kita sok, tak termampu nk bwk plak. Esk kalau kita diuji benda2 yg kita kata kat org nnty, masa tu kita tahu apa rasenya org yg dh lalui. Percayalah, Dia maha adil. Kalau org nie rezeki lebih, Dia lebih tahu kenapa org tu dpt lebih. Tak payah kita nk sibuk2 persoal hak org. Siasat hal orang. Kalau rase mcm kita berhak, fight for your hak. Dia sentiasa ada bersama kita kan.Kalau bukan rezeki kita kat sana, mungkin rezeki kita kat tempat lain :-) Be positive.


So kesimpulannya, be positive. ajak orang2 lain tuk fikir positive. keluar kata2 yg positive dlu sblm negative. sbb negative tu mmg slalu ada, cuma terpulang dek kita nk handle mcm mana. Apa yang saya nampak, orang2 yg positive nie sentiasa dihadapan, dimurahkan rezeki, dilapangkan fikiran, dikurniakan rezeki dan kejayaan. Tapi orang yang negative nie, masih disitu, tak kemana- mana. Hanya mulut yg laju bercakap, tp dia tetap di paras itu jgk. Tak bertambah apa pun. Umpamanya, orang dh ke negara cina dah mengembara, dia masih dipekan rembau membelek2 surat khabar lama :-) Sy tulis nie untuk peringatan diri sendiri jgk, sbb sy pun suka belek2 entry sndiri. kot2 sy buat benda mcm tu, boleh la beringat skit kan. Kita manusia mmg slalu buat kesilapan, tp jgn bagi silap dan perbuatan kita akan susahkan org2 yg dibelakang kita :-)



nota : jom sama2 jadi orang yg positive!! next week sy vacation! booking since may haritu. Thank you abah & mak  :-) Awl december insyallah will have very short trip. Dan awl january mungkin akan ke kota singa. Abah nk rase udara sana. sebenarnya abah nk try masakan apa yg best kan sana. yg pelik2 tapi best....saya tahu dahhhhhhhhhhh :-)

No comments: