iklan-iklan~sila click

Friday, April 25, 2014

Checklist persiapan bertunang

This time maybe sy boleh share serba sikit persiapan tunang kot. Percaya atau tidak, semuanya sy buat dalam tempoh sebulan.Memang ura2 tu dh ada, tp selagi tak de kata putus, mmg sy tak buat apa2 pun, when rombongan merisik dh smpai, dh dpt tarikh and all berdesup2 la mak abah sy prepare apa yg patut. Alhamdulillah, ahli keluarga ramai yg membantu. Tak silap saya, dua kali je kot meeting dgn family.Seminggu lepas merisik dan seminggu sebelum bertunang.  First meeting kita cite apa yg nak kena buat and siapkan, final meeting kita bgtau atucara majlis dan kerja masing2.


1. Baju tunang




  • Saya malas nak cari pic yg full tuk baju. so amik je pic yg kat atas nie. Baju nie saya beli kat bandung tahun lepas. Actually masa kat bandung sy ada beli sekotak kain untuk ditempah. Dan bju2 tu smua makin susut dari hari ke hari. Ada je kawan2 yg nk kawen atau mana2 majlis kenduri sy akan g tempah bju...hahhaha~lets say hari selasa sy baru teringat yg ahad ada majlis kawen kawan saya, esk tu sy akan g tempah and ckp kat tailor nk amik jumaat! hahah~ seb baik akk tu baik.
  • Sebenarnya, baju tunang saya colour purple! plain satin tapi hujung nya dh siap ada border lace n manik.simple tp sy suka gila. Tapi disebabkan gelojoh tak sabar, sy dh tempah and pakai masa wedding kawan kt UPM. ahaks! so nak tak nak, kena la amik baju turqoise nie.
  • Baju turqoise nie actually utk pakai nikah! tapi takpe...nikah kita beli lain! yeyy...boleh soping!sy baru je finalized colour baju nikah dgn kamil nie ha...poning nk pkir colour bju sndiri dan si gadis n jejaka dulang! 
  • Baju nie saya tempah dkt tailor favourite saya 2 minggu sebelum majlis tunang sy. sy mintak dia buat kurung modern dan jahit beads skit2. Alhamdulillah, sy  sgt satisfied dgn kerja2 dia. Jubah untuk buat hantaran pun sy tempah kat dia jgk tp tak sempat nk jahit lace. nk dh siap jahit lace sy ciwi kat sini eh

2. Mini pelamin tunang + make up + accesories + photog



ada bulu mata wey!












  • untuk pelamin dan make up sy amik masa dua hari pikir nk design pelamin yg mcm mana. seb baik pak google ado. so sy google2 then combine yg mana perlu then sy wasap ke kak lini.
  • pelamin sy mmg request yg ada kerusi. sy mmg nk duduk atas kerusi sbb sy rase tak sopan lak sy duduk atas yg bulat tu future mothe in law duduk kat bawah skit nk sarung cincin kan. so sy prefer duduk sama2. 
  • make up sy hentam sajalah. apa yg MUA nk makeup sy terima. sbb sy jenis yg tak tahu psl make up n tak suka makeup.hihi
  • pic pelamin sy korang cari la kat entry engagement day sy eh
  • untuk photog sy engaged kawan baik sy sendiri je amik pic utk kenangan. sy mmg dh plan tak kan bazir duit dkt bhgian photog.hahahha~

3. Wakil keluarga 

  • Yang nie mak abah settle kan. actually takde apa yg nk discuss sgt pun since mak & mama kamil dh discuss semua. Cuma request dpd pihak lelaki nak berpantun masa majlis. so siap sedialah paklong sy.
  • semua benda dh di inform ke wakil keluarga saya infact smua details mmg pakcik2 sy dh tahu. so should be no problem.








4. Hantaran



  •  Hantaran nie pun sy cari semiggu lps majlis merisik. since saya anak sulung, so semua tok nenek dulang kena beli la kan. semuanya mak yg siapkan. dia yg excited lebih kan so sy layankan aje.
  • Hantaran ialah 7 berbalas 9. mula2 nak 5 je tapi rase mcm tak ckup, so up kan 7 berbalas 9.
  • Hantaran from kamil ialah , cincin, sireh junjung, jubah, sejadah, kek, buah, coklat
  • Hantaran from saya ialah, baju dan seluar,kain pelikat, sejadah, tiramisu, kek, buah, potpouri, coklat dan sireh junjung.

 5. Cincin



  •  cincin dh beli siap2 masa beli cincin merisik sekali. berdebar ko tau takut tak muat. alhamdullillah muat.siap longgar lagi.hari2 bising kat kamil, cincin longgar. berbuluuuu je mamat tu dgr. kawen tak nak cincin! muktamad.


 6. Makanan, khemah, doorgiftr & centrepiece meja makan




  •  Khemah - saya mmg request nak arabian. sebab besar skit n luas. mula-mula sy nk colour pink + electric blue. tp akk khemah tu kata susah nk cri colour tu so sy end up dgn turqoise + pink. goodies beg jgk colour yg sama. semua pun sama.
  • Makanan - sy amik kat kak lang catering senawang. highly recommended. sebenarnya sy sgt2 cerewet. so setiap benda sy akan tnya. haha~ alhamdulillah, kak laila done good job!catering ialah benda pertama yg mak abah booking dlu lps majlis merisik. discuss psl lauk bila dh setuju terus close deal. again,mak abah dh susun dh lauk apa dpd hari sabtu hingga la ke hari majlis
  • candy buffet -  yg nie sebenarnya idea nya byk, tp tak sempat nk realisasikan sbb sy byk tido je. so hiasan dia mmg out. sy buat asal boleh je.nnty time kawen sy akan siapkan hiasan awl2 eh supaya tak kelam kabut
  • centrepiece meja - yg ni 100% buat sendiri. sy guna kertas warna tu untuk bentuk jadi bunga! jenuh jgk nk buat. sbb byk tido dpd buat keje. actually i wanted fresh flower kt situ, tp mak kata tak sesuai. so nnty kawen, baru sesuai letak fresh flower kt meja. 
  • doorgift to sy just beli bekas nya je, isi dalam smua sponsored. tq semua. actually utk pihak lelaki sy nk bg kurma and kismis...tp tak sempat nk cari. so kita kiv niat tu untuk kahwen nnty lah.insyallah





7. Theme




  • untuk tema majlis, dek kerana sy terpaksa pakai bju yg kononnya tuk nikah nie. so sy kena la guna tema colour turqoise jgk.nk serikan lg, sy tambah pink.
  • semua ahli keluarga mmg dh dimaklumkan untuk pakai baju biru + pink. untuk pakcik2 sy abah sempat tempahkan diorg baju melayu petak2 tu. hahahha~ dh mcm panglima je masing2 pakai bju melayu petak2 tu. rasenya semua ahli keluarga lelaki belah abah dpt sorang satu.diorg dh tertanya2 utk kwen nk abah nk tempah apa plak...hahhaha~ ada somthing in my mind actually. sy kena cari material dulu baru boleh bg idea. utk kwen nnty pun sama. both side plak tu. 
  • untuk kawan2 sy dh inform diorg tema colournya. geng uniten siap nk g jakel beli baju sama2..tp sy kata sabar dlu. tu untuk kwen. masa ainaa kawen kitorg mmg g beli baju dua bulan sebelum. mmg bersila kat jakel shah alam tu ha mencari material utk digayakan! insyallah lepas raya nie, project mencari kain utk majlis nikah dan sanding pengapit2 sy akan dijalankan. colour for them next week baru finalized kan.








8. Buget dan listing keperluan majlis

  • untuk majlis mcm nie, kita mmg kena buat listing apa yg kena ada semua. buat buget and mintak quotation awl2.
  • utk majlis sy, sy keluar kos utk beli barang hantaran,tempah baju and bunga hantaran skit2.hihi...yg lain all in abah and mak punya buget...
  • amik la sorang assistant tuk tlg kita dlm laksanakan majlis. mcm sy, cousin2 dh janji nk 3 hari 3 mlm duk kat umah. so mmg dia tahu everything. hahha~ so mmg balik2...kak liza.kak tlg ne...kak nnty ko buat nie eh..kak!..bla..bla... untuk kwen dia kata sanggup berkampung 5 hari okay! gila kentang!


Alhamdullillah, semua berjalan mcm yg dirancang. next sy kena concentrate on wedding plak, sy nk buat preparation awl2 supaya tak kelam kabut bila dh dekat majlis. then buget tu sgt penting. untuk hantaran of course kali nie lebih skit, maka buget sy pun lebih la skit ye dok. kali nie sy kena ready kan tuk hantaran and kad kawen~ yg lain2 belongs to mak & abah. tp of course sy akan amik tahu semua benda la since sy kepochi kan. I ve something in my mind utk direalisasikan. Again, sy nk wedding yg santai tp still nampak formal.  so next kita jumpa lg on wedding preparation pulak eh~ sy dgn kamil mmg dh agreed tak nak membazir on pelamin, photog or goodies tuk wedding nnty, we want to focus on life after get married. destinasi vacation  pun belum di finalized kan...hahahhaha~ soon will be finalized. till then, assalammualaikum! hopefully it can help u guys..

1 comment:

Anonymous said...

salam sis. boleh tak saya nak tau makeup artis siapa, katering siapa, baju tempah kat siapa. nak contact semua. saya dok senawang. hehe. thank you