iklan-iklan~sila click

Monday, January 4, 2016

Thank you 2015!

Assalammulaikum,
2015 telah melabuhkan tirai.
Sedih, sebab terasa masa berlalu dengan pantas.
Macam2 terjadi sepanjang 2015, ada yang membahagiakan, ada yg menguji kekuatan tp semuanya telah jadi sejarah. 


2015,
saksi permulaan karier sy yang baru, bersama keluarga kerja yg baru, Alhamdulillah. 
Allah makbulkan doa sy nk cuba sesuatu yg baru selepas audit.
Sekali lagi, rezeki sy berjodoh dengan bos yg baik2. 


Permulaan yg sgt2 mencabar maybe disebabkan umur sy yg still muda, maybe agak susah tuk org yg sebaya ayah sy terima idea dan arahan org muda mcm sy. Tapi sy kuatkan semangat, sy doa byk2, tp sebenarnya sy sgt2 la stress time tu. Banyak kali sy menangis woi! mcm2 versi cerita sy dengar, tp sy tak mudah menilai, sy menilai berdasarkan pandangan sy sendiri bukan apa yg org cakap. Tp dah namanya Aida kan, mengalah tu bukan pilihan. Sy teruskan jugak, byk sy belajar. Managerial skill sy mmg sgt2 weak, so sy belajar from time to time and improve. Bagilah apa jua cerita, alasan, kejadian atau pun ganjaran mahupun ugutan, prinsip kerja sy tak kan berubah! Time tu sy rase btl Allah tgh uji sy, pedihnya masa tu. Allah jua yg tahu. 7 bulan berlalu, sudahnya ada pelangi disebalik awan hitam!
Semoga 2016, bagi sy seribu satu kenangan yg manis lg bersama KWM!





womer power! 
bila 3 of us bincang masalah kerja. ohoi! stress.
terpkir, nikmat kudrat yg Allah pinjam pada wanita2 hati besi ni.
17 cawangan dengan 1700 perangai/ ragam yer. haha~






2015,



Alhamdulillah, bermula fasa besar dalam hidup sy. Berjaya jadi isteri kpd Mr Ikram, merangkap classmate darjah satu - darjah tiga, merangkap jiran selang 8 buah rumah, merangkap musuh sendiri jgk. Takdir & jodoh tu Allah yg tentukan. Bercinta dengan org lain, sudahnya kahwin dengan org lain. Jodoh itu rahsia Allah kan dan seperti biasa sy sgt2 sentiasa yakin Allah adalah sebaik-baik perancang. Cantik kan aturan Allah? Tak yah korang terkejut, mak abah mama abah kitorg pun terkejut jgk. 




Bila bace2 balik doa dan harapan saya tentang jodoh ni kan, buat sy senyum sorang2. Ramai org tanya knp sy pilih dia? dan org jgk tnya dia knp Aida? both of us takde jwpn yg spesific. Jwpan yg paling tepat dan lengkap ialah, Allah tahu both of us saling melengkapi. Kami berbeza personaliti, karektor, background, pendapat dan byk lagi. Tp akan ada satu titik atau keadaan yang sy akan laydown, hug and agreed with him. He is the best person yang boleh heal semua luka2 sedih sy, waktu2 sukar sy dan pujuk sy sampai sy cool balik. Peluk suami tu, boleh buat ko hilang semua penat lelah dan sedih ko sepanjang hari okeh! percayalah. And jadi Aida tu susah sebab dia sentiasa eager dengan byk benda. Ada je benda baru or target baru yg dia nak dan of course dia akan stress dgn cabaran.dugaan to achieve target. Time tu lah suami sgt penting tuk cool kan sy, rilex kan sy, dengar semua masalah sy. Sbb dia jenis yg cool & rilex. Tq husband! 




2015,



rumah pertama untuk kami berdua. Insyallah kalau takde halangan by 2016 siap! 
Agreement sign 2 bulan lps kahwen rasenya. Alhamdulillah, Allah mudahkan semua urusan sampai selesai. Satu lg impian sy dh tercapai dlm 2015. Syukur sgt2! Masa nie dh discuss dh, lps ni jgn tambah apa2 komitmen lg dh...tp sudahnya few month lps tu ntah kerja gila apa ntah decide amik MPV. hahahhahaha~ tu mmg kerja gila. tp gila boleh layan lg lah. WVR masih ada lg dan masih setia berkhidmat! Tp ada hikmah la amik MPV sbb bykkk sgt berjasa pada kitorg sekeluarga so far. sgt2 memudahkan byk urusan. On top of that, sebenarnya nk ubat kelukaan, something happen around may gitu. It was unexpected "gift" dtgnya tanpa diketahui. Insyallah ada rezeki lg. Untung nya sy masa tu, Doc Intan from columbia tu tenang je explain satu2. Bukan mcm gynae sy skang, bahasa nya menusuk kalbu btl! 



2015,

First time raya dengan suami & keluarga mertua! Pic raya ada kat entry raya yer. It was awesome experience. Mandi pepagi subuh kat rumah jelebu mmg sy tak kan lupa sampai bila2 yer. Sejukkkkkk gila tp best! terus rase keras je tulang~ Raya haji kat Johol. Tp day trip je kot sbb sy bizy kerja. Insyallah 2016, raya puasa kat Johol plak then raya haji kat seremban jer. 



2015,



first time kamil admitted di Senawang Specialist.  4 hari kat sana mmg drama habis.hahaha~ Sakit tulang belakang sy okeh. Then selang beberapa bulan sy plak admitted di KPJ Seremban pun for the first time jgk! Sy dh update kan yg tu? So 2015 mmg dlm sejarah lah for us! Kalau tnya sy antara Senawang Specialist or KPJ mana lg okay? My answer will be KPJ! Tp yang palin tepat sy tak nk warded lg. TAK NAK! 


2015,


sempat g Langkawi kejab hilangkan penat kerja. First fly trip dengan husband. Next coming trip will be on March 2015 insyallah. 



2015,




Ni antara perubahan besar gak in 2015. Si kecik ni duduk dengan sy sementara mama nya bertugas di riyadh. Masa dan jadual sy mmg berubah 360 darjah!Ini antara sebab kenapa blog bersawang jgk.hahaha~ every weekend sy & uncle dia msti ada plan for her. Introducing my little zaara. Nie kawan gaduh, makan , berjalan dan everything. Sgt2 lah checky! Ramai org ckp ikut rupa sy, haha~ Mama dia pun pelik cane leh ikut aunty! Next week she turn 1, aunty doakan awk sihat dan membesar dengan baik yer zaara. Kesayangan & buah hati dia bukan sy tau, tp uncle! Semua yg indah ialah uncle. 



Ni antara kenangan 2015 yg sy sempat korek2. Of course ada up & down dalam kehidupan kita kan. Selagi ada usaha & doa insyallah Allah akan bantu kita.  Terima kasih utk semuanya di 2015, utk semua pahit & manis, semua pengalaman dan kenangan! Syukur, masih ada peluang utk kita sehingga akhir 2015 nie kan. 



Truly yours,

aida

No comments: