iklan-iklan~sila click

Sunday, May 11, 2014

Journey Bride to be - kursus kahwin



Assalammualaikum....


Ok, lets update something as kenangan and maybe those info can help u guys... 

First step utk wedding preparation ialah register kursus kahwen since ini ialah syarat yg wajib dipenuhi sebelum kita dpt kebenaran untuk berkahwin. So 2 weeks after engaged aritu sy register kursus kahwin since kamil pun dh tnya2 bila nk g kursus apa smua kan....so we decide amik tarikh 10-11 may 2014 tu hadiri kursus kawen tersebut bertempat di usrati centre taman sri pulai 2. area sikamat sana,betul2 dpn maktab perguruan. So untuk orang- orang seremban dan sewaktu dgn nya kalau nk amik kursus kahwin boleh la register di usrati centre atau terus pergi ke klinik othman and register kat sana. Usrati centre ialah milik doctor othman. Ada few time jgk bila sy dptkan rawatan dgn doc othman dia dok tnya2 bila nk kwen, bila nk amik kursus kahwen.. so bila smpai masa nya sy terus register. no doubt. later sy akan bg review pasal usrati centre.


Ok, maybe ramai org set mind yg kursus kahwen ni ialah ceramah agama semata2. bosan dan mengantuk. tp oleh kerana tak ada pilihan lain, so kena attend jgk kursus kahwen nie kalau tak mana nk dpt kwen kan? ok, please changed your mind. Kursus ni sgt2 membantu dan mengingatkan kita tentang hal2 yg mungkin kita dah lupa. dan kursus kahwin di usrati centre adalah superb! tak membosankan malah siap dpt slot tambahan by doc othman tentang cara-cara nk dptkan bayi lelaki dan perempuan dan mengetahui waktu subur bagi perempuan. setahu sy yg memang kurang info nie, waktu subur perempuan ialah 14 hari sebelum waktu period dia. tp doc bg info yg sgt2 helpful on how to detect waktu subur kita dgn cara yg paling mudah dan tepat dan waktu2 utk bersama dan dpt anak lelaki atau perempuan.berserta slide dan penerangan yg jeles. Semua info yg doc bg tu mmg betul since smua tanda-tanda waktu subur tu sy rase and baru sy tahu itulah sebenar waktu subur wanita. Lelaki subur setiap masa! Perempuan subur, sehari je sebulan!! so you guys kena btl2 alert jgn terlepas waktu. And kena pandai kira to help plan nk dpt baby boy ke girl. dia ada waktu2 nya ya...hahahhaha~~ nak tahu? kena g jumpa doc othman. dont wory he is friendly! Bab nie sy ngn kamil mmg kena paham betul2 lah, since we got future plan kan so this info sgt2 membantu in future. Namun semuanya, dgn izin Allah. 


After attend 2 hari punya class, now i know nk jadi isteri yg terbaik tu semuanya ditngan kita. Kena didik hati jadi lebih penyabar dan bentuk komunikasi yg baik between us. Kita manusia yg tak pernah lari dari buat silap, tp setiap hari kita belajar benda baru and develop benda2 yg positive into our relationship. Kdang2 sebab silap yg kecil pun boleh mengundang ke perkara2 yg besar. Emosi kena pandai kawal. Sy tahu sy jenis manusia yg suka simpan, kalau sy syg pun sy tak tunjuk dgn jelas, kalau sy tak suka pun sy tak ckp terang2. Kalau sy paham dan nk berubah pun sy tak kan tunjuk terus, sbb sy jenis yg suka simpan...hahha~ sy nie pemalu jgk sebenarnya...hahhaha~Doakan sy boleh jadi yg terbaik, dan yang paling penting, doakan sy berjaya didik hati jd lebih penyabar. Pada lelaki2 yg masih merokok, sila la tinggalkan rokok demi kebaikan keluarga bersama. Insyallah , kita mampu mengubahnya.



Ok, review pasal usrati centre. Tempat ok, selesa. Makanan boleh la...tp dia mmg provide bfs and lunch, tp sy dgn kamil balik umah since umah dekat je kan. Pengisian was superb! penceramah pun sgt2 superb. ada sorang uztaz tu slot 2 jam, dan percaya lah korang xkan mampu nk tido! he is superb and smua infor dia bg sgt helpful. highly recommended . Benefit di usrati boleh dpt consultancy dgn doc othman for free. Yuran adalah sebanyak RM80. 



Nota : ok, next step ialah rehat kepala otak jab. keje dh bersusun. jadual kerja dah keluar. next baru pkir nk g booking segala. 

No comments: