iklan-iklan~sila click

Thursday, March 10, 2016

1st Anniversary





Assalammualaikum,



Rasenya mcm bru 4-5 bulan lps je kawen, ehhhh tibe2 dh first anniversary  dh. Alhamdulillah. Cepat masa berlalu sampai tak sedar dh setahun. Orang kata first year ni still honeymoon lagi, still indah2 and sweet lg, alhamdulillah but mine is different story.


Disebabkan kami berdua daripada dunia yg berbeza,minat yang berbeza, sikap dan cara yg berbeza so setahun ni boleh dikatakan mencabar jgk for both of us. Since kita kenal pun bukanlah bertahun2 lamanya,setahun kenal tunang lps setahun tunang kawen so lepas kawen yeahhhh all the true colour semua keluar. Memberontak ? yes of course. Miscommunication? always tp tu semua sebenarnya build up our relationship, Ada at one time we sit together and talk. Apa yang awk marah , apa yg sy marah. apa yg awak nak,apa yg sy nak. mcm mana awk nak. mcm mana sy nak. Communicate! and its work! Of course my bff selalu bg advice and selalu ada to calm me and bg nasihat2. No 1 in marriage ialah communication! make sure both of u connected each other in any way sekalipun. Since im a bit fussy and temper so i need to give moreeeee in this real relationship. Its not easy i tell u but it worth it. 


Dugaan? of course ada. Besar kecik semua ada. But this one, sy sgt2 bersyukur and ada at one time eh ke many times dh sy ngis sambil thanks to Allah. Dia makbulkan doa sy yg satu tu, sy nak lelaki yg boleh ada dgn sy saat sy bangun dan jatuh dan waktu sy sedih atau gembira. Ive been go through perkara2 yg mencabar jgk sepanjang tahun ni which i really need to be patient and sentiasa motivate diri supaya dont give up. Ada one time sy give up and 3 months kot sy lost. After i found my self, sy realize Allah bg sy mcm ni punya dugaan tp kat luar sana ada yg lg terukkkkk dpd sy but they still sabar and keep on doa supaya semuanya berjalan lancar. Allah uji mental sy tp Allah bg sy org sekeliling yg sgt supportive, mak abah, uncle & auntie, mak abah mertua and inlaw family yg sgt2 baik. Allah bg jgk sy kawan2 yg sgt2 la concern and sgt2 la supportive. Disebabkan diorang semualah sy wake up & move on! Suami, orang yg paling dekat dgn sy yg keep telling me u can go through semua ni aida and we have Allah with us. Yang akan hug sy everytime sy sedih, yang akan tenangkan sy, yg akan dgr semuaaaa masalah sy and pkir solution, yang akan buat kerja2 yg sy tak larat nk buat(balik kerja flat abis woi), yg masak tuk sy, sy bersihkan muntah2 sy, pagi dh bersihkan dh, mlm tu muntah lg. Habisssss kereta kesayangan! hahahhahah~ Ya Allah, kdg2 masa dia tido sy selalu tgk dia, muka je garang mcm gangster,pastu hitam2 manis tp hatiiiiiii mcm salju! hahahhahha~ 


Nak tahu apa kitorang buat everytime kitorang gaduh and how we improve our relationship sebab kami dpd dua dunia yg berbeza. First, communication. Make sure both of us communicate dgn baik each other. Tak puas hati terus cakap. Kamil kata sy perfectionist which mmg sy tak rase la. Pada sy tu normal, so i got to explain kat dia why sy nak mcm tu. If sy benar, so dia slowly akan ikut. Bukan terus ikut k, slowly! Contoh, sy paling benci ada rambut or apa2 kat lantai. Tgh mlm pun sy vacum and sy akan make sure katil sentiasa kemas tegang and comfeter mesti lipat yg mcm sy nak. Mula2 bebel2 la jgk lama jgk, tp ada aritu sy perasan kamil mmg dh terbiasa mcm tu so dia terus buat tanpa kita mintak..." tlg amik vacum, rimas b tgk ada rambut nie." hahahhaha~ bila dia kemas katil dia tahu bantal tu letak mana, yg nie letak mana...hahahhaha~ finally! dia tahu headphone kena letak mana, charge laptop kat mana and all that! hahhahahha~ so make sure bincang apa2 yg tak puas hati! t


Secondly, terus terang. If ada apa2 salah ke apa, bgtau terus pasangan kita. Jangan sesekali menipu! contoh, lunch tadi whole opis makan kfc so kita pun terpaksa la ikut! balik je keje, terus ngaku je kt hubby! dia bebel2 ko dgr jelah. Lagi satu, perempuan kan attention seeker! so if u nak kiss, ckp je nak kiss! nk hug ckp je nak and if nak duduk celah ketiak bgtau je "b, nk duduk kat ketiak". Btw, sy pernah lena byk kali gak kat ketiak dia sambil dia hadap laptop main game or tgk movie...hahhaa~ tp sometimes zaara dtg in the middle....jab lg dia kuis2 kau suh tepi! dangggg....Perempuan biasanya malu and expect lelaki tu paham apa dia nak, bila laki tu buat dek or tak paham kan mula la dia moody. & frust. Dont waste ur time darling, tell them and they will do it for u. If penat sy akan terus terang je sy penat and dia akan take responsible masak for our lunch or dinner. Since kahwen, skill masak dia lebih hebat dpd sy and dh few times dh kita shopping groceries sy tgk dia dok belek tab. Rupanya tgh bace smula resepi yg dia screenshot and nk cari bahan2. hahhahahha~ time tu i was, omg what happen to my husband, tp layankan jgk! yg kenyang perut sy jgk kan. Thanks fb sebab byk bg resepi2 yg best siap step by step cara masak lg. Hubby love it




Last but not least, Doa! Inilah kekuatan kita, kita ada doa! Doa pada yang Maha mengetahui. Sy jenis yg suka rilex2 and suka nap lama lps balik kerja tau. Sometimes sy kena hanger sebab liat nk bgun mandi and mghrib. Kadang kamil dh siap pakai kain sy terhegeh2 lg nk bgun. Dah la mandi lama kan. Jenuhhhhh la mamat tu tunggu, kang kalau tinggalkan hentak2 kaki smbil amik sejadah solat kat lua. hahahhaha~ aida kan. drama sgt! Subuh lg la, nak kena tarik, nak kena ckp lembut2, nk kena kiss2 bru bgun...again, aida kan! Sy selalu doa, im okay if Allah uji sy macam2 tp sy mintak Allah kuatkan hati sy, kuatkan iman sy, kuatkan fizikal & mental sy to pass all the ujian. Sentiasa satu kan hati kami, murahkan rezeki kami dan permudahkan rezeki kami dan perjalanan kami di masa akan datang. Doa, doa and terus doa! Bila kita doa, kita luahkan apa yg terbuku di hati, then kita akan lega. Sama ada Allah bg now or later doesnt matter, Allah is the best planner. Dan dalam setiap doa2 sy, sy selalu dan tak kan lupa doakan semua kesayangan sy, yg dekat atau jauh. Kdg dh setahun tak jumpa bff, but diorang sentiasa dalam doa2 sy. Always! Dan jgn lupa sedekah, sebab it helps a lot! Dia didik hati kita supaya sentiasa ingt tentang org lain. Dalam rezeki kita, ada rezeki org lain. Lagi bykkkk kita bg( ikut mampu) lagiiii byk Allah akan permudahkan jalan kita. Dulu sy tahu benda ni, tp tak praktik. Kalau bg pun note yg paling kecik, tp since sy hati tak tenang aritu, selalu je berkecamuk kan then sy start reading apa yg boleh bantu sy. Antaranya ialah sedekah, masa nk mula tu agak slow skit. Tp tekat kan hati. Biasa kan diri, bagi je then tak yah pkir apa2. Tak yah pkir, apa agaknya ganjaran ke apa, just bg and move on. Then slowly, sy nampak. Waktu sy mmg rase stuck gila, ada jer rezeki lain yg datang and rescue. Seriously. Yang sy rase sukar, payah sudahnya Allah mudahkan. Bila Allah mudahkan, so sy tak yah pkir mcm2 kan. So life getting better and better. Kamil selalu pesan, hati ni kita yg didik, kalau kita didik dia susah maka susahlah. Negetive la jadinya. Since saya selalu bg alasan dan cpt marah kan, so sometime 3 jam ko kena dgr kamil ceramah. Sambil ceramah dia urut la kaki skali..hihi~ Kdg ko dgr sakitt je hati, sbb mcm koooo je semua salah, tp jauh sudut hati he is right. hahahaha~



Dear hubby,

Kalau orang kata first year marriage semuanya indah belaka belum tentu betul,
sebab kita dh lalui macam2 up & down within a year ni. Mungkin pada orang lain skittttt je, tp pada kita betul2 teruji. Alhamdulillah, we did it. Insyallah we will improve together. 
Kalau orang kata, masa bercinta je sweet dh kawen nnty semua berubah pun belum tentu betul, sebab awk dh buktikan lepas kawen pun awk tetap sama even better. Jaga saya siang malam, tak jijik tak marah tak de nk complain. 
Semoga, kita sama-sama pikul amanah dan tanggujawab ni sama2 sehingga ke syurga.
Semoga, kita sama-sama harungi pahit manis jatuh bagun dalam rumahtangga.
Semoga, kita sama-sama berjaya di dunia dan diakhirat dan semoga Allah murahkan rezeki kita berdua untuk jadi tetamu Nya nanti,
Terima kasih, untuk semuanya.
Terima kasih jugak untuk sabar dan sabar yang ada.
Terima kasih terima saya seadanya
Terima kasih untuk setiap waktu yg selalu ada utk sy dan
Terima kasih sebab sudi jadi imam sy



Dear Allah, 

Thank you for everything, for every single things. I will keep on doa and please stick us together till jannah. Satukan hati2 kami supaya kami mampu bersatu di alam yg kekal abadi. Jemputlah kami menjadi tetamuMu dan berkatilah kami dan kedua ibu bapa kami di dunia & akhirat. 






 A great marriage is not when perfect couple comes together.it is when an imperfect couple learn to enjoy their differences

Happy first anniversary, may Allah bless us.


No comments: