iklan-iklan~sila click

Sunday, May 21, 2017

2017

Assalammualaikum,


Dah nak habis MAY 2017 baru nak ada first entry, teruk btl kan!
Takpe, better late than never kan.


Awal tahun 2017, besar sgt harapan saya supaya 2017 berjalan dengan baik & tenang sebab di usia yang ke 29 ni saya dh malas nak outspoken sgt. Being aida, saya selalu plan apa yg sy nak dan bukan cara saya capai impian dengan menyusahkan orang lain. Sy berusaha dengan izin Allah dan doa mak abah sy. They know how daripada awl sy struggle capai setiap satu impian sy. 


29 tahun hidup, 6 tahun berkerja dan 2 tahun pegang status isteri, banyak kot perkara yang sy lalui. Ada masa sy kat atas, ada masa sy diuji ada masa sy jatuh terduduk dan ada masa sy rase nak mengalah. Tapi mak selalu ckp, semangat saya kuat , jiwa saya besar. Jangan cepat beralah. Sy bangun balik, kutip satu persatu semangat yang hilang. Daripada kecik sy selalu paksa diri sy usaha dapatkan apa sy nak. Always push my self to make sure my dream comes true. Allah dah kata, setiap yang berusaha pasti beroleh kejayaan! so apa lg, usahalah ☺

Bila dh umur 29 tahun nie, battery makin weak tau. Dah tak kuasa nak beria2 pertahankan hak sendiri, kebenaran and so on. Sy pernah ckp dgn diri sendiri, 2017 ni dah malas tau nak marah,nak dendam nak outspoken sgt, tahun 2017 ni nak SABAR byk2. Bila sy ckp macam tu, nah ALLAH uji. Jem jgk otak bila kena asak kiri kanan, kita salah kita kena, kita tak salah pun kita kena. Kadang rase lelah, tp mulut dah tak mampu nak cakap apa dah. Amazing weh! kalau tak dulu mmg mampus la kau kena maki free dengan aida. Nak ckp pasal hak, tak usah harap lah. Sikit ruang pun takde, yang sy kena paham & buat ialah sy kena banyak beralah, kena paham orang lain sebab sy dh biasa dapat apa sy nak, sy dh kuat, hidup sy takde masalah. Kadang-kadang tersuara jgk yang terbuku dihati, tapi tetaplah kau yg salah. Kena tembak kiri kanan, kena perli itu ini, kena sound sana sini tak de sape tnya samada sy okay ke tak sebab dalam mindset diorang ni semua aida okay and if she's not sekalipun dont worry she will be okay! Dan sebab sy jenis yg outspoken and jenis tak suka peram masalah so anything yg sy ckp akan nampak jahat la..hahaha~ but thats okay! im used to it ☺


Bila sy struggle sorang-sorang, takde sape tanya samada sy okay tak. Tapi bila everything dh okay, smua orang happy. Takde sape tnya what i had sacrifice and how im doing that. Payahnya lahai nak didik hati suruh sabar! susahnya lahai nk pahamkan diri sendiri, bila impian tak jadi kenyataan tp ranap ditengah jalan, Masa ni keje sy ngis je! sebab tu je cara paling baik nak lepaskan yg berat sgt kat dada ni...hahaha~ tp sy ngis tak bgtau orang, sy susah tak cerita kat orang, sebab tu orang ingat sy kuat! Sy selalu bace blog kak di, nak cari motivation , nak cari sebab kenapa sy kena terus sabar and tetap lah jalan walau kena hentak, maki, kena marah, kena bentak, kena apa sekalipun. Thanks kak di! Betul la ckp orang, nak jadi positive kena cari orang yg positive. Kak di byk ajar sy how to redha towards something kita nak sgt tapi tak dapat, Ikhlas kan hati buat benda yang kita tak suka dan maafkan orang walaupun hati ni sakitnya Allah je tahu. Saya tak kata sy dh berjaya, tp sy tengah usahakan. I learn to understand that tak semua benda kita kena explain nak bagi orang faham what you gone tru and what you feel. Tak semua orang nk paham kita, cara kita, pendapat kita walhal yang kita nak ckp ni utk kebaikan dia jgk, sebab kita pun nk tgk org lain berjaya. So dpd buang masa nak bg diorang paham kita lebih baik kita move on and buat benda yg lebih baik for ur self.


Right now, sy lepaskan everything that hurt me, maafkan semua perkara/orang who bring me down, halalkan semua hak sy yang di amik without my consent dan sy harapkan yang sama dpd orang sekeliling sy. Nak kata apa, nak buat apa, nak ckp sy mcm mana sekalipun i wont bother dah. Sy dh penat. Semoga Allah temukan sy dengan ketangan yang sy cari, temukan sy dengan orang yg willing work together to make my dream comes true cause im too tired being alone. Yang orang tau, judge me itu ini, but never asked me how im doing!  Sy akan buat apa yg sy rase betul dan baik utk sy and orang2 kesayangan sy. Sy dh biasa berhenti bila sy rase sy dah tak larat lg dan sy dh biasa mula semula dpd step pertama sampai sy berjaya. Sy bukan give up, tp sy perlu adil for my self.

 If you treat me right, I will treat you better. If you treat me like an option, I will leave you like a choice ☺


Pray for me okay ☺❤❤❤❤❤❤