iklan-iklan~sila click

Sunday, April 12, 2015

CARA MENGATASI MARAH

Mesti pernah rase marah kan? Saya selalu! hahahha~ 
Ingat tak penat ke marah? penat weiii.. penat gila...
By time to time, sy mmg tgh cuba kawal marah...tak yah jadi outspoken sgt...kadang2 berhasil, kadang2 failed! haha~ Tp skang biasanya kalau sy marah, sy akan diam je. Sebab diam tu lagi baik. Baik dalam meeting, baik dgn kawan atau sesiapa sahaja. Melainkan benda2 yang sy mmg kena pertahankan, sy akan bersuara. contoh dlm meeting, ada org memandai2 nak buat itu ini yg terang-terang salah, tp sbb dia pandai sgt so dia rase betul. sometimes dia rase dia qualified sebab experienced dia, tp experience tak pernah halalkan yang salah yer. thats y ilmu tu penting, tu sbb kena belajar.tu sbb kena amik exam, bace buku, graduate then baru u tahu benda betul and tak. thats it! here we go cara nak atasi marah yg sy google and share :
1. Mengubah posisi duduk
Cara ini diterangkan dalam hadis berikut: Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim). 
2. Ambil wudhu’
Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).
3. Mendiamkan diri ketika marah
Cara mendiamkan diri mampu mengurangkan rasa marah. Hal ini kerana panas baran berlaku apabila berlakunya tindakan demi tindakan yang menyebabkan suasana tegang. Oleh itu, mendiamkan diri membolehkan kita mengurangkan rasa marah. (yezaaaaaaaaaaa! diamkan diri bila marah. telan je. lps tu sendiri stress..hahaha~ tp its works tau, dpd ,kita bercakapppp je...sudahnya jadi gaduh lagi besar, baik diam...simpan je apa kau nak ckp, ckp kat dinding ke, ckp smbil drive, ckp time tgh berak ke.hahahaha~ janji ko tak ckp dgn org yg ko mrh.)
4. Berfikiran positif
Elakkan daripada memekik atau bersuara lantang ketika marah kerana ia akan menyebabkan suasana menjadi tidak terkawal dan hati juga penuh emosi. Oleh itu berfikir lah secara positif dimana marah bukanlah cara penyelesaian. Adalah lebih jika merendahkan suara dan tidak menggunakan perkataan yang mungkin menyinggung perasaan orang lain. ( yessss, be positive)
5. Luahkan pada masa dan tempat yang sesuai
Carilah tempat untuk meluahkan masalah tanpa perlu merasa marah. Contohnya meluahkan masalah pada teman terdekat yang dipercayai. Setiap individu mempunyai cara meluahkan yang berbeza, namun pastikan ia positif dan membawa kebaikan kepada diri sendiri.
6. Bawa bertenang
Tarik nafas juga mampu megurangkan rasa marah. Ia akan membolehkan kita mengawal emosi ketika marah.
7. Senyum
Senyuman mampu mengurangkan rasa marah. Walaupun senyum nampak mudah namun senyuman tidak mudah di ukir di wajah orang yang berada dalam keadaan marah. Namun percayalah, dengan senyuman perasaan marah kita akan menjadi reda. ( senyumlah, walau dalam hati kau Tuhan sahaja yang tahu, bg aura2 baik dlm bdn masuk then u will be okay)
Additional tips :
Selalu berdoa kepada Allah SWT
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita dituntut berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
Menangis dengan sepuas hati

Jika anda jenis yang ‘tidak boleh’ gelak-ketawa sebab ‘terputus wayar’, maka cubalah menangis sepuas-puasnya. Ia mampu membuang jauh-jauh perasaan yang gundah gelana.

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.
Nie antara yang sy selalu buat, sometimes bila dh marah sgt. sy diam then bila sy dh okay, i will always pray dan mintak Allah jauhhhhhhhhhh kan lah sy dpd sifat marah nie. Sambil nangis sambil doa, sebab sy tahu marah nie sgt2 tak baik. Sy ckp dengan diri sendiri, tak semestinya yang baik tuk sy, baik tuk org lain, tak semestinya yang sy suka, org lain akan suka dan sy tak boleh pakse org suka apa yang sy suka. Dan sy juga kena selalu remind diri sendiri, tak semua benda sy boleh ckp, sometimes sy kena keep for my self and be independent. Jangan harap kan org selalu, selagi boleh jalan,boleh bangun, boleh nampak. do it ur self! hahahaha~ omg! independent sgt zaman skang kan.

For coming birthday next week, saya berdoa, sy bebas dpd stresss and be more independent and dewasa. Kadang-kadang sy selalu bg yg terbaik dlm apa yg sy buat, sy susah nk berkira dlm byk keadaan, sy selalu sayang org-org keliling sy, sy susah hati kalau sy tak boleh tlg org lain dan selalu nak org2 yg sy syg ada selalu dgn sy. Tp im a bit sad, bila org2 yg sy syg tak rase the same. They not love me as much as i love them, they not even care pun as much as i always care for them and paling sedih im not their priority pun. Tapi yelah kan, tak kan nak pakse org plak. Bukan nak harap balasan, no im not. Semua sy buat, semuanya ikhlas. Tp just a bit sad la.  Maybe, sy fikir apa yg sy bagi and nampak apa yg sy buat je, sy tak nampak apa yg org dh buat tuk sy plak kan...yeah, maybe. Satu benda yang tak kan berubah, kasih syg keluarga kita. Buruk kita, baik kita dia akan terima. Dulu, kini & selamanya. Tu sebab sy selalu ckp, gagal mana kita sebagai manusia, berjaya mana pun hidup kita,never forget our parents. Till then, semoga dgn umur yg baru next week, i will become strong & stronger. Belajar jadi org yg lebih baik dan tak suka marah-marah. Its okay if people dont love/like you pun, u still got ur love One kan. 


Till then,
Pn Aida

note : winner are not people who never fail,but people who never quit. 

1 comment:

farwizah darwisha said...

Tips yang menarik...mohon share ye.,