iklan-iklan~sila click

Sunday, April 12, 2015

CARA MENGATASI MARAH

Mesti pernah rase marah kan? Saya selalu! hahahha~ 
Ingat tak penat ke marah? penat weiii.. penat gila...
By time to time, sy mmg tgh cuba kawal marah...tak yah jadi outspoken sgt...kadang2 berhasil, kadang2 failed! haha~ Tp skang biasanya kalau sy marah, sy akan diam je. Sebab diam tu lagi baik. Baik dalam meeting, baik dgn kawan atau sesiapa sahaja. Melainkan benda2 yang sy mmg kena pertahankan, sy akan bersuara. contoh dlm meeting, ada org memandai2 nak buat itu ini yg terang-terang salah, tp sbb dia pandai sgt so dia rase betul. sometimes dia rase dia qualified sebab experienced dia, tp experience tak pernah halalkan yang salah yer. thats y ilmu tu penting, tu sbb kena belajar.tu sbb kena amik exam, bace buku, graduate then baru u tahu benda betul and tak. thats it! here we go cara nak atasi marah yg sy google and share :
1. Mengubah posisi duduk
Cara ini diterangkan dalam hadis berikut: Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim). 
2. Ambil wudhu’
Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).
3. Mendiamkan diri ketika marah
Cara mendiamkan diri mampu mengurangkan rasa marah. Hal ini kerana panas baran berlaku apabila berlakunya tindakan demi tindakan yang menyebabkan suasana tegang. Oleh itu, mendiamkan diri membolehkan kita mengurangkan rasa marah. (yezaaaaaaaaaaa! diamkan diri bila marah. telan je. lps tu sendiri stress..hahaha~ tp its works tau, dpd ,kita bercakapppp je...sudahnya jadi gaduh lagi besar, baik diam...simpan je apa kau nak ckp, ckp kat dinding ke, ckp smbil drive, ckp time tgh berak ke.hahahaha~ janji ko tak ckp dgn org yg ko mrh.)
4. Berfikiran positif
Elakkan daripada memekik atau bersuara lantang ketika marah kerana ia akan menyebabkan suasana menjadi tidak terkawal dan hati juga penuh emosi. Oleh itu berfikir lah secara positif dimana marah bukanlah cara penyelesaian. Adalah lebih jika merendahkan suara dan tidak menggunakan perkataan yang mungkin menyinggung perasaan orang lain. ( yessss, be positive)
5. Luahkan pada masa dan tempat yang sesuai
Carilah tempat untuk meluahkan masalah tanpa perlu merasa marah. Contohnya meluahkan masalah pada teman terdekat yang dipercayai. Setiap individu mempunyai cara meluahkan yang berbeza, namun pastikan ia positif dan membawa kebaikan kepada diri sendiri.
6. Bawa bertenang
Tarik nafas juga mampu megurangkan rasa marah. Ia akan membolehkan kita mengawal emosi ketika marah.
7. Senyum
Senyuman mampu mengurangkan rasa marah. Walaupun senyum nampak mudah namun senyuman tidak mudah di ukir di wajah orang yang berada dalam keadaan marah. Namun percayalah, dengan senyuman perasaan marah kita akan menjadi reda. ( senyumlah, walau dalam hati kau Tuhan sahaja yang tahu, bg aura2 baik dlm bdn masuk then u will be okay)
Additional tips :
Selalu berdoa kepada Allah SWT
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita dituntut berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
Menangis dengan sepuas hati

Jika anda jenis yang ‘tidak boleh’ gelak-ketawa sebab ‘terputus wayar’, maka cubalah menangis sepuas-puasnya. Ia mampu membuang jauh-jauh perasaan yang gundah gelana.

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.
Nie antara yang sy selalu buat, sometimes bila dh marah sgt. sy diam then bila sy dh okay, i will always pray dan mintak Allah jauhhhhhhhhhh kan lah sy dpd sifat marah nie. Sambil nangis sambil doa, sebab sy tahu marah nie sgt2 tak baik. Sy ckp dengan diri sendiri, tak semestinya yang baik tuk sy, baik tuk org lain, tak semestinya yang sy suka, org lain akan suka dan sy tak boleh pakse org suka apa yang sy suka. Dan sy juga kena selalu remind diri sendiri, tak semua benda sy boleh ckp, sometimes sy kena keep for my self and be independent. Jangan harap kan org selalu, selagi boleh jalan,boleh bangun, boleh nampak. do it ur self! hahahaha~ omg! independent sgt zaman skang kan.

For coming birthday next week, saya berdoa, sy bebas dpd stresss and be more independent and dewasa. Kadang-kadang sy selalu bg yg terbaik dlm apa yg sy buat, sy susah nk berkira dlm byk keadaan, sy selalu sayang org-org keliling sy, sy susah hati kalau sy tak boleh tlg org lain dan selalu nak org2 yg sy syg ada selalu dgn sy. Tp im a bit sad, bila org2 yg sy syg tak rase the same. They not love me as much as i love them, they not even care pun as much as i always care for them and paling sedih im not their priority pun. Tapi yelah kan, tak kan nak pakse org plak. Bukan nak harap balasan, no im not. Semua sy buat, semuanya ikhlas. Tp just a bit sad la.  Maybe, sy fikir apa yg sy bagi and nampak apa yg sy buat je, sy tak nampak apa yg org dh buat tuk sy plak kan...yeah, maybe. Satu benda yang tak kan berubah, kasih syg keluarga kita. Buruk kita, baik kita dia akan terima. Dulu, kini & selamanya. Tu sebab sy selalu ckp, gagal mana kita sebagai manusia, berjaya mana pun hidup kita,never forget our parents. Till then, semoga dgn umur yg baru next week, i will become strong & stronger. Belajar jadi org yg lebih baik dan tak suka marah-marah. Its okay if people dont love/like you pun, u still got ur love One kan. 


Till then,
Pn Aida

note : winner are not people who never fail,but people who never quit. 

Friday, April 10, 2015

Drama Queen sangattttt

 Assalammualaikum,


Salam Jumaat. Sekejab je dah masuk April kan.
Sekejab je eh dah sebulan dh woii kahwin. Sekejab je dh 4kg naik! hahahhaha~
Last week baru ada keberanian nak timbang, wooowww 4kg naik, terus insap!
setakat smlm, baru managed buang 1.5kg je. kita cuba lagi sampai berjaya okeh.


Sepanjang sebulan kahwin nie, saya rase ada kot dekat 2 minggu atau lebih sy cuti.
annual leave + mc. Lepas kahwen kemain terus naik Cameron, kononnya nanti malas nak cuti lagi so straight cuti je honeymoon. Lagipun keje byk lagi. Kamil pun lagilah kan, keje mcm tiada hari esk. Opis dia pun kerah mcm hape je..eh tak, yg sebenarnya kamil pun jenis hati lembut. Org asak dia bg keje, dia mls bising dia terima je. Sudahnya dia stress sy lagi stress..hahahha~ so decide terus cuti!


Tapi apakan daya, one week after balik honeymoon sy ada masalah kesihatan skit.Mula-mula mcm gagah je layan anggap normal je, skali makin lama makin menjadi plak! so refer klinik panel ofis lama sy dlu, sbb doc tu sy mmg dh biasa. Dia ckp bla..bla..bla... doc tu ada buat lawak skit, tp sy terus ckp imposible lah doc! i dont think so! hahahhaha~ confident je kau aida. eh tp dh badan sy kan, sy tahu lah. hahhahaha~ degil! so bagi ubat..bagi mc dan dia suruh rehat! rehat! so memang berehat lah dekat umah, bkn rehat sgt pun sbb mengemas, memasak, layan drama lps tu tido! kul 6 suami balik keje,masuk bilik! syg! b dh balik...! ok, meh tido! sambung tido balik! teruk betul perangai kan. hahhahhahahha~ then sy rase dh sihat semula, siap g training GST lgi kat hotel istana KL. But im not driving sbb i tak rase fit nk drive so tumpang staff lain. Next week nya, perkara sama berulang kembali!!!!! Arghhhh, gilaaaaaaaaaaa stressssss... Patutnya weekend to nk rilex2 n lepak kat PD tp sbb sy pun stress memikirkan nya dan ada hal lain jgk, so trus cancel balik semban semula. Seb bek apartment tu boleh dicancel..


Ahad tu lps discuss dgn kamil, lets refer ke yg lebih pakar. So dalam kepala ada sorg yg mmg pakar dlm part nie and mmg ada hospital & klinik sndiri. So we proceed on monday, he said bla..bla..bla..bla... dan dia pun suruh rehatttttttttttttttttt dan jangan stresssssss...jangann stresssssss..dan doc suh suami harap bersabar dgn condition isteri...hahahhaha.so dia bg lagi mc rehat kat umah... sy siap pelik, asal lama lak doc nie bg..bosan dh wei dok umah! next appoinment ialah 13 april... then something happen malam tu, yang nie agak scary! mlm sebelum tido mmg dh rase semacam, tido jelah..kul 3 pagi bangun sbb rase semacam...then...lallalalallalala~ kejut kamil punyalah susah! rase nak telan je dia..hahaha~ yelah sbb sy punya sore pun slow je sbb weak & ngantuk..haha~ lps tu ramai la kata sy bla...bla..bla....seram je bila dgr. kamil pun ia2 la ckp begitu beginie. firasat la, gerak hati la..hahahhaha~ nk muntah sy bila dengar...kelakar sungguh bila dengar...adoiii...



After begitu begini, bincang sana sini tnya sana sini, we decide nak refer doc perempuan, pakar yang sy refer sebelum nie lelaki. So for next appointment nie begitu begini mcm segan, so gagah la call mmg satu-satunya doc pom islam kat semban yg pakar dlm nie, infact from review mmg  org kata dia sgt2 baik soft n teliti. So gigih call columbia for appointment. Mula-mula mmg tak buget ada free slot tuk sy dlm masa terdekat sbb tau doc nie mmg bizy gilos... mmg plan B nk ke KPJ seremban je refer kat sana tp chinese lady la doc dia, tp ada rezeki nak berurusan dgn doc intan. so tunggulah next week mcm mana......tak berdebar pun...sbb kalau doc kata mcm begini, sy dh bersedia..kalau doc kata begitu pun sy dh bersedia..hahahha~ kamil dh ckp awl2 nk amik cuti, sy tak bagi!! sy nak g sorang..hahhahaha~ buget poyo...adik sy tgh cuti, boleh je mintak dia teman. Pagi td pun dia bebel2 sblm bagun tido, tak abs2 dgn firasat dia...nak ckp sy gemok la tu! hahahaha~ so lets doakan sy okay & takde pape...



Last 3-4 days, sy belek2 pic buah hati hati tau... pastu sy pujuk2 skit, terus kamil kata okay jom g penang! hahahhaha~ pucuk dicita ulam mendatang la kan~ bkn dlm schedule n buget pun nk g penang. this month plan nk lepak kat thistle sbb view sana sgt cantik! tp saya sanggup cancel sbb kamil kata nk g penang. this week nak service keta then next week gerak! walupun short notice n kejab je pun, tp sy tetap happy! hahhaha~ sbb penang ialah tempat fav sy. kali nie sy xnak plan tentative, sy nk chill n rilex je. lgpun kakak kamil n buah hati sy kat sana kan, so ikut jelah diorg nya idea! hoyehhhhhhhhh~ last time sy g, mmg sy tour habis penang tu...semua tempat sy pergi..dan makan! hahahha~ tp kali nie xleh nak jln teruk2 sgt..kena rilex n chill je.. doc kata rilex..jgn stress...




hai hencem! tunggu paklang & maklang datang eh~
pastu g makan-makan eh.
mamat ni crancky tau, kalau sy peluk paklang dia, dia pandang sy semacam je.
pastu suka gayut kat paklang dia.
pastu paklang agah skit je dh lebar sengeh.
cuba kalau maklang agah dia, kerut je muka.
like " ko dh knp nie?"hahhaa~




nie pun buah hati sy. 
tgh membesar dgn sihat! gemok mcm aunty~
3 bulan = 6kg!




nie pun buah hati pengarang jantung gak (kiri)
lemah lembutttt jeeeee~ 


Last but not least,


Akhirnya urusan rumah dipermudahkan, setelah lebih 6 bln cari rumah. Nak beli umah dh siap, owner lak kemain letak harga. kang nk repair lg.peguam lagi.begitu begini. harga kemain mahal nak jual, padahal asal nya kos biasa je. Sudahnya we end up beli umah dlm pembinaan. Insyallah next year siap Jadilah tuk first house kan, asal keta kami berdua boleh masuk, ada garden tuk sy berangan2 tanam mcm farmville tu..haha ada dapur yang sylah queen nya dan lain2. Lepas nie tak leh nk enjoy sgt, shoping ikut suka, vacation bila nak, semua kena plan betul2 sbb dh start byr installment umah.. Agak tercekik lah, tp kita cuba berjimat mana bleh.. Almost 3x ganda dpd installment keta yg ada skang...hahhaha~ selamat berjimat cermat aida & kamil! Tp bila fikirkan umur dh brape, kena jgk ada asset sendiri tuk masa depan, so kita cekalkan hati je. Insyallah Allah mudahkan...






Alhamdulillah, satu persatu urusan setel. Satu persatu Allah mudahkan jalan, satu satu rezeki Allah bagi after melalui jalan-jalan berliku kan...hhahahhaa~ Ada lagi satu on progress, harap  berjaya lah. Kalau sucsess je, sy dh lega. Semua dh ckup, insyallah nk focus dgn life je lps nie... dpt anak ramai-ramai..hahahhaa~


Hamek, skali update semua skali arung..hahaha~ mood tgh baik kan..haha~


Till then,

Puan Aida



Wednesday, April 1, 2015

Life after married

Assalammualaikum,

Tajuk entry kemain lagi...haahahahaha~
Actually just come back from medical leave. dok umah lama-lama pun bosan gak.
bila dok office ada gak keje bleh jalan and ada gak kwn nak borak.
bila tak larat, tido la kejab.haha~


Macam mana nak mula eh? hahaha~
soalan yang selalu ditujukan untuk sy lps kawen nie ialah
"best tak kahwen?" sy pernah tnya kat kawan sy yg tnya soalan mcm tu.
sy tnya dia, knp kena tnya best ke tak kawen? dia ckp entah lah, dia pun tak tahu sbb dlu org slalu tnya dia mcm tu tp dia pun tak tahu nk jawab mcm mana, thats y dia tnya sy same question...lol!


Actually masa nk kahwen tu seronok. masa dh kawen tu rase yeayyyyy dh kawen!
Tapi bila dh start ur duty as a wife tu arghhhh dh start pening...
mula-mula kelam kabut. mula-mula mcm alaaaaaaa mcm mana nk kentut nie..mcm mana nk mengeliat sesuka hati yg muka mmg confirm buruk absss nie...mcm mana kalau mengigau? mcm mana kalau bangun lambat. arghhhh...hahahhahaha~
selalunya lepas keje sy akan rehat dlu dlm bilik,dh puas rehat baru sy bgun n siapkan dinner.
now can nottttttttttttttt! time flies dgn cptnya! atau kdg2 mak sy panggil suh siapkan..
i was like " alaaaaaaaaaaaaaaaa, nnty la...." dia risau sgt sy tak bagi menantu dia makan.minum. yanadeyyyy..
then sy kan dh biasa susun atur bilik sendiri. cadar mcm mana, comfeter mcm mana, bantal mcm mana, remote letak kat mana even suhu aircond pun sy dh biasa kalau mlm sekian suhu dia, kalau siang sekian suhu dia. dh biasa sorang2 kan. suddenly ada lelaki yg bergelar suami kan, migrain jab. hahahha~

'b, sy mandi dlu, kang b kemas katil tau' 'okay' - ecehhhh...okay dia kemain kan. skali dia kemas tak ikut expectation kita. blurghhh...takpe, sy ajarkan cara kemas n letak bantal yg betul.
same goes, kalau mlm 'knp panassssssss plak nie' - sebabnya sy dh slowkan aircond. sbb kang kul 3 pagi msti sy dh beku. atau selalunya kul 3 sy msti terjaga n off aircond. tp lelaki kan suhu dia lbh dpd pom kan so duduk la kau diam2 dlm comfeter tu..hahahhaa~ sama jgk kalau letak bju sepah2, towel tak sidai elok2 mcm sy slalu buat. karpet sy bergerak. hahaha~ atau remote tv and astro bersepah2. satu ats katil.satu kat side table.satu atas almari tv. aigooooooooooooo~

TETAPI

sebelum kahwin sy ada bace coretan fyn jamal yang maksudnya lebih kurang, perkahwinan tu penyatuan dua jiwa. yang perlukan tolak ansur sebab kita mungkin 100% beza dgn suami kita. cara dia.pandangan dia. fikiran dia. apalah sgt kalau kita amik towel yg bersepah tu and letak tempat dia elok2 mcm yg kita nak, tak susah pun kalau kita betulkan je cadar mcm yg kita selalu buat dibandingkan dengan sabar nya suami layan kerenah kita, terima kita seadanya, lyn apa kita nak makan siang malam pagi petang. i was like " ye tak ye jgk kan?" hahhaahhahaha~ so sy apply kata-kata tu dlm kehidupan sy sekarang. kalau skit2 punya hal tu pejam mata jelah. buat je sendiri.tp kdg2 sy educate jgk dia. 'b, towel kena mcm nie' 'sejadah kena letak mcm nie'. sy ckp, sy yg buat.dia angguk sambil mata tgk game coc dia. hoiiiiiiiiiii, sape yg cipta game coc nie ha? hati sy pernah bengkak sebab game nie tau. penah nak ngis sbb game nie tau. tp sy ckp, sabar aida. sabar. hahahhahaa~
berbalik cite td kan, byk kali bff sy remind sy, in marriage u kena selalu sabar n yg paling penting ialah terus terang. kalau ada rase tak puas hati, go and talk to him. dont keep! sbb lelaki tak kan dpt bace perasaan kita sbb diorg nie lurus. dia ingt slh skit arini, mlm tido then esk bangun dh setel dh. dia tak tahu bini dia dh berbuku2 simpan mrh nie. so dpd sakit hati, go and talk to him. lets discuss! okay, yg tu sy mmg tgh apply skang. lets start from beginning kan. semua yang baik, kita buat awal2 perkahwinan kan. sbb sy jenis yg suka simpan n berdendam.hahhahahaha~ now sy cuba jadi lebih rilex. jgn simpan or marah, yg kecik2 tu pejam kan je mata. tu belum dia kira, lyn kita nya hormon and angin lg. pagi nak ngis bila bangun.kemain liat. belum cite mlm2 kejut sakit perut ke,mintak urut bagai,nak pinjam tiak sebab kesejukan kan, belum cite drama airmata lagi kan...almaklum, drama queen!hahhahaha~ so lets give and take lah.



senang cite, after kwen jadual sy berubah 70% lah. daripada pagi smpai mlm, kat opis je sama. kat umah jadual dh lain. iron baju is a must la kan, siapkan pakai semua. bfs msti ada, at least susu anlene and cornflakes.haha~ nampak tak bini sape yg malas tu? belum cite weekend, msti tido dkt2 sikit sambil ckp, esk kita nak bfs kat mana eh b? nampak tak mainan dia? ahhahahhahaha~ mlm mmg kena masak. baju siapa nak lipat? tunggu bila free lipat. okay, mmg mcm nk putus la napas. kul 10 baru dpt rilex. 1st week mmg mcm nak ngis, sbb bilik sy mmg totally bukan mcm yg sy biasa susun.tp lepas tu dh makin biasa dh! hahahhaha~ memang penat & seriouly penat sebabnya normal hours kita kerja mcm biasa, kat rumah pun keje tetap keje. tp tu lubuk pahala kan? so marilah biasakan diri and redhakan hati.

Tp si suami jgn la biar bini ko buat semua benda oii, tlg mana yg boleh. sebab tu semua bukan keje dia sorang. jgn bebakan dia dgn semua benda, sbb tu pun aslnya tanggujwb suami kan. isteri dia dh willingly nk buat pun dh kira syukur dh. dia tak berkira kan dunia dh ckup baik, sok kat akhirat semua dia kira masak jgk oiiii nak tanggung kan? so lets do it together. sy tak pelik pun kalau tgk laki basuh pinggan, laki sidai kain, angkat kain sebab abah sy buat semua tu. hahahhaa~ pinggan sebijik ko tak leh basuh? mmg mintak @#%$#$^. Makan minum bill api air sewa rumah bini tanggung? !@$@^^&#&. Then i asked her to ask him, apa tujuan asal ko kawen sebenarnya. Nk hidup senang lenang bawah ketiak bini? Please go to hell. haha~ Kat dunia mungkin ko boleh lepas tanggujwab, kat akhirat esk mampu ke nak pikul? kalau dpt bini yg jenis tak berkira, kira bersyukurlah. Yang mampu nak tlg sesama uruskan everything, tp jgn sbb dek baiknya hati bini ko amik peluang nak curang belakang dia, tunggu la perhitungan di akhirat nnty. Tu sebab bila sebut kawen je jgn ingt seronok, tp ingt tanggugjwb yang nak dipikul tu. Semua tu jadi saham akhirat. Sebesar zarah pun di hitung. Sesama lah kita beringat. Eh jauh plak tersasar kan, dpd nk kongsi sendiri, tergeram pasal org lain plak kan..hahhaha~ ya ampun, janganlah Allah duga sy dgn suami yg mcm tu.. sy tak boleh processs la der....suami sekarang pun sy rase nk geget2 je dgn kepala ting tong dia. tetiba ajak menari2. tibe2 mcm nie..tibe2 mcm tu..hahahha~ sakit jiwa makhencek!



nnty dh dpt officialy pic dpd photog, sy upload kat sini eh!

till then


babai :-)

Puan Aida