iklan-iklan~sila click

Monday, January 1, 2018

Thank you 2017, welcome 2018

~Assalammualaikum,

Sedar tak sedar, kita dh berada di hari2 akhir 2017. Entry 2017 mmg sendu, sebab sibuk yang amat. Weekend penuh dengan activity, adalah beberapa kali yg dpt tidoooooo je weekend. Yang lain, penuh dgn activity jenjalan, kenduri & beberapa hal yang nak diselesaikan.

Image result for goodbye 2017 welcome 2018

Banyak pahit manis dalam tahun 2017 antaranya ialah :

1. Berjaya kurangkan shopping. seriously berjaya! nafsu nk ke mall selalu tu mmg takde.

2. Alhamdulillah dapat pindah rumah sendiri. ni mungkin penyebab utama tak nk ke mall sbb nk simpan duit nak masuk rumah. Bukan sikit duit nk guna, seriously until now masih lagi skit2 beli keperluan nafsu tuk rumah. hahahha~ berangan nak ada mini garden! baru rase tekejut beruk bayar bil api sendiri. beratus2 wey sbb aircond 24 jam! bln lps la susut sikit sbb buat timer. belum penah bill below seratus lg. Gigil2 tangan online tnb app tu byr bill 400!

3. berjaya tanam & jaga pokok2 herba tuk masakan dan bunga2 sendiri. Semua tanaman segomok2 tuannya. Maybe byk kasih syg kot sbb mmg before pegi kerja akan siram & ckp2 dgn semua pokok2 tu & balik kerja pun sama. 2 weeks time mmg akan letak baja! hasilnya gemok la semua!now focus ke bunga2 plak nk bg nampak colorful. Pun kena simpan duit jgk sbb rak2 n tiang2 tuk letak bunga2 ni cecantik pun bukannya murah. 3angka jgk! pengsan!

4. Alhamdulillah, dapat jiran tetangga yang baik & helpful. Dekat lorong kitorg baru 5 buah rumah je yg dh duduk. So mmg agak sunyi sikit tp now dh ramai yg pindah. kdg kelakar tgk para suami kt lorong tu, masing2 berborak kdg smpai 11 mlm sementara tunggu washing machine settle basuh baju then diorg sidai. serious, kt sana mmg para suami yg buat kerja rumah. hahahahha~

5. Diuji dengan ujian yg hebat tahun 2017. Semalam bila kenang balik, rase nk nangis plak. Insyallah one day, i will forgive but i will never forget. Masa tgh down tu, segalanya diserahkan pada ALLAH. Dia sahaja tempat pergantungan selain cuba cari jln penyelesaian. Semoga Allah balas perbuatan
mereka dgn sebaik2 balasan & semoga Allah lindungi kami daripada perkara-perkara yg tak elok. Thank you mak abah hubby bff & ahli keluarga yg menjadi support system yg sangat2 membantu waktu2 gelap iols!

6. Kerja? Alhamdulillah everything goes well. Berjaya kurangkan stress. Dulu semua benda yg tertangguh dek org lain, kita settledkan. Tp skang, berjaya elakan diri berfikir lebih dpd yg sepatutnya. Lapang gila kepala! Nk berjaya, kita kena berani bertanggungjwb. Tanggungjwb bukan setakat kt kertas atau hebat bagi arahan je.


Terima kasih Allah untuk 2017 yang penuh pahit & manis. Yang baik insyallah akan diteruskan, yang buruk akan diperbaiki. Insyallah.

Semoga 2018 akan bagi sinar baru buat kami yg sedang dlm ttc ni. Semoga Allah dengar rintihan & doa-doa kami. Harapan utk 2018, semoga sy dpt jadi hamba Allah yang lebih baik, yang sentiasa bersyukur, yang sentiasa positive, yang sentiasa berterusan membuat kebaikan. Semoga Allah tutup segala aib dan bimbing kami suami isteri ke jalan yang diredhaiNya. Jemput kami jadi tetamuMu Ya Allah. Kami sedang berusaha & Kau permudahkan lah Ya Allah.


Dah masuk umur 3 series 2018, dah tak kuasa nak marah. Kalau rase sakit sgt hati, sy akan pilih diam. Tido! hilang sakit hati, bgun doa! Kalau rase sedih, ngis je. Kalau rase perlukan penjelasan, sy tanya je. Kalau kau tak siap kerja, sy suruh je siapkan & i bg masa yg sesuai. no more take ur sweet time dah! bersawit la jawabnya..haha~


Terima kasih 2017, selamat dtg 2018. Thank you ALLAH~

No comments: