iklan-iklan~sila click

Tuesday, March 26, 2019

Masalah Hati

Assalammualaikum.


Sepatutnya saya nak bebel pasal satu hal ni dekat IG, tp kang ada plak kata tulis panjang2 takde kawan kan. So i pilih update dekat blog boleh tulis panjang panjang kan 😄😄😄😄

okay sebenarnya ni cite budak budak je, tp sebab dh lama jadi pemerhati. kadang geram jgk, menggigil jgk nak marah. Dalam ramai ramai orang yg aku kenal, jarang la ada yg jenis suka sangat kritik tanpa sebab. I mean semua yang tak kena kat mata dia, benda tu salah. Yang dia suka, takpe. Tp kalau yg dia tak suka, dia hentam. Hentam yer, bukan nasihat. Hentam. Cara update pun mcm perli, "sis tanya je". Nak kata tak pandai, dia kata dia pandai. Grad dpd university yg bukan calang calang org masuk, yg struggle n hati jiwa kental je dpt masuk n grad dengan jayanya. Katanya lah. 

Okay macam ni, semua orang ada benda yg dia suka, dan dia tak suka. Semua orang tak sama, ada pendapat masing masing. but doest mean kau boleh sesuka hati kutuk apa yg orang tu buat. Contoh mcm aku la, aku tak suka cara si A. Kejab pakai tudung, kejab tak pakai tudung. Apa dia ingat hukum Allah ni mainan budak budak ke. Aku tak suka, tp doest mean aku bleh sesuka hati up status mcm ni " apa perasaan orang yg pakai tudung on off ni eh? bahagia ke main hukum Tuhan? Sis takut, sebab mak sis ckp neraka tu panas!"  ko bace macam ni, ko rase apa? mcm kau suci kan tak buat dosa masa lepas. mcm semua org tu bodoh sgt tak tau neraka tu panas. instead of pilih mcm ni,maybe ko boleh dakwah cara share kata kata tentang indahnya menutup aurat, share la apa apa yg berlambak kat FB tu ha yang boleh bawak kebaikan bersama. Tp tak, manusia jenis ni pilih up status perli. Dtg la kawan kawan yg menyokong, semua ala uztazah. Itu takpe tau, tak dosa. Tp bila orang buat, dia automatik jadi dosa 😏


Come on, jangan cite hal dosa pahala. semua dh tua bangka dah tahu hal dosa pahala neraka syurga ni. Sejak zaman sekolah lagi dah belajar, dh hadam tinggal kau nk praktik atau tidak je. Tak payah kau kira dosa orang." Apa perasaan pakai tudung tp tak tutup dada? kalau sis la, mak sis tahu mcm tu, confirm kena rembat!" eceh.... mak kau tahu tak kau bercinta bagai nak rak tak sedar diri tu? halal ke haram kak oiiiiiiiii????? bercinta dalam islam boleh ke kak??? boleh? kau nak amik hal agama, jangan amik separuh separuh. amik semua, baru betul. Mmg kita tak perlu perfect tuk tegur orang lain, tp tegur dengan cara yg betul. Kau ingat perli tu orang suka? nk plak yg perli pun sakan buat dosa tak sedar. Layak sgt nk ckp hal orang????


okay next, sebenarnya kita nk kondem orang kan. Kita kena tengok diri sendiri dlu. Tengok kehidupan kita yg Allah dah susun elok sangat ni. Contoh nya kan, kita duk kutuk orang ni menunjuk, orang ni kaya batak, orang ni gila glamour. orang ni bla bla bla. Okay, my point, yg kutuk ni dapat apa? yg mengata ni tak menunjuk ke? pegi guardian pun tunjuk kan? "habis dah duit sis" siap tunjuk resit! tu pun level kau nya duit mungkin tahap 1% je dpd orang yg kau kutuk tu, cuba kalau Allah tu uji dia bg kau selevel kaya dgn orang yg kau kutuk. Yakin ke kau tak menunjuk???? ke lg over?? Dan yang aku perasan, yg dikutuk tu semua level mmg hidup dh indah dah. Lengkap. Bahagia. Of course masing masing ada kisah struggle masing2 sebelum capai tahap selesa harini. Patutnya amik jadi kan pedoman, jadikan inspirasi utk berjaya, yg slh tu kita jadikan iktibar, yang baik kita jadikan ikutan. Mcm tu nak berjaya, bukan kerja kutuk orang tp tukang kutuk hidup pun sedih 😔 


Aku tanya korang eh, pernah tak duduk diam fikir setiap perkara yang jadi kat kita ni apa punca nya. Especially yang tak elok la. Pernah tak renung dalam dalam cari salah sendiri. Ni betul betul tau kita renung diri, bukan acah poyo! To be honest, aku selalu buat. Setiap kali aku tak berjaya capai yg aku target, aku akan duduk diam renung balik kat mana salah aku. Pada aku, setiap orang ada potensi untuk berjaya tinggal usaha dengan tidak je. Jangan sesekali salahkan takdir, samada ckp Allah dah susun hidup aku mcm ni. NO! Kita sendiri, kena cari pemangkin untuk jadi lg baik! Jadi lebih baik utk apa? utk show off ke? terpulang pada masing masing! hak sendiri, tanggung sendiri. Part tu aku rase semua faham. Contoh, 4 tahun dh aku kahwin. Belum ada rezeki anak. Dulu aku down, skang tak. Aku lg semangat! Usaha? Aku keluar duit tuk dpt treatment the best O&G kat seremban ni. Kdg kdg aku lemah jugak, tp aku cari motivasi nak bg aku semangat balik. Aku terus jalan, sebab aku percaya orang yg usaha pasti berjaya. Allah maha baik,maha mendengar, maha mengetahui. Tp aku usaha tahap maximum tau, mental aku pastikan kuat! Akhirnya aku berjaya. Aku pregnant dua kali dah, tp Allah amik balik. Sekurangnya, dh jawab persoalan aku. Aku boleh ke tak mengandung. Tp jgn slh faham tau, bukan maksud aku yg belum pernah mengandung ni tak boleh mengandung atau tak abis usaha. Maksud aku, yg belum berjaya ni jangan patah semangat. sangka baik dengan Allah. Allah tak kan abaikan kita yg usaha ni, Dia maha melihat. Sampai masa yg terbaik, insyallah Dia akan bg. Kau tau ramai gila yg support aku, kawan kawan sendiri tok sah ckp la, yg tak selalu contact kt U dlu pun sama bg aku semangat. Bagi aku tips, doakan aku somemore. Kau tak rase bahagia ke jdi AIDA ni. Allah bg kawan family yg sgt supportive! Dpd segi kerjaya, ada yg wasap bgtau nak jadi mcm aku. hahahhahhaha! seriously la. aku biasa je, tp aku syukur ada la orang jadikan apa yg aku buat skang pemangkin semangat dia dalam career. Kau ada kawan yg dh berfamily tp bila dengar kau sakit, the whole family dia dtg jauh jauh tlg kau. bantu kau sampai kau sihat! tak mintak apa pun duit ke semua, dia buat semua nk tgk kau sihat. tengah malam sampai ke pagi teman kau, dengan anak kecik. Ada? ke kawan kau semua sorang sorang tinggalkan kau sebab bosan dengan cara kau berkawan. Allah bg aku kawan yg mcm tu, baik mana ntah yg Allah hitung sampai Dia bg aku kawan yg mcm tu. Aku ramai kawan lelaki jgk, yg bf orang yg laki org. Tp takde sekali pun gf or bini diorang larang aku kawan dgn laki dia. Mungkin sebab aku sendiri behave dan jenis tahu batas batas. Selalunya yg kena kick ni pom gedik je. Setahu aku la 😜 Boleh beza kan pom jenis gedik dengan tak? lama dh aku tak guna perkataan gedik ni, tp aku ase ni yg paling sesuai selain attention seeker! 



Next, kerjaya. Kita semua tahu dunia sebenar kat luar sana tak la seindah mana. Hati kena kuat, mental kena kuat! Yg stock lembik lembik ni mmg jobless la. Aku sendiri kalau interview nak amik staff baru, satu aku tgk resume dia. Dua aku akan call dia, dpd segi percakapan pun biasanya kita boleh tahu orangnya level/ gred apa. Well , aku org yg nk amik staff so mmg aku bleh gred kan la orang orang ni kan. Of course kau akan amik candidate yg layak dan berbaloi. Sape nk amik candidate yg not presentable, takde knowledge, cara jawab pun out, bukan jenis suka cabaran. Melalui panggilan telefon je, aku tak nilai habis. Aku bg peluang dtg interview tunjukan kebolehan masing masing depan aku. Jual lah apa kau nk jual, aku akan nilai. Aku tak pandang pun kau University mana. University tu institusi, yg aku nak skang apa yg institusi ni dh berjaya keluarkan. Graduan yg berkualiti atau jenis lemah tak sanggup amik cabaran! Kerja dengan aku, mmg struggle tp aku bukan jenis kedekut ilmu. Some yg dh pergi ke tempat lain, byk call aku balik mintak tunjuk ajar. Some junior aku, budak praktikal aku pun refer aku balik on certain isu dalam akaun. Some siap mintak tips nk handle staff. Yg kerja dengan aku, tahu style aku. Biasanya yg lembik, lembik ni tak kan tahan. Yang jenis semua nk bersuruh, tak independent mmg out la. Mcm tu jgk aku didik adik aku sendiri. Dia sangat different dengan aku k, pemalu, tak byk ckp, takde confident. Tp aku dh asak dia since zaman di diploma je. Habis diploma je tau, aku dh push dia cari kerja sampai dapat! Dia dpt kerja yg langsung tak kena bidang dia, aku ckp cuba! jgn mengalah! buat sampai dapat cabar diri sendiri! Selepas 4 tahun, ko tgk lah dia kan level mana skang. Kadang aku pun refer dia....hahhahaha~ ada staff sendiri kena handle. Kadang aku dgr je cara dia handle staff dlm telefon, handle customer/client dia. Customer dia bukan kecik, semua international company. Barang yg dia handle pun, bukan nya benda biasa. Tp chemical benda yg kena ada ilmu. She did it, aku rase lg dua tahun kalau boss aku tak naik gaji aku, gaji dia dh sama gaji aku dh. Latest dia nak beli honda, installment 700-800 sebulan. Memang dia mampu, lebih dpd mampu. Tp aku ajar, beli rumah dlu. Nasib dia jenis manusia dengar ckp. Hal mak ayah aku, semua dia handle sendiri skang!


Kiranya, kalau aku pendek umur. Aku pegi dengan tenang sebab adik aku bleh urus mak ayah aku. Next soal jaga mak ayah, apa kau ingt kitorg yg berkejaya ni tak jaga mak ayah ke. Since aku kerja, semua aku provide kat mak ayah aku. Aku nak balas tiap satu yg diorang dh bg kat aku, mmg tak kan mampu balas semua tp at least aku buat diorang lega. Mak ayah mana tak lega, anak anak dia dh ada kehidupan yg baik, mampu tlg dia. To be honest, sepanjang 7 tahun aku kerja, takde satu benda pun mak ayah aku mintak. Sebab diorang jenis bukan mintak mintak. Diorang sendiri ada duit masing2, abah nya pencen nnty pun dekat sebulan gaji aku. Tp as anak, of course kau nk happy kan diorang. Kau sendiri anak, tahu apa maksud bahagia, apa yg bahagiakan mak ayah kau, apa ingin harapan mak ayah kau dkt anak anak dia. Dulu masa jadi auditor, gaji aku kecik tau. 4x ganda kecik dpd skang. Tp aku kerja jgk sbb aku minat dan gaji tu dpt tampung belanja aku masa tu. Struggle jadi auditor tu Tuhan je tahu. Semua kerjaya ada struggle yg sendiri kan. Tp aku buat, kena balun, kena marah, kena tempik, kena stay sampai 3-4 pg kena dtg kerja sabtu ahad tanpa gaji, semua aku buat. Hasilnya, aku dpt harini. Nikmat dia aku dpt harini. Fyi, aku anak manja tau. Tak pernah la ada benda yg aku tak dpt, semua abah bg. Memang senang je abah bg asalkan aku buat yg terbaik. Tak terkira la semua yg parents aku nk buat tuk kitorg disebabkan itu kitorg dua bradik mmg bg yg terbaik semampu yg Allah izinkan. Abah aku yg garang tu nangis tau masa konvo kitorang. Aku tak tau apa perasaan dia masa tu, mungkin dia rase penat lelah dia berbaloi. Dpd ngis abah tu, aku amik sebagai semangat utk banggakan abah. Aku janji, aku akan treat dia mcm mana dia treat kitorag dulu. Sama jgk dengan mak. Segala bill kitorang tanggung, apa nak kitorg beli, mana nk pegi kitorg bawak, apa tak ckup kitorang siapkan. Paling best, bila dia borak dengan kengkawan. " Yunus, anak kau yg sulong kt muadzam dulu mana skang" " rilex je abah jawab, akauntan k**** ******* skang. Pernah ada skali balik keje dia tunggu aku kt bawah. Ada lah orag tunggu bini dia kt bawah office aku jgk. Puas dia tanya, tunggu sapa tunggu sapa abah aku tak jwab. last last abah ckp la, tunggu aida. org tu jawab, owh tu akauntan kita. Kau faham tak perasaan buat apa happy tu mcm mana? dpt capai apa yg abah nak tu mcm mana? aku tak suka account tau, tp sebab abah aku buat sampai jadi dan Allah izinkan semuanya. Rase nak ngis, bila time shopping. Kita masuk mall , suruh je abah pilih apa dia nak. Takyah tgk tag harga. Terkulat kulat bapak aku tau, tp aku paksa jgk. Sebenarnya, mcm tulah abah dlu dengan kitorang. So satu kepuasan la bila aku dpt treat abah sama mcm abah buat dlu. Mak aku pegi umrah, aku amik cuti one day. Bawak dia pegi kedai barang umrah kt senawang, aku suruh je dia pilih apa dia nak. Semua yg dia nak. Masa tu, aku syukur dalam hati sgt sgt Allah bg peluang aku buat ni semua. Mak aku punya lega, anak dia dh ada rumah sendiri, kereta sendiri. Hidup sendiri yg stabil. Yer, semua ni pinjaman. Semua pinjaman semata mata, tp yg kutuk orang sana sini tu dapat tak buat macam tu? ke kutuk je mampu. Yg kau kutuk tu, tengah balas jasa mak ayah diorang. Mak ayah diorang happy dengan anak anak, doa mak dia doa ayah dia mungkin tu peluang syurga dia. Restu dan redha suami lagi, mungkin tu ticket syurga dia. Yang kutuk kutuk orang semua tak betul ni, skang kt level mana?? ke tahu neraka kan orang je. ke kerja nk bgtau itu haram, ini tak boleh, itu berlagak tp hidup kat situuuuu je.... memang setiap orang bahagia lain lain, tp ko toksah la kutuk cara orang tu bahagia. ke senang je ckp kau jeles. Tak yah kata org berlagak, show off bagai. Kau beli gelang seutas halus tu pun kau tunjuk. tu jelah level kau bleh buat, yg kau kutuk kaw kaw ni sikit pun tak heran. Tu sebab aku rase kesian sangat manusia gini, jenis tak tgk diri sendiri sebelum dia kondem orang lain. Dan dia rase dia siapa and level apa yg sampai bangga nya kutuk orang. Kutuk product orang, atleast orang tu dh ada product yg stabil. kau ada apa????


ASB haram. Insurans haram. Mcm aku ckp tadi, kalau nak amik hal agama ni jangan amik separuh. Amik semua dan pastikan amik yg betul. Pegi cari fatwa final isu ASB dan insurans ni, sila jangan malukan diri sendiri. Tp kalu manusia jenis nak menang je kan, dia akan twist la arah lain. Mungkin tu faktor tak sesuai ada kerjaya kot. Sesuai jadi boss kt diri sendiri. Jangan pandai pandai buat hukum sendiri, Malaysia ni ada badan khas tuk bab gini. Diorang dh habis kaji dan habis nilai baru kuarkan hukum. Bawak bawak bace k, jgn tau mengutuk je. Ke kau lupa apa kau kutuk. Main sebat je ckp sampai lupa, tp orang orang sekeliling ingt. Orang tu hadam and simpan. Dan mungkin ada hamba Allah tu betul, kau jenis banyak sakitkan hati org tu sebab hidup kau mcm tu. Serious weh, itu antara faktor. Tp terpulang, still nk deny ke apa ke terpulang. Asik deny tp hidup kat situuu jgk orang lain dh kemain kedepan. Yelah, semua dunia kan. yang penting akhirat ye tak? habis kalau kat dunia pun kau creata byk musuh, ingt akhirat boleh hidup aman? Dunia ni cermin akhirat kita kak. Takde Allah suh kau hidup kat dunia ni tuk susah semata. Kalau kerja kau kutuk semua org je, tp bab kau mcm hape bercinta tu kau ingt syurga???  Please jgn jd bdk bdk main bab agama k.Then jgn mintak simpati orang plak hujung hujung ayat eh. Aku ni lama perhati dan lama simpan tau. Aku dh bertahun tau gelak sendiri, dulu dia ckp U lain tak setaraf dengan U dia. Incase dia lupa, aku masih ingat. Aku simpan dalam dalam hati aku ni. Sudahnya U yg bgus sgt tu, sampai kan skang belum ada employer yg nk hire. Adik aku diploma politeknik je tau, aku ulang eh POLITEKNIK je. "saje nk bgtau, insurans tu haram. mak sis yg ingtkan, sis sampaikan je" aku bila bace kan. aku mcm, alahaiiiii kesianya. Sampai terdetik hati aku, nanti Allah uji kau dengan sakit. Aku nk tgk menggelupur ke tak kau. aku nk tgk. Sebab sebelum ni, dia kutuk apa ntah. Terlintas kat hati aku, nanti aku nk tgk jauh mana pegi U kau yg best sgt kau bilang tu. Jauh mana career kau bleh pegi. Semua tu terlintas masa aku bace apa dia tulis, tu aku tau. sorang. aku tak tau la bape ramai lg, tp yg aku tau ada orang sama mcm aku...hahhahahah~ 


Aku sebenarnya mls nk debat isu ni, nk ckp siapa betul siapa salah. Aku tak kisah pun kalau smua aku tulis dia twist ke lain, cari alasan itu ini. Kita sendiri tahu hakikat sebenar. Kita boleh tipu semua orang, tp kita tak boleh tipu diri sendiri. Tp aku lebih kpd kesian. Dia kesian kan hidup orang, tp org sekeliling ni lg kesian kan hidup dia. Bukan dabik dada, bukan nk menunjuk. Tp dkt akhirat nanti, Allah tanya jgk apa amal kau dekat dunia. Apa kau buat dekat dunia. Apa bekal kau. Ke nk jawab, kerja aku kutuk orang je dan asik cari salah orang. sambil cari bf utk dijadikan teman sehidup semati pada yg sudi. Instafemes yg kau kutuk tu, at least buat suami dia happy. Bape byk ganjaran pahala dia? bawak mak ayah pegi umrah package VIP. seriously aku sendiri inspired. Bape byk pulak pahala untuk itu. Rezeki dia jgn kau persoal halal haram mcm kau sure rezeki kau halal 100%. Diorang laki bini g masjid waktu subuh, seriously aku sendiri terdorong ke arah tu. Thanks to her, bg inspirasi kat aku. Kalau ada perkara yg tak btl ke, kita jadikan sempadan tak perlu nk shout it loud. 


Nk hidup bahagia, kita kena kekal positive. Buang hasad dengki dalam badan tu, orang pakai braces senyum selfie pun kau nk jadi isu? Dia berduit biarlah dia buat utk kebaikan dia, dengan restu laki dia. Duit dia. Kalau dia mintak duit laki dia pun, takde salah nya. Laki dia, bukan bf kau pun. Kau agaknya kalau ada duit, entah entah pegi makeover. Pakai braces ni mostly nk up kan confident diri, buat yg bekejaya ni benda tu penting. Yg duduk rumah mungkin tak tahu bab ni, sedangkan duduk rumah pun aku tgk make up 8 inchi nk cari boyfren 😊 sekali buang makeup terkejut beyokkkk. I natural k, ada masa perlu makeup. ada masa tak payah. sebab laki aku mmg kenal rupa aku mcm ni, dia cari kualiti seorang perempuan bukan cari yg cantik cantik..chewah 😝 laki i pun jenis okay je pakai roundneck g kenduri. Yang penting dia hadir memenuhi jemputan. Laki i hitam k, okay je. Kawan kawan dia plak pelik, cane bini kau lawa kau hitam...hahhahahah~ okay lah tu kan. Dia yg kena jawab, bukan aku. Lain la aku kena jwb, cane laki kau nk kat kau aida. hahahaha~ adik aku hitam k, tp dia pun pilih natural. Bf smua hencem!Bakal mak mertua siap amik depan rumah nak ajak g shopping. Sardin je muka togel keluar, foundation pun tak pakai. Tu sebab aku ckp, kualiti n peribadi diri yg penting. Ni spesis hegeh hegeh ni igt mak mertua nak? dapat kat makngah aku, menantu tak kerja jgn harap jadi menantu dia yer. hamikkkkkk.....maklong aku calon menantu dia, dia suh stalk fb tau, gedik gedik ni maklong tak nak 😃😃😃😃 Tak yah bina confident diri der nk cari laki, asalkan jadi diri sendiri sudah, muka flowles tu semua wayang dunia je....nk tido makeup semua remove. Jangan time tu laki kau lari plak tgk yg sebenar. Takyah muka acah korea pun takpe, asalkan dia bantu kerja rumah, layan bini dia apa nak, urut bini dia hari hari, layan apa bini dia nak makan. dan yang paling penting, i tak yah tanya kat facebook bila nk masuk minang masa nak kahwen dulu. I jgk tak payah nk tetapkan hantaran 10 k ke 20k ke dgn diri i yg pandai masak, pandai mengemas, pandai otak dan lain lain lagi. Selamba je mak aku ckp, bg lah berapa nak bagi. Kemain happy laki aku kan! Sebab konsep mak aku kan, nk majlis kahwen grand begitu begini, tak yah harap duit orang. Guna duit sendiri. Nak majlis macam macam tp mintak duit orang, letak hantaran mahal sebab nk cover kos barang tinggi. Dey, muka mana muka? guna duit sendiri lah. Takde duit, buat lah yg semampu asalkan tak mintak duit orang n tak hutang. Mak aku pesan kitorg dua bradik, jgn buat malu mak tetap tetap hantaran ni tak kisah la kau pandai buat apa pun 😊mak ada duit k,jgn bikin malu. and masa kitorg kawen, laki aku baru abis intern n less than 6 bln kerja. Tp sbb kalau jenis laki tu serious, dia akan tunaikan jgk hasrat hati. Dua boyfren aku yg lepas, smua jenis lps rase serasi terus kenalkan kat family. so mmg kenal la akak ke apa ke, malah sampai laaa ni aku still baik dgn kakak2 ex aku. Orang mmg baik kan, susah nk buat musuh 😁 aku selalu ckp kt junior2 aku, dia simpan perap kau lebih 6-12 bln , kau bawak bawak lah cari lain. ada je junior aku bercinta dengan si A ni, nak bawak jmpa mak sikit punya payah. aku dh ckp sesiap, get ready jelah. tgk2 mmg btl. bila dia bercinta dgn B, 6 bln lps rase mcm serasi walaupun duit tak brape nk ckup terus ajak jmpa mak ayah. Mak ayah berkenan, terus lg mudah jalan. Tu kalau berkenan la, kalau kena reject nasib kau lah. hahahahah~ 



Banyak dah aku tulis kan? hahahahah~ well, mmg semua ni pinjaman. semua ni dunia, tp tak kan nk hidup kat dunia sia sia kan. Kita manusia, kena sama sama buat baik. Kalau hidup orang lain elok, bertambah kawan, tp kita sebaliknya. Kaji lah diri sendiri, abis dh kalau smua tak suka kau, tak kan kau jgk yg btl kan. Bukak lah hati sendiri, doalah utk diri sendiri. Penilaian yg paling tepat tu dpd Allah. Im here not to judge, tp lebih kpd nk explain apa yg aku nampak. ayat aku mmg dh paling max dh, mmg kasar. sorry about that sebab tu je level yg aku boleh bg utk org yg rase dia lah best orang lain tak best! halal haram semua dia tentukan. Penilaian aku, aku tak kata betul dan tepat. Tp tu yg aku nampak. Sorok la apa fakta yg kau nk sorok atau deny pun, kita sendiri tahu diri kita mcm mana. siapa kita, apa kita, dimana kita. takde sape dpt tahu diri sendiri. Kalau nk hidup perli perli orang, teruskanlah. Jenis tak leh terima pendapat orang, nak jgk menang. Teruskanlah, semoga ada kejayaan lah yg aku nampak tgk nanti yer. Untuk adik adik junior aku, yg mana dgr ckp, jenis dgr nasihat, jenis terbuka aku tgk smua dh ada at certain level masing masing. Bising bising aku, marah marah aku, sebab aku syg. Aku tak nak org keliling aku hidup sia sia. Kalau rase nk menang jgk dengan hidup dah byk tp still depending kat mak ayah dengan alasan nak jaga mak ayah. terpulang. sape jaga sape pun aku tak tau, sendiri lah nilai. Yang penting, aku tetap dengan semangat nk happy kan mak ayah aku. Nk bawak diorang bercuti satu malaysia, aku dh buat dah. Ckp lah mak ayh jenis tak suka cuti, mak aku gitu gak. Tp bila aku dh bawak, kemain happy dia. Ligat memborong. hahahaha~ yg kau lurus dengar ayat mak ayah tu knp. diorang mmg tak kan jenis susahkan anak anak, tp anak anak jgn jd lurus benar plak. Next target aku, mmg nk bawak diorang buat umrah. Atau anta mak abah buat haji VIP. 


Dan yang paling penting, laki sis yg hitam manis dress up biasa biasa kdg pakai sandle kadang pakai capal tu kadang pakai selipar buruk kedai rm2 tu nk bawak sis makan this week sampai ke kota bharu tu ha. Bini dia tak habis makan puas puas last month, so kali ni cuti kita repeat. Disamping dia tgh deal dengan kontraktor nk siapkan dapur idaman sis by next week...hahahahhaha~ last week jgk dia tnya bila nk g beli cincin yg awak nak? sambil aku ckp nk tukar gelang sekali dia angguk. yer, semua ni pinjaman bila bila Allah tarik balik. Tp Allah tak bg untuk sia sia kan? 



Sekian,

Yang puas hati dapat tulis panjang panjang update blog 💋💋💋💋


No comments: