iklan-iklan~sila click

Sunday, January 10, 2016

Welcome 2016

Assalammualaikum,

Dah dekat dua minggu masuk 2016 baru nk welcoming 2016 kan.
Takpe, janji ada entry pembuka 2016..hahaha~



Every year mesti ada azam tahun baru, wistlist and etc.
This year sy tak nk letak azam cuma nk letak harapan.
Here we go, harapan 2016 :

1. Tutup akaun and submit for audit before May 2016. Ini target sy, sebelum december 2015 lg sy dh buat announcement pada smua. So that smua org ada jalan dan target yg sama. Hahaha~ besar harapan sy smua org kan achieve target ni. 

2. Dapat jaga kesihatan dengan lebih baik. Dapat turunkan berat badan ke 63kg, doc ckp 63kg bru boleh pregnant. Kalau degil jgk you sendiri pkir la brapa kali nk pregnant and gugur. pregnant gugur. sendiri sakit dan sendiri demotivated nnty. Tp kan, ubat doc smuanya loya weh kalau mkn. berpusing2 kepala. tp doc ckp tu normal. pandai2 la ko tahan ye aida! 

3. Anak? Insyallah, kalau semua berjalan baik dan Allah bg rezeki dlm 2016, sy terima dengan senang hati dan lebih bersedia. Janji tak bergonjeng and main gusti2 laki bini dh.hahahahha~ Insyallah, doakan yg terbaik weh! Doc ckp jgn stress dan jgn terlalu mengharap sbb smua ni kena rilex. Tp kan, sy sendiri tak stress, sebab sy dh serah segala pada Allah. If Dia kata dh sampai masa dan rezeki, Dia akan bg. If belum then kita doa and keep on usaha. Sy sentiasa positive bab ni,(dulu tak, tp selepas duduk diam2, fikir dalam2,dh menangis mengadu pada Dia, sudahnya sy positive kan diri) One thing psl sy, kalau sy diuji on something, sy tak doa supaya jgn uji sy dan jauhkan2 sy dpd ujian2 tu, tp sy selalu doa, andai itu ujian untuk sy, kuatkan hati sy nk lalui setiap satu nya dan berikan sy kekuatan yg semampunya sy. Sebab ujian tu tandanya Allah sygkan kita kan. So berbalik hal anak tadi, bila sy dh redha, sy rase lega btl. sy rase free dan tenang. Tp org lain sy tak tahu lah.hahaha~ sbb biasanya org lain yg lg cuak kan. Sy yakin, bila dh smpai masa Allah akan bagi jgk. Tp tak dinafikan, org keliling kdg2 buat sy stress. haha~ so skang dlm stage belajar nk handle org keliling. haha~ doakan sy eveything berjalan lancar yer. Tgk tok ti, dia kata dia redha kan? padahal punyalah lama dia tunggu kan? mmg diharap kan sgt2, tp kejab je Allah bg rase. Tp dia redha and move on kan? haaa, actually sy paham sgt apa dia rase. When doc akan pujuk kita, bgtau..bla..bla..bla..then doc bgtau apa kita boleh buat lps ni...kita akan jd sgt2 tenang. Tp tulah, again org keliling yg over kan? 


4. Menjadi tetamu Allah sebelum umur 30 tahun. Ini harapan dan impian terbaru sy. My new target. Sy usaha je, kalau Allah izinkan insyallah. Eh belum sampai sana, just terbayang2 and berangan je dah bergenang airmata. Tak tau bila dh sampai sana mcm mana. Nampak sgt byk dosa kan...huhuhu~ Semoga Allah jemput sy dan suami menjadi tetamu Dia dalam tahun 2016 ni. Amin ya rabbalalamin :-) Nanti nak mintak mama & abah doa byk2 masa dekat sana nnty untuk sy plak. Utk mama & abah pun sy doakan Allah permudahkan segala urusan baik di Malaysia & di sana menjadi tetamu Allah dipermudahkan. I know tabung haji always give their best! 


5. Urusan rumah dipermudahkan. Sy plan bila semua dh lengkap baru nak pindah. Slow slow buat satu2. Sebab both of us ada pandangan dan impian masing2 nk deco umah.haha~ so tgk lah siapa akan mengalah. 

6. Semoga sy lebih lebih lebih lebih lebih banyak SABAR utk lalui masa mendatang! hahaha~ 



Dah tu je yg major, yg kecik2 ada byk. Semoga 2016 berjalan dengan lancar. Dugaan sana sini tu normal. Dalam hidup ni, Allah sentiasa bagi kita peluang baru. Setiap hari ialah peluang baru. Untuk berjaya, kita kena berjaya dlm merancang. Kena ada plan, sebab? supaya kita ada arah dan destinasi. Ada target! tp andaikata gagal di tengah jln, jgn putus asa. Teruskan berdoa disepanjang perjalanan. Percayalah pada kuasa Doa. Selain didik kita jd lebih sabar, doa tu sendiri pengaduan kita pada pencipta kita. Dan sentiasa percaya, Allah tak kan kecewakan kan kita! Tp kena selalu ingt, kita ni manusia biasa, buat silap dan punya emosi. so being emotional and fail dlm plan to its okay! try harder.



Truly your,

AIDA  

No comments: