iklan-iklan~sila click

Tuesday, June 21, 2016

Skills & knowledge dalam meniaga

Assalammualaikum,


Last week, sy di approach oleh seseorang tuk beli vending machine yg dijual syarikatnya. Consultant & manager semuanya berpakaian kemas & koprat lah. Being aida, sy always bg ruang & waktu untuk orang2 yg nak berniaga ni SEKIRANYA sy ada masa dan kesempatan. Mula-mula consultant approach sy, bgtau diorang dpd syarikat mana2 and bla...bla.. after 10 minutes kot dia panggil manager dia untuk terangkan lebih lanjut produk syarikat diorang which is vending machine. Bagus manager dia, confident level sangat tinggi & bergaya sgt walaupun sy keliru identiti dia tp kamil yakin 100% dia perempuan. Antara soalan dia pada kami :

Berapa income kami berdua sebulan ?
saya bagi satu round figure je senang


Apa komitmen kami berdua? dan kitorang berdua kerja apa.
sy bgtau komitmen kami yg besar2 je. byk okay kalau nak senarai satu-satu.bykkkk sgt! hahhaha~


Then dia start cerita pasal product dia & tanya sy penah tahu mana-mana syarikat yg ada jual mcm ni jgk. Untuk vending machine ni first time org approach sy, tp kalau product lain such as kerusi urut or vacation club ada la. Then the story begin.... dia start kutuk product lain company lain dan sebagainya... sy dh start pelik kat situ...


"syarikat kami punya vending machine daripada jepun. bukan china atau taiwan dan mampu bg pasif income yang sgt lumayan pada akk & abg"

"kalau tgk akk dan abg punya komitmen tak kan sudah, semuanya long term. sampai bila hidup nk berhutang kak. vending machine ni mampu ubah hidup akk" " islam tak suka orang berhutang kak, ini semua kerja syaitan"


" company kami daripada 2010 dan sgt stabil. company akk kerja skang ni pun belum tentu mampu bagi jaminan yg mcm ni sebab company kami sgt kukuh, mana tau nnty company akk keje bankrup ke"

"kalau akk tak boleh bayar cash, kita boleh tlg loan kan akk, sy pegang org bank2 atasan kak. kalau blacklisted pun boleh lepas"

"akk tak nak hidup senang ke kak? boleh bg mak akk duit lebih. sy pun amik satu tuk mak saya"

"kami tak jadikan akk kaya, tp kami janjikan kesenangan"


"okay, sy perlukan jawapan YA atau TIDAK daripada akk sekarang..

dengan yakin sy jawab TIDAK.


dia tanya kenapa? jawapan sy ialah risiko tinggi dan tiada jaminan yang pasti tentang income yg akan dapat dan sy mmg mengharamkan kami suami isteri buat personal loan. kami berdua mmg takde personal loan. tempat nk pasang vending machine area seremban ni pun diorang not sure bila sy tanya and apa strategi diorang to ensure yg kami akan dpt income yg diornag janjikan. plus, kutip duit & masuk kan air dlm vending machine tu kena buat sendiri. mmg kitorang takde masa nk buat. 


nak tahu apa dia jawab?


" hmmmm...payah mcm ni kak. orang mcm akk tak kan pergi mana dan akan berada ditakuk mcm ni jgk, tak kan maju kedepan. kalau mcm ni lah keputusan akk, akk akan tetap mcm ni sampai bila2 tak kan berjaya." 

sy explain dekat dia, setiap orang ada kemampuan dan keupayaan sendiri. setiap orang rezeki dan kekuatan diorang tak sama & diorang sendiri tahu tahap kemampuan masing-masing. so mmg tak boleh nak samakan semua orang dlm hal ni & yes dia dh start kerek.

saya pun bersuara,

boleh sy nak tanya pulak?


umur awak berapa? 35 tahun
dah ada rumah sendiri? belum
- umur sy 28 tahun dan sy dah ada rumah sendiri. tp sy beli hutang la tak mampu bayar cash.


kereta awak installment berapa sebulan? 500++
-kereta sy kena bayar setiap bulan, 700. yg awk kata byk hutang tu sy hutang kereta & rumah. alhamudulillah mampu manage lg setakat ni.

sebulan awak bagi kat mak awk berapa? tak tentu 200-300
- sy bg mak sy sebulan 500. makan minum bill everything is on me.

awk ada insurans?life insurans? belum
- please get one for ur self & ur parents. kalau tak de agent kawan sy ramai.


utility & segala bill awk sebulan berapa? 300-400
- sy kena byr almost 600-800 sebulan termasuk coway and segala. 

tadi cerita pasal agama sgt kan? awk tahu tak islam mmg wajibkan kita tutup aurat? diam!


company awk kerja 2010, company sy kerja since 1986 dan ada 16 branch seluruh malaysia & now awk yg patut cari kerja lain tuk tambah baik hidup awk atau awk kena belajar dengan sy how to manage your komitmen. pakai blazer bergaya sakan dan tp skill & knowledge tumpul. kesian sgt, if dia manager yg bagus dan sales/marketing person yang bagus reason kenapa sy tak nk amik product diorag tu diorang dah boleh tackle dah. Tp tidak, terus dok mengata mencari kelemahan product lain. Sepatutnya dia as manager, kena tahu kekuatan product dia dan study tentang customer dia. Sy dengan kamil pun almost a year dalam business line, bila buat sales & marketing kitorang tak kutuk pun pesaing kitorang. Tp kita tekan kan kelebihan yang kitorang ada. Tujuan sy tanya dia soalan2 kat atas tu bukan nak berlagak ke apa, tp sy nk dia tahu, yang mana maksudnya berhutang dan komitmen. Sy hutang benda yg realistik bukan hutang sebab nk pakai emas banyak, baju2 cantik makan mahal. Lain lah kitoang ada personal loan tuk benda-benda yg tak berfaedah. 


Kawan-kawan sy yang jual insurans, asb loan, baju, tudung, perfume, coway, lisptik, cleanser and macam-macam lg tp non of them kutuk pesaing diorang.What they do is highlight kan kelebihan product diorang dan selebihnya terpulang pada customer untuk decide. Nak saiko pun saiko la yang logic akal & relevant. Dia cakap pung pang pung pang vending machine boleh bagi kaya dan selebihnya tp dia sendiri mcm tu. Saya tak kata sy lebih baik daripada dia tp cara dia approach sy salah and mcm nak marah plak. Masa belajar dulu, sy kena amik subjek marketing satu sem, jenuh jgk belajar tp itulah ilmu sebetulnya. Nk berniaga nie kena ada ilmu, pengalaman. Iye, pengalaman jgk penting tp ilmu lebih penting. 


Honestly, sy kerja untuk keluarga sy. Bukan  untuk jadi kaya atau senang tp untuk kehidupan yang baik. Baik tu tak semestinya kaya dan senang. Sy kerja untuk bagi semuanya yang sy nak bagi tuk parents sy, sebab mmg itu janji dan niat sy. Alhamdulillah, sehingga hari ini rezeki sy masih disini dan sy pecaya itu rezeki yang Allah dh tetapkan dan berkat doa mak sy. Bercerita tentang rezeki, dulu-dulu sy selalu pikir mcm mana nk duit banyak dan kaya raya. Tp lama-lama sy sedar, byk duit tu belum tentu ko happy! hahaha~



nota : adik sy baru beberapa bulan kerja after graduate. Awal bulan aritu dia mengira duit sambil asingkan duit -duit dia dpn sy dalam bilik sy. mana nk byr keta, mana nk byr bill tepon, nk byr kutu.Siap-siap tolak duit minyak keta & service keta. Tiba-tiba dia ckp, "eh. byk gak lebih duit aku long" sy senyum je! itu berkat orang yang tak pernah lupa mak & abah. hidup akan sentiasa smooth je. As yang sulong, sy kena mcm2 experimen baru sy jumpa jalan, tp sy dh bg semua tips kat dia. Tips yg dpd dulu sy guna ,jgn lupa mak ayah. Sy tak tanya brape dia bagi mak sebulan, untill the day yg dia kira duit depan sy. More than my expecting figure, Alhamudulillah. Tibe2 dia cakap, dalam hujung tahun ni kalau dh stabil aku rase nak belikan abah kereta lah, kete dia now tak leh nk jln jauh2 sgt and manual. Sentap kejab sy and sy tibe2 sedar yang dia besar panjang! After discuss skit2 sy agreed  nk toup apa yg patut nanti. Tujuan nak beli keta abah sebab nk bg abah chance jalan-jalan and ikutkan hobi mancing dia. Abah sy tak boleh paksa dia pencen awal sebab dia masih muda lg, ada lg 7-8 tahun dpd umur pencen dia. Mak sy dh suh pencen awal-awal dah, rehat kat umah layan kitorang je.hahaha~ Semoga Allah permudahkan urusan kita semua di dunia & akhirat. 

No comments: