iklan-iklan~sila click

Saturday, October 17, 2015

NOTA & TIPS UNTUK FRESHGRAD AND UNEMPLOYED

Assalammualaikum,


Lately nie saya selalu nampak kat newsfeed FB sy pasal freshgrade yg selalu merungut gaji yg dioffer ciput. Ada jgk yang merungut tak dapat keje dah berbulan menganggur,malah bertahun pun ada. Ada yang ckp gaji dia tak setimpal dengan kelayakan yang dia ada. Semua nie buat saya berfikir, diorang berkerja nie memang niat kerana DUIT semata ke? yg unemployed nie diorang demand sgt ke? atau diorang tak presentable tuk position yang dimohon?


Meh saya cerita pengalaman sendiri, masa mula-mula selesai final paper bachelor degree saya dulu, benda pertama dalam kepala saya ialah saya nak REHAT. 5 tahun berjuang sampai sudah, so sy nk rehat kejab! Masa tu ingt, jadi student lah yang paling stress skali. Dalam pada berehat tu, tgn nie bergerak jgk intai2 kerja kat jobstreet. Sy apply kerja yang berkaitan dengan bidang sy. After a week kot, dh start dh panggilan interview masuk. Mostly dpd company kat KL tp seremban pun ada. Sy attend semua interview sebab abah kata, amik pengalaman interview sebaik boleh. After all, sy kumpul offer yang ada dan sy start pertimbangkan setiap satu. Firstly sy tanya diri sy, apa yang sy nak in 5 years akan dtg dan apa tujuan sy bekerja. Kalau sy nk duit yang banyak, company A ialah jawapan. Kalau sy nk ilmu, company B lah yang patut sy pilih dan kalau sy nak pengalaman, ilmu tp dlm masa yang sama duit yang ckuplah menampung kehidupan sedia ada, maka pilihlah company C. 

14 may sy lapor diri di Company C. (final paper sy penghujung march). Masa tu sy memang niat nk cari ilmu dan pengalaman disamping cabar kemampuan diri sendiri. Nak tengok sejauh mana sy boleh pergi berbekalkan ilmu 5 tahun kat muadzam shah tu hah. Sy start from zero, sy belajar benda basic, sy slalu tnya senior dan sy sentiasa positive walaupun kdg2 tu tak larat dah. Hidup sebagai auditor tak lah seindah mana yer, deadline kena jaga dan working paper kena siapkan ontime. Yang sy perasan, ada orang bila dia siapkan working paper, dia follow je apa yang tahun lps buat. zasss...zassss siap...mungkin orang tu jenis yang expert kot. Tp bila manager suh explain, time tu dh terkulat-kulat. Macam sy plak, suka dok tgk mcm mana dtgnya nie, knp benda nie mcm nie which is kdg2 makan masa yang lama sudahnya bila deadline dh dekat jadi kelam kabut. So sy belajar arrange masa at the same time pahamkan apa yg sy buat. Nak buat working paper audit nie kena ada heart & soul. So bila kita present or orang tnya kat kita, kita boleh explain dengan jelas. Perlahan-lahan sy belajar, dpd satu client sampai ke satu client. Dpd dormant compny smpai sy lead team untuk audit luar. Itu kepuasan pada sy, sebab makin lama makin byk benda kita belajar dan makin lama confident level kita bertambah. But at the same time, sy slalu refer senior untuk benda2 yg sy belum blaja. Belajar buat console, belajar buat adjustment yang susah. Kat ats katik sy penuh working paper. Study sendiri hows the figure derive on weekend. siapkan working paper on weekend tak yah cite la kan, itu selalu. Dlm line accounting, kita perlukan 3 tahun pengalam untuk ditauliahkan. Sedar tak sedar, hampir 3 tahun sy dengan company C. Masa tu sy rase kena make a move, kena cari pengalamn lain. Bukan sebab sy rase dh teror sgt, tp sy rase nk cabar diri dlm skop kerja yg lain plak. Apply lah kerja then dapat. Position yang lain, skop kerja yang lain. Tp pengalaman sy as auditor dulu sangat2 membantu sy hari ini, dan alhamdulillah sy dpt apa yang sy nak. Cabaran nya of course ada, mental kena kuat. Dulu masa jadi auditor sy dh biasa kena dera mental,hahaha~ so this time takde la heran sgt. Tp still la lain tempat, lain cabaran kan. Alhamdulillah, sepanjang sy kerja nie sy selalu jumpa orang yang baik-baik, bos yang baik, understanding dan jenis yang boleh bawak berbincang. Actually, the way kita act and the way kita approach bos kita pun memainkan peranan sikap bos kita pada kita. Sy jenis suka, explain from A to Z situasi then sy bgtau apa yang sy nak dan sy keluarkan pendapat bila perlu. Cara kita cakap tu perlu ada hormat tp tegas. Tp of course ko kena tahu apa yg ko ckp la kan. Sy mula dpd bawah dan masih lagi belajar. Untuk position skang pun sy rase mungkin perlukan 5 tahun untuk sy puaskan hati sendiri. Alhamdulillah, tahun pertama yang byk cabaran tp Allah mudahkan jalan. If dulu sy belajar cara nk buat kerja, now sy belajar cara nk arrange kerja dan paham attitude orang. Physiology memang mainkan peranan la now, seb bek sy ada husband yg saiko so boleh blaja dpd dia.hahhahaa~ Bukan senang nk bg org dengar arahan kita tanpa rase yang tak puas hati, dan bukan senang nk puaskan hati semua orang dalam masa yg sama nk dpt quality kerja yang kita harapkan. Kadang bila kita nampak mudah berbincang, orang naik kepala plak. Kalau kita bertegas sgt, orang tak suka pulak. Cara saya, buat kerja yang sepatutnya ko buat, ada masalah boleh bawak berbincang dan sy tak kan marah tanpa sebab. Provided, ko pun buat kerja pada level yg sepatutnya lah. the most imporatnt part ialah, jangan buat kerja2 yg menyalahi etika kerja. Yang part tu sy tak akan kompromi. Sy belajar dpd diorag apa yang sy tak tahu, dan diorang belajar dpd sy apa yang diorang tak tahu. Itu konsepnya, nk bergurau berborak semua boleh.Sebab sy mmg suka borak! hahaha~ tp bila kerja kita serious. 



So ini tips yang sy boleh kongskikan buat panduan tp ikut kesesuaian diri masing-masing yer :

1. Jangan kerja sebab duit - jangan jadi hamba duit sebab duit nie kalau kita cari tak kan pernah ckup. Memang duit sgt penting and semuanya perlukan duit, tu sy tak nafikan. Tp duit tak boleh selesaikan semua masalah. Biar sikit tapi cukup daripada banyak tp melalaikan.

2. Niat kerja kerana Allah - kerja itu ibadah, niatkan untuk perkara yang baik-baik. Bukan niat nak pakai keta besar, nk beli makeup mahal. baju branded. Benda-benda mcm nie tak kan ada kesudahan. bukan tak boleh beli, boleh tp berpada-pada. Sy pun slalu rewards diri sendiri gak bila penat bekerja,masa sebelum kawen dulu slalu lah. Now, semua tu hilang. Niatkan yang baik-baik tau!

3. Jangan lupa orang tua - Bila dh bekerja, ada duit sendiri. Jangan lupa bg kat mak abah duit. Sy slalu cakap kat mak sy, kalau along dpt lebih, along bg lebih. Kalau bulan tu byk belanja, so sy akan bg paras min yang biasa sy bg lah. Contoh kalau audit luar, ada elaun kan. So share la skit dgn mak, tak pun belikan apa2 tuk dia. Ada skali tu kan, sy audit luar lama then ada la duit skit2 kan, sy kumpul then sy belikan mak meja makan! hahahhaha~ pikiran mak-mak btl kan. hahaha~ benda-benda lain, tudung ke baju ke makeup ke atau apa-apa je yg kita mampu. Mak bkn tak mampu beli sendiri, tp kita memang happy nk belikan tuk mak. Abah pun sama mcm tu jgk. Dulu time kecik, sehabis baik dia akan belikan baju yang elok dan selesa tuk kita kan, now time kita plak decide tuk dia plak.hahahaha~ Ada one time, sy g mana ntah. sy tak ingt, ofismate sy dh pelik bila sy shoping tuk makcik, mak abah, pakcik sy. Knp smpai makcik pakcik pun nk belikan jgk, sy tak tau knp. Tp kalau ada lebih duit mmg sy akan belikan, sebab diorang nie yg tak pernah give up sokong n amik berat psl sy dpd dlu sampai la dh kahwen nie. 

4. Ukur baju dibadan sendiri - masa mula-mula pegang duit sendiri, mmg semua benda kita nak beli. Tp hujung bulan suffer kan.hahhahaha~ so pandai2 lah managed duit sendiri. beli apa yang perlu, bukan beli apa yg kita mahu. Tuk accountant mungkin ada kelebihan skit la, diorang jenis yg suka atur duit and record duit kan, so dia nmpak kemana arah pergi duit tu. Samada ke akaun simpanan atau ke akaun midvalley sudahnya.hahahha~ Benda pertama sy jadikan komitmen bila dh kerja ialah insurans. sy terus amik medical insurans saya + mak. Sakit dan perkara2 seumpama tu kita tak leh jangka, so sediakan payung sebelum banjir. Husband sy bila kita dh start closed dlu, sy pakse dia amik insurans. Agent yg sama, senang sorang agent handle satu family.  Lepas tu baru beli kereta yg mampu milik, then kahwin bila dh sampai jodoh. Lps tu sama-sama start fikir masa depan,beli rumah. Kitorang start pikir beli rumah lps bertunang, dan usaha berbulan-bulan cari yang sesuai dgn kemampuan. Sebulan lps kawen sign agreement dan sekarang tengah tunggu rumah siap. Sy dan husband ada kereta idaman masing-masing, tp kitorang decide lupakan seketika kereta idaman tu dan fokus pada satu. Then we decide tukar ke MPV, kalau ikutkan installment MPV tu dgn kereta idaman beza skit je, tp kita dahulukan keperluan dpd kehendak. Masing2 jenis yang family type kan, so MPV adalah yang paling sesuai. Now, sy kena lupakan vacation yang sy harapkan lps kahwen, sbb husband ckp kumpul duit nak beli brg rumah & masuk rumah sendiri. Then mana tau tetibe ada rezeki dpt anak plak, tu jgk cost. So sy senyum & diam. hahahahhaha~ kalau ikut aida mmg tiap bulan vacation oi! 


5. Jangan demand - Jangan ingat ada degree gaji terus rm3500. Masa interview nak gaji yang best je, tp performance kita belum tahu lg. Malu tak kalau company byr gaji mcm yg kita nak tp kita tak perform mcm yg company nak. Sejak kerja pertama sy redha dgn gaji yg diorang offer. Dah perform baru kita riki2 increament. Skali increment buat kita senyum2 semalaman. Nak tahu tak apa rase dia? Bahagia. Sebab satu, kita dh dpt belajar byk benda dan pengalaman. Kita usaha sungguh2 dan kita perform. Dua, org lain(boss kita) pun nampak kesungguhan kita then dia rewards kita dengan increment yang berbaloi ( pada saya berbaloi dan bersyukur). Means, orang lain appreciate kerja2 kita. Sama jgk dengan kerja yang skang, sy tak demand pun masa interview padahal orang lain kata i deserved more than that. Tp pada sy, i go to minimum pay dlu nnty bila i dh perform tahulah diorang nk nilai. Jauh lg perjalanan, baru 11 bulan dgn company skang, tp bykkkkk dugaan & cabaran nya tp Alhamdulillah Allah mudahkan. Latest, director congrts me dgn apa yg sy dh buat. Good starts katanya, tp jauh dan banyakkkkk lg yg sy nk buat sebenarnya. Saya tak letak duit sebagai pemangkin, tp sy cari kepuasan dalam berkerja. Duit tu rezeki yg Allah bagi, soon or later kalau mmg rezeki kita tetap milik kita juga. 



6. Yakin Allah pemberi rezeki - sentiasa yakin rezeki tu di tangan Allah. Banyak ke sedikit pandai2 lah kita managed sendiri. Tp jangan tak usaha plak tau. Do your best, Allah will do the rest. If you kerja tp u are underpaid, maybe boleh cari kerja lain. Tp if ianya tak membebankan sgt2, anggap je tu sedekah. Always be positive.


7. Ikhlas - Sentiasa ikhlas bila contribute sesuatu. Ikhlas nie subjective sebenarnya, tp u your own tahu how sincere u are. Based on my experienced kedua-dua bos sy sgt2 la baik & understanding. Alhamdulillah itu rezeki saya. Bos yang skang selalu pesan dgn saya, jgn stress buat kerja. Jangan pendam kalau ada masalah dengan sesiapa or apa2, jaga kesihatan. Jaga makan. Nanti susah conceive katanya. Alahai, bersyukur lah dapat boss yang baik kan. Kadang-kadang on certain issue, sy jenis yang berterus terang and dia selalu bagi sy ruang tuk bercakap luahkan pendapat saya. Dia bukan jenis, A is A and it will never be B or C. She always open for discussion. 


8. Target dan impian -Mesti ada target dan impian untuk tentukan hala tuju. Macam sy, always set 5 tahun skali. 5 tahun akan datang aku mesti bla..bla..bla..bla... Alhamdulillah, menjangkau 5 tahun kerja nie, i almost meet my target. Lagi 10 tahun sy target nak ada business sendiri, atau kalau sy berubah angin sy target nak duduk rumah je..hahahhaha~ Business yang sy target of course ada kena mengena dengan accounting. Skang kita kaut ilmu dan pengalaman dulu. 


9.Be positive - Jangan mudah mengalah,merungut dan putus asa. Saya paham kita manusia biasa, kadang2 timbul rase give up bila apa kita buat tak jadi. Kadang2 kita rase dah tak mampu nak move on. Itu biasa sebab hidup ni ada up  & down. Tp always be positive and bagi ruang diri sendiri.  Kalau rase dh tepu atau semak sgt, berehat. Tenangkan fikiran. Kumpul semula semangat2 yg dh tercicir. Kalau macam saya, sy suka bace motivation quote. Kadang- kadang menangis2 ni nk lepaskan marah, geram, sedih,Hubby lah tempat mengadu yang setia dan Allah jua pendengar & penenang yang terbaik. Bila rase kita tak mampu nak bertahan, berdoalah. Doa seikhlas hati, Insyaallah nnty Allah akan titipkan kekuatan. Doa seikhlas hati tau. Tak percaya cubalah. 


10.Bersyukur - Jangan cepat lupa diri. Sentiasa bersyukur. Kalau Allah bg kesenangan atau kemudahan, bersykur. Kalau Allah bagi ujian, bersyukur jgk. Sebab itu tandanya Dia ingat pada kita dan Dia nak bagi sesuatu yang lebih baik. Dulu, waktu nak solat kitorang kena take turn, sebab ruang sempit and staff ramai. Lepas tu mmg kena solat waktu lunch je, lbh dpd tu boss jeling2. Sekarang, Allah bg kemudahan dan ruang solat yang selesa. Patutnya bila dh boleh solat kat bilik sendiri, lagi senang nk lipat gandakan ibadat kan. Being aida yg selalu je lupa nak bersyukur kan. Last ramadhan kita sempat je amik al-quran waktu lunch at least satu page. Lps ramadhan lupaaaaaaa dh. Padahal sempat je kan. Banyak benda yang nk kena repair sebenarnya kan. 


Kesimpulannya, always be positive. Sentiasa yakin Allah ada dan Dia adalah sebaik-baik perancang. Dalam dunia pekerjaan nie, kita akan jumpa dengan macam- macam orang. Thats y kita kena set up diri dan keyakinan. Kita kena ada integriti dalam kerja. Mental kena kuat, ilmu kena ada dan semaikan sifat2 kemanusian. Jangan la kejam sangat yet jangan lah lembut/baik hati sgt smpai langgar undang-undang dan syariah. Kadang-kadang kita akan jumpa dengan orang yang akan bring you down. Hati-hati lah. Time nie iman kena kuat, mental pun kena steady! Dan yang paling penting, bila kita dibawah, jangan cepat putus asa, dan bila kita dh berjaya di atas, jangan cepat lupa diri,



Yours truly,

Aida







No comments: